Indahnya bukan apabila mendapat peluang hanya duduk di rumah menguruskan anak-anak dan suami? Wanita mana yang tidak mahu, suami mana yang tidak suka, anak mana yang tidak gembira?
Tetapi, kekangan kehidupan masa kini yang kian menghimpit, kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi, sedangkan gaji sukar sekali untuk bertambah dan terus bertambah sebagaimana semakin bertambah dan terus bertambahnya kos sara hidup seiring dengan peredaran masa dan zaman.
Namun, bagi saya yang bergelar seorang graduan dari kampus di tengah kota Kuala Lumpur, biarpun punya segulung ijazah, namun gerak rasa untuk bekerja dari rumah lebih tinggi berbanding mencari peluang pekerjaan di luar sana.
Mungkin rakan-rakan punya sebab tersendiri mengapa rakan-rakan sekalian keluar bekerja. Saya sama sekali tidak memperlekehkan kerana saya tahu anda seorang wanita, isteri dan ibu yang sangat berhati waja untuk membantu para suami meringankan beban mereka.
Begitu juga saya. Moga Allah merahmati usaha kita semua.
Mungkin rakan-rakan punya sebab tersendiri mengapa rakan-rakan sekalian keluar bekerja. Saya sama sekali tidak memperlekehkan kerana saya tahu anda seorang wanita, isteri dan ibu yang sangat berhati waja untuk membantu para suami meringankan beban mereka.
Begitu juga saya. Moga Allah merahmati usaha kita semua.
Biar apa pun pilihan kita samada bekerja di luar mahupun bekerja dari rumah, Just Do What You Love, Then Love What You Do! InsyaAllah barakah menanti kita semua..
Pagi ini saya ingin berkongsi dengan anda semua 10 sebab mengapa bekerja dari rumah menjadi pilihan hati saya?
1) Punya masa yang fleksibel untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga tanpa memikirkan had dan batasan hari bekerja.
2) Tidak perlu kalut berkejaran setiap pagi dan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
3) Anak mempunyai masa yang lebih untuk bersama ibu. Yang pastinya, ke mana jua kami pergi, jarang sekali meninggalkan anak di bawah jagaan sesiapa jua.
4) Tidak perlu risau dan resah mencari pusat asuhan atau memikirkan situasi anak di pusat asuhan kanak-kanak.
5) Punya lebih banyak waktu untuk didik sendiri anak di rumah.
6) Bekerja dari rumah tidak sama dengan bekerja makan gaji dari sudut amaun gaji di hujung bulan. Oleh yang demikian, ianya sangat menguji ketahanan rohani dan jasmani dengan pengharapan rezeki dari Allah.
Secara tidak langsung, ianya memberikan ruang dan peluang untuk terus hampir dengan Yang Maha Pemberi Rezeki.
Secara tidak langsung, ianya memberikan ruang dan peluang untuk terus hampir dengan Yang Maha Pemberi Rezeki.
7) Seronok dengan keletihan. Keletihan bekerja di luar tidak kan sama dengan keletihan bekerja di rumah. Namun, ianya memberikan kepuasan yang berganda!
8) Tidak perlu stress dengan sikap majikan mahupun rakan sekerja.
9) Tidak perlu membawa pulang kerja pejabat ke rumah untuk diselesaikan.
10) Tidak perlu risau dengan kerja di luar kawasan yang terpaksa meninggalkan suami dan anak serta membiarkan anak di bawah urusan suami sepenuhnya dalam tempoh yang panjang.
Saya yakin dan percaya, anda juga mempunyai sebab anda tersendiri mengapa anda memilih untuk bekerja sebagai sektor awam mahupun swasta. Pilihan di tangan kita sendiri.
Buat pilihan yang terbaik untuk jalan hidup anda sendiri sekeluarga. Jangan biarkan orang lain menguasai minda dan keputusan anda termasuk saya.
Buat pilihan yang terbaik untuk jalan hidup anda sendiri sekeluarga. Jangan biarkan orang lain menguasai minda dan keputusan anda termasuk saya.
Seandainya anda sedang memilih dan tercari-cari pekerjaan yang mampu menjana pendapatan dari rumah, hubungi kami untuk keterangan lanjut berkaitan menjana pendapatan dengan Shaklee. Segalanya bermula dari diri anda!
Klik Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Saya untuk info lanjut..
Sertai kami sekarang dengan isikan borang di bawah:
atau whatsapp kami 019-3405054
No comments:
Post a Comment