Wednesday, May 16, 2018

Malaysia Baharu : Pilihanraya Umum 9 Mei 2018 Sudah Berlalu

9 Mei 2018 pilihanraya Malaysia
Malaysia Mengundi! Berakhir sudah seminggu yang lalu...

Alhamdulillah, 9 Mei 2018 yang lalu, semua rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi. 

Keputusan hasil daripada pengundian tersebut sangat-sangat mengejutkan semua pihak terutamanya barisan kepimpinan dahulu (Barisan Nasional) di mana kali ini kerajaan telah bertukar tangan kepada Pakatan Harapan yang dahulunya pembangkang!


Pengundian yang mengubah sejarah politik negara apabila Barisan Nasional terpaksa akur dengan pilihan rakyat untuk menukar kerajaan selepas 60 tahun memegang tampuk kepimpinan negara.

Ini adalah tahun ke-3 saya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, keluar mengundi. Sekejapnya masa berlalu. Terlalu cepat. Rasanya macam baru semalam saya mengundi buat kali pertama..haha

Seronok sebenarnya bila hadir perayaan yang cuma kunjung tiba 5 tahun sekali ni. Macam-macam pengalaman dah saya lalui sebagai pengundi, peraih undi dan juga bantu kempen pilihanraya. 


Tapi sekarang dah tak sempat dah la. Urusan dengan anak-anak kadangkala membataskan pergerakan. Lebih-lebih lagi bila Muaz tak boleh berenggang dengan Ummi nya ini. 

Kali ke-3 mengundi ini, barulah saya berkesempatan mengundi di kawasan saya sendiri. 

Sebenarnya, mengundi 2 kali sebelum ini, saya mengundi bukan di kawasan saya. Saya mengundi di Gombak. Ntah la macam mana nama boleh tercampak di sana selepas buat pendaftaran mengundi dahulu, saya pun tak tahu. 

Kali pertama, tak sempat dah nak tukar tempat alamat pengundian. Kali ke-2 kes malas nak tukar sebab kali pertama mengundi ok je boleh pergi sana kan. Mujur Gombak je! Kalau luar dari Selangor tak tahu la.. 

Kali ke-3 ini, saya tukar alamat pengundian sebab sedikit sukar apabila sudah berkahwin, suami mengundi di Teluk Intan Perak dan saya di Selangor. 

Kali pertama mengundi masih bujang. Kali ke-2 sudah berkahwin dan saya tiba dari Teluk Intan ke pusat pengundian jam 4.30 petang. 30 minit lagi sebelum berakhir. 

So, tahun ini tak mahu lagi merisikokan keadaan. Tukar alamat terus di kawasan Klang. Settle! 

Taraaa.. Bukti mengundi hanya untuk 5 tahun sekali..


Malaysia mengundi

Kita pun sudah mengetahui keputusannya. Menang atau kalah itu adat biasa perlawanan. Apa yang penting kini adalah menyokong padu kepimpinan baru yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7 yang baru iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. 

Move on dengan kekalahan dan kemenangan. Kekalahan dan kemenangan itu ujian. Tidak kira la pada pemerintah atau rakyat. 

Ujian pada pemerintah untuk melaksanakan janji-jani dan ujian pada rakyat untuk bersabar menangani janji-janji yang telah diterima. 

Biarpun pilihanraya sudah berlalu, saya melihat ada sebahagian rakyat yang masih lagi mencaci, mengherdik pada pihak lawan. 

Bukan itu adab yang Islam ajar. 

Ramadan pun bakal menjelma 2 hari lagi. Maka, hentikan lah segala hinaan, cacian, tohmahan pada mana-mana parti. Fokus pada Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Saya selitkan sedikit suasana sepanjang pilihanraya yang lalu. 


9 Mei 2018 Malaysia mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

9 Mei 2018 Malaysia Mengundi

Hari ini dalam sejarah juga apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada segala pertuduhan dan mendapat pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong. 


Alhamdulillah, perjuangan beliau dan rakyat Malaysia selama 20 tahun kini Allah gantikan dengan lebih baik!

Ok, Ramadan pun bakal tiba. Kita buka lembaran baru dan mengambil iktibar segala yang berlaku telah menjadi ketetapan daripada Allah swt.

InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi pada pilihanraya 5 tahun dari sekarang. Fokus kini adalah memberi kerjasama terhadap pimpinan yang telah dipilih. 

Kurangkan kontroversi okey! Selamat Berpuasa esok hari.. 


No comments:

Post a Comment