Tuesday, July 7, 2015

4 Panduan Elak Gigi Anak Cepat Rompong

Masalah gigi cepat rosak merupakan perkara biasa yang terjadi di kalangan kanak-kanak. Tidak hairan lah apabila kerosakan gigi mula berlaku selepas 2 tahun pertumbuhan gigi berlaku. Namun, adakah ia tidak dapat dielakkan? Adakah cara dan langkah untuk mengelakkan gigi anak anda daripada cepat rompong? 

Saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah antara langkah mengelakkan gigi anak cepat rompong..


Panduan elak gigi anak cepat rompong


Penyusuan susu ibu sepenuhnya


Tahukah anda bahawa penyusuan susu ibu sepenuhnya mampu menjaga gigi anak anda daripada cepat rosak? Ya, susu ibu merupakan susu terbaik di dunia dengan pelbagai manfaat termasuk manfaat dari sudut kesihatan gigi anak anda. 

Sudah terbukti melalui pengalaman saya sendiri!

Bersihkan gigi anak selepas makan


Anda boleh menggunakan berus gigi lembut yang sesuai untuk kanak-kanak atau sekadar bersihkan menggunakan kain bersih selepas mereka makan. 

Andai anak anda sudah pandai untuk berkumur-kumur, sarankan mereka untuk berkumur selepas makan. 

Kurangkan makanan dan minuman manis


Zaman kanak-kanak merupakan zaman keriangan. Gula-gula dan kanak-kanak sudah menjadi sinonim. 

Saya bukanlah ibu yang terlalu straight tidak membenarkan langsung anak saya untuk makan dan minum makanan yang manis. Namun, berpada-pada terutamanya pemberian gula-gula.

Elakkan kerap memberikan anak anda gula-gula setiap hari. Elakkan memujuk anak anda dengan gula-gula. Banyak lagi cara lain yang boleh anda gunakan. Namun, tidak salah untuk mereka nikmati gula-gula tetapi harus dihadkan pengambilannya. 

Amalkan pengambilan makanan tinggi vitamin C dan kalsium


Vitamin C dan kalsium sangat penting untuk penjagaan dan pertumbuhan gigi kanak-kanak. 

Mungkin sebahagian daripada ibubapa kurang menyedari tentang hakikat ini. Namun, dalam proses memelihara kesihatan gigi anak anda, 2 sumber ini amat penting untuk kesihatan gigi anak-anak. 

Kalsium bagus untuk kesihatan dan kekuatan gigi, manakala vitamin c bagus untuk kesihatan gusi serta mengelakkan daripada gusi berdarah. 

Pengalaman saya sendiri

 
Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sendiri;

Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa serta seorang ibu menyusu sepenuhnya satu ketika dahulu. 

Saya tahu mengenai manfaat susu ibu, namun saya kurang mengetahui bahawa susu ibu juga sangat baik untuk kesihatan gigi anak sehingga lah saya terbaca dalam 1 artikel berkaitan manfaat susu ibu  termasuk dalam aspek kesihatan gigi anak.

Malah, ianya sememangnya terbukti! Anak saya kini berusia 5 tahun tetapi giginya masih lagi tersusun rapi biarpun dia sangat susah untuk menggosok gigi. 

Tambahan pula, saya amalkan pemberian Chewable Vita C dan Meal Shakes yang kaya dengan 10 manfaat di dalamnya termasuk kalsium untuk kesihatan gigi anak. 

Chewable Vita C dan Meal Shakes yang mengandungi pelbagai amnfaat untuk si manja anda

InsyaAllah moga usaha kita semua para ibubapa sekalian membuahkan hasil. 
 

 

 

6 comments:

  1. nasib baik bdk2 ni tak susah nak suruh gosok gigi..kdg2 penat sebab asyik nak gosok gigi je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nak suruh anak gosok gigi memang 1 cabaran sebenarnya..^_^

      Delete
  2. Tips yang berguna...anak2 saya pun rajin terlebih gosok gigi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya rajin gosok gigi.. Maknya tak yah susah2 nak pksa suh gosok gigi kan..^_^

      Delete
  3. Memang ramai kanak-kanak yang giginya rosak di usia muda. Jadi memang Mek ila pastikan anak-anak memberus gigi setiap malam sebelum tidur. Kadang-kadang rela, kadang-kadang kena paksa rela, hihi. Tapi happy sebab gigi anak cantik dan berseri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww thumbs up utk anak Ila.. Senyum pun cnfirm manis je kan bile gigi bersih dan cantik..^_^

      Delete