Mengidam? Hmmm..sebut pasal mengidam, saya yakin kebanyakan wanita tentu mengalaminya bukan sepanjang kehamilan? Cuma bezanya samada ngidam melampau atau tidak saja kan? Siap-siap haribulan, sekali suami pun ikut mengidam.. Haaa suami siapa gitu, cer angkat tangan.. mengidam pun sebenarnya merupakan salah satu anugerah yang Allah berikan sepanjang waktu kehamilan. Ada saja yang diidamkannya bukan? Namun, masih belum diketahui mengapakah mengidam menjadi sinonim dengan kehamilan ini. Berminat ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan faktor mengidam ini? Jom teruskan bacaan anda di sini.. Stay tuned..
Sebahagian doktor berpendapat bahawa antara punca wanita hamil mengidam antaranya berkemungkinan disebabkan hormon wanita ketika hamil dan mungkin juga kadangkala wanita tersebut kekurangan zat dan nutrien tertentu yang menjadikan mereka teringin dengan sesuatu makanan.
Faktor kemurungan atau tekanan ketika hamil juga berkemungkinan boleh menjadi punca seseorang wanita hamil itu mengidam. Sebab seperti kebiasaannya, wanita bukan hamil juga suka menjadikan makanan sebagai salah satu cara menghadapi kemurungan mahupun ketidakselesaan diri yang sedang dialami.
Tiada salahnya bagi wanita hamil yang mengidam. Namun, harus diperhatikan juga jenis-jenis makanan yang diidamkan. Harus diperhatikan juga khasiatnya buat diri anda dan bayi dalam kandungan. Seandainya makanan yang anda idamkan punya kalori, gula mahupun lemak yang tinggi, anda disarankan untuk mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit atau sederhanana.
Seandainya anda mengidam selain daripada makanan, disarankan untuk anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda berkaitan masalah anda ini.
Berikut merupakan beberapa petanda yang mungkin boleh dikaitkan dengan makanan yang anda idamkan:
1) Jika makanan yang anda idamkan adalah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
2) Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
3) Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
4) Terdapat juga ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan carrot dalam jumlah yang banyak. Itu mungkin menjadi petanda bahawa tubuh kekurangan beta karotena.
Mungkin kadangkala situasi mengidam ini menjadi agak rumit dan sukar. Apatah lagi kadangkala mungkin makanan yang diidamkan itu sukar diperolehi mahupun bukan pada waktu musimnya. Sebagai contoh, masih teringat lagi waktu kehamilan Nur Hanan dulu, saya mengidam buah rambutan dan cempedak. Padahal ketika waktu itu bukan pada musimnya. Dan sangat lah sukar mencari. Berpusing merata tempat. Akhirnya bercuti di Pahang jumpe la cempedak yang harganya sangat boleh 'tahan'!
Berikut merupakan beberapa panduan yang mungkin boleh mengatasi rasa mengidam anda:
1) Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Oleh yang demikian, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang sebanyak 6x sehari.
2) Sekiranya rasa mengidam 'menguasai diri', lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli-belah ataupun menonton wayang atau apa jua aktiviti yang mungkin menjadi minat anda yang boleh dilakukan ketika hamil.
3) Lakukan aktiviti fizikal atau senaman yang dibenarkan oleh doktor dan bersesuaian dengan ibu hamil.
4) Jika mengidam makanan yang berkalori tinggi, anda boleh dapatkannya dengan kuantiti dan saiz yang sedikit. Ini bagi mengelakkan anda mengambil pemakanan yang berlebihan ketika hamil.
5) Wanita hamil perlu mendapatkan sokongan moral dari orang terdekat. Sokongan moral suami yang paling penting kebiasaannya wanita hamil perlukan lebih dari yang lain. Ini kerana kadangkala wanita hamil menjadikan makanan sebagai teman rapat bagi menggantikan sokongan yang tidak mereka perolehi. Hanya dengan pelukan dari seorang suami mampu memberikan ketenangan kepada isteri yang sedang hamil.
Itu sahaja perkongsian saya buat ibu-ibu hamil yang cantik seperti anda semua..Moga bermanfaat!
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
-----------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..
Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..
Sumber Rujukan:
1) Ekskulif PAMA, hal. 22, Bil 125, Februari 2011
No comments:
Post a Comment