Saturday, August 11, 2018

Amalan-Amalan Baik yang Harus Diamalkan oleh Ibu Mengandung. Apakah Amalan itu?

amalan-amalan baik yang harus diamalkan ketika hamil
Ada orang kata, didik anak dari kecil supaya apabila besar nanti mereka menjadi insan yang berakhlak, berbakti kepada agama dan bangsa.

Namun hakikatnya, tahukah anda bahawa pendidikan anak-anak hendaklah dimulakan daripada dalam kandungan lagi. 

Mengapakah pendidikan awal anak ini harus dimulakan daripada janin lagi? Sejauh manakah pendidikan dari dalam kandungan ini mampu memberi impak kepada anak sehingga dewasa kelak? 

Mari kita telusuri hakikat kebenaran yang satu ini..

Ramai ibubapa yang masih meragui bahawa didikan kepada anak-anak harus dimulai dari dalam kandungan lagi.

Janin akan ditiupkan roh seawal usianya 40 hari di dalam kandungan ibu. Ketika ini, segala amalan ibubapa sebenarnya boleh memberi kesan kepada pembinaan akhlaq dan diri anak yang bakal dilahirkan nanti.

Apakah amalan-amalan baik yang harus diamalkan oleh ibu hamil? 

Banyak amalan yang boleh dilazimi ketika hamil samada amalan khusus mahupun amalan sunat. 

Antara amalan yang harus dilazimi ketika hamil adalah :

  • Menjaga dan memperelokkan solat fardhu
  • Tambah dengan amalan solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah, solat dhuha, solat hajat dan lain-lain.
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur'an. Sebaiknya usahakan untuk menghabiskan 30 juz sepanjang kehamilan. 
  • Memperbanyakkan doa supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
  • Melazimi zikir setiap masa
  • Menjaga tutur kata dengan kata-kata yang baik.
  • Menjaga emosi, tingkahlaku dengan sikap dan tindakan yang baik
  • Sentiasa berkata-kata dengan anak dalam kandungan supaya besar nanti menjadi anak yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya serta menghormati ibubapa


Ini hanyalah sebahagian perkara umum yang anda maklum. Banyak lagi perkara kebaikan yang boleh anda lakukan sepanjang kehamilan. 

Oleh yang demikian, pelihara hati, emosi dan tingkah laku anda sepanjang kehamilan anda. 

InsyaAllah zuriat yang anda bakal lahirkan nanti bakal mendapatkan kesan daripada amalan kebaikan yang anda telan amalkan sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. 

Moga ianya memberi manfaat dan peringatan buat saya dan anda semua, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment