Friday, April 24, 2015

ABC Special Fradoo Seksyen 2, Shah Alam Memang Marvelesss!

Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) atau ada juga yang sebut Ais Kacang? Kalau anda seorang peminat tegar ABC, saya sarankan anda untuk tidak melepaskan peluang menikmato ABC Special ini yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. 

Sedap sangat ke ABC di situ? Hehe saya merupakan peminat tegar ABC Seksyen 2, Shah Alam. Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Puas makan. Memang meletoppp!


Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam


Di sini merupakan tumpuan ramai kerana lokasi medan selera ini berdekatan dengan kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam. 


Oleh yang demikian, ramai la student-student UiTM yang menjadikan lokasi medan selera ini sebagai tempat mereka 'lepak' mencari makanan bersama teman-teman. 

Kedudukan medan selera ini yang sangat strategik dengan kemudahan lain seperti klinik, kedai fotostat dan alat tulis yang membantu pelajar, kedai runcit, burger Ramly, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan kemudahan mesin ATM CIMB menambahkan lagi kemeriahan 'port' ini. 

Harga Makanan Berpatutan


Saya beranggapan harga makanan di sini agak berbaloi dan lebih murah berbanding dengan medan selera lain. Kadangkala nasi campur + ikan keli goreng atau ikan bakar cicah air asam, sayur dan ulam-ulaman cuma berharga antara RM5-RM6 sahaja. 

Sudah tentunya kehidupan di bandar yang serba maju ini sangat sukar untuk mencari lokasi medan selera yang menawarkan harga mampu milik khususnya kepada pelajar di sini. 

Fradoo ABC Special lokasi Favourite kami Sekeluarga


Medan selera seksyen 2, Shah Alam ini merupakan lokasi favourite kami sekeluarga. Kalau datang ke sini, tak sah kalau tak order ABC Special dari kedai yang bernama FRADOO. 


Gerai ABC yang best di sekitar Shah Alam
FRADOO ABC Special
Eh, sedap sangat ke ABC ni? Apa yang special nya tu? 


Kalau tak sedap, masakan turut menjadi pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 bukan? Malah, pernah mengisi ruangan dalam satu akhbar tempatan yang mempromosikan ABC Special Fradoo ini.

Saya memang akui mables dan tiptop ABC di sini. Walaupun sebenarnya terdapat beberapa kedai ABC lagi di sini, namun Fradoo tetap menjadi pilihan.

Selain daripada ABC Special, terdapat juga pilihan ABC lain seperti ABC coklat, ABC biasa, ABC jagung, minuman jus buah-buahan dan minuman lain seperti teh ais, milo ais dan sebagainya turut disediakan. 

Jika anda bertandang ke Shah Alam, jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini yer. Yang duduk area Klang, Shah Alam, Subang, Kuala Lumpur jemputlah singgah dan cuba. Pasti puas hati!

Nak tahu lanjut?
Jom usha usha Page empunya gerai Fradoo ABC Special Madness ni..^_^



No comments:

Post a Comment