Tuesday, August 28, 2018

5 Tips Jalani Kehamilan yang Sihat

Amalan sihat ketika mengandung
Bila bercakap mengenai kehamilan ini, kita tidak boleh lari dari soal menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 

Ia bukan semata untuk memastikan proses kehamilan yang baik, tetapi ia juga adalah soal kesan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.

Bagaimana kita menjaga kesihatan diri sepanjang mengandung, begitu juga lah ia akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.


So hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang 5 tips jalani kehamilan yang sihat. 

Antara tips tersebut adalah :

1. Rancang rawatan antenatal dari awal


Jangan mengambil remeh mengenai pemeriksaan awal kandungan. Lagi cepat anda membuat temujanji bersama doktor di klinik kesihatan mahupun swasta, lagi cepat kandungan anda mendapat pantauan awal dari doktor dan pakar.


2. Pengambilan makanan yang baik dan berkhasiat


Pengambilan makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat ini sangat penting bagi seorang ibu hamil. 

Ia bukan hanya memberi kesan baik kepada kesihatan tubuh ibu mengandung sahaja, malah ia memberi kesan baik kepada bayi dalam kandungan. 

Pengambilan makanan yang baik boleh mengelakkan dari berlakunya masalah diabetes, darah tinggi dan lain-lain.


3. Ambil asid folik yang mencukupi


Asid folik bukan sangat penting untuk mengelakkan kecacatan pada tiub neural bayi dan mengelakkan terjadi nya masalah saraf tunjang atau spina bifida.

Malah, ianya juga sangat membantu memberikan tenaga, elak letih dan lesu serta mengelakkan masalah anemia yang boleh menjadi punca kepada keguguran, kelahiran bayi pramatang dan tumpah darah ketika bersalin.


4. Bersenam selalu


Senaman ini bukan hanya penting dijadikan amalan di kalangan masyarakat. 

Malah, ia juga baik untuk diamalkan oleh ibu hamil dengan senaman yang ringkas dan sesuai bertujuan untuk memudahkan ketika proses kelahiran, mengelakkan berat berlebihan dan sebagainya.


5. Kurangkan pengambilan kafein, elakkan merokok dan pengambilan alkohol.


Pengambilan kafein berlebih boleh mengganggu penyerapan iron dalam tubuh badan ibu hamil. 

Manakala pengambilan rokok dan almohol boleh menjadi punca kecacatan dan kematian kepada bayi dalam kandungan.

Berdasarkan tips ringkas ini, moga-moga ibu-ibu semua dapat melalui proses kehamilan dengan baik dan tenang, insyaAllah.


No comments:

Post a Comment