Sunday, April 26, 2015

Bina Branding Blog Impi Jadi Sehebat Blogger denaihati.com

Jana pendapatan melalui blog
Sebut pasal dunia blogger, siapa yang tidak kenal team blogger hebat denaihati.com. Ramai yang bercita-cita dan punya impian untuk menjadi sehebat denaihati.com. Namun, perjalanannya bukan mudah. Bukan sekadar main hentam kromo sahaja. 

Begitu juga dengan saya dan ramai lagi rakan-rakan saya di luar sana. Anda juga mungkin sebahagian dari mereka yang mahu menjadikan dunia blogger ni bukan sekadar menulis. Oleh yang demikian, apa langkah yang anda harus lakukan?

Atas minat, kesungguhan untuk menjadi seperti blogger hebat denaihati.com, tuan eizil.com, wangcyber.com, bloggerlelaki.com dan ramai lagi blogger-blogger hebat Malaysia yang lain, saya tidak akan pernah melepaskan peluang yang ada untuk mempelajari tentang dunia blog seperti semalam yang dianjurkan oleh salah seorang mentor saya pemilik blog permatacintaku.com. Perkongsian semalam juga adalah teknik dan tips yang dikongsi oleh tuan blogger eizil.com.

Tips artikel blog yang berkualiti
Bina branding melalui blog
Kalau diikutkan, kebiasaannya kelas sebegini mengambil kos sehingga ratusan hingga ribuan ringgit satu sesi. Alhamdulillah, semalam dapat ikuti kelas ini dengan hanya RM30 sahaja. 

Saya bukanlah seorang yang mahir dalam dunia blogger. Masih baru dan masih baaaaanyyakk sangat-sangat lagi yang harus dipelajari. Namun, menghadiri kelas bina branding melalui blog semalam sedikit sebanyak membantu hala tuju saya dalam dunia blog.


Kategori Blogger


Saya yakin, anda masing-masing mempunyai tujuan, matlamat dan minat yang tersendiri mengapa anda menceburkan diri dalam dunia blogger ini. Yang mana satukah pilihan kategori anda untuk berblog? 

  • Blog sebagai catatan atau diari kehidupan anda sendiri
  • Blog sebagai perkongsian bagi anda yang suka menulis
  • Blog sebagai tempat anda mencari rakan
  • Blog sebagai perkongsian anda untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain
  • Blog sebagai tempat anda berkongsi resepi masakan
  • Blog sebagai tempat berkongsi kepakaran sendiri
  • Blog sebagai tempat anda mempromosikan diri
  • Blog sebagai medium bisnes mempromosikan produk anda
  • Blog sebagai medium anda menjana pendapatan tetap atau sampingan
Namun, walau apa pun tujuan anda, anda harus konsisten dan luaskan hala tuju anda kerana hakikatnya dunia blog bukan hanya sekadar menulis. Berblogging juga boleh menjadi salah satu saham anda di akhirat nanti. Baik atau buruk pembawaan blogger tersebut itu saya tidak mahu ulas. Ianya atas persepsi masing-masing. 

Tips Artikel Berkualiti


Sedikit perkongsian mengenai kelas semalam yang mungkin memberi manfaat kepada anda juga dalam usaha menjadi seorang blogger yang punya visi dan misi tersendiri terutamanya blogger yang masih baru:

  1. Pelbagaikan artikel berbentuk perkongsian yang membantu menyelesaikan masalah orang
  2. Headlines atau tajuk entri yang jelas
  3. Tulis dari hati untuk pembaca, bukan menulis untuk robot 
  4. Pastikan tulisan mudah dibaca. Memadai setiap olahan isi 4-5 baris sahaja.
  5. Jangan copy and paste dari artikel orang lain. Boleh menjadikan entri blogger lain sebagai rujukan, tetapi olah mengikut kefahaman dan gaya penulisan sendiri.
  6. Penerangan dan huraian jelas tanpa limitkan patah perkataan. Andai pendek itu sudah jelas huraian, ia sudah memadai. Andai perlu panjang huraian pun tiada masalah.
  7. Bina jalinan dengan blogger lain melalui blogwalking setiap hari.  
  8. Share entri anda di komuniti atau group blogger
Ini sekadar sebahagian daripada tips biasa yang mungkin anda juga sudah ketahui. Banyak lagi tips-tips lain. Tetapi, memadai dengan tips ini sahaja secara asas. 

Untuk tips lain yang lebih hebat, anda boleh juga singgah blog blogger-blogger hebat yang saya senaraikan di atas yang menjadi rujukan dan ikutan saya juga, lantas menjadikan mereka sebagai inspirasi, Moga satu hari nanti boleh menjadi salah seorang blogger sehebat mereka juga. 









4 comments:

  1. semoga anda akan mencapai kejayaan sebagai blogger terkenal suatu hari nanti..inshaa allah.

    ReplyDelete
  2. saya masih banyak lagi kena belajar nih..

    ReplyDelete