Thursday, July 9, 2015

5 Cara Bantu Anak Suka Sayur dan Buah (Part II)

Pada entri yang lalu, saya ada kongsikan bersama anda 5 cara bantu anak suka makan sayur dan buah (Part I).

InsyaAllah hari ini saya akan kongsikan bersama anda 5 lagi cara bantu anak anda sukakan sayuran buahan (Part II).

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua sebagai ibubapa
 

5 cara bantu anak suka sayur dan buah (Part II):


Hidangkan sayuran dan buahan dengan cara yang kreatif


  • Memadai dengan anda menggunakan sayuran dan buahan itu sendiri sebagai bahan tarikan utama anak-anak.
  • Ajak anak anda bersama untuk menghias  sayuran dan buahan tersebut. Dalam masa yang sama, anda meransang kreativiti dan mengasah bakat mereka.

Jangan mudah putus asa

  • Penolakan anak terhadap sayur dan buah adalah perkara biasa. So, anda perlu teruskan usaha dan kreativiti anda. Masanya pasti akan tiba!

Beri anak buahan dan sayuran mengikut citarasanya

  • Sekiranya anak anda sukakan sayuran yang sudah dimasak, maka anda masak terlebih dahulu.
  • Begitu juga sekiranya anak sukakan buahan puri, maka anda boleh kisar ia menjadi jem

Buahan dan sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja

  • Anda boleh hidangkan buahan bersama yogurt, minuman atau coklat.

Ajak anak menanam sayuran bersama sekiranya anda mempunyai kawasan untuk tanaman

  • Biarkan anak anda menanam, menyiram, membaja dan sekaligus memetik buahan dan sayuran itu sendiri. 
  • Tugas anda hanyalah membantu dan menyediakan masakan mengikut citarasanya.
Semoga 10 cara ini yang saya kongsikan bersama anda memberi manfaat dan serba sedikit membantu usaha anda memupuk minat anak untuk suka makan sayuran dan buahan. 

Selamat berjaya!

2 comments:

  1. Anak2 saya kalau buah2 mmg laju je makan...selagi tk abis duk mengulang je...tp sayur lambat skit...tu pn makan lobak dengan tomati je...

    ReplyDelete
  2. mak ayah memang wajib kena kreatif dalam memberi anak makan sayur dan buah

    ReplyDelete