Wednesday, July 8, 2015

5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)

Saya yakin dan percaya kebanyakan ibubapa mengalami masalah untuk memberikan anak mereka makan sayuran dan buah-buahan. 

Ianya adalah normal di kalangan kanak-kanak. Mungkin kita juga satu ketika dulu seorang yang memilih dalam memilih makanan. Usah risau kerana 10 cara ini mungkin boleh membantu masalah anda. 

5 cara bantu anak suka makan buah dan sayur


Pastikan rumah anda sentiasa mempunyai bekalan sayur dan buah-buahan

  • Letakkan pada 1 sudut yang mudah anak anda untuk rasa tertarik untuk menikmatinya
  • Potong buah siap-siap dalam saiz yang lebih kecil, kemudian simpan di dalam peti sejuk agar ia sentiasa segar

Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayuran setiap kali makan

  • Berikan anak anda buahan sebelum makan tengahari
  • Campurkan sayuran yan bewarna warni pada hidangan sarapan pagi

Sekiranya anda sekeluarga makan di luar, pastikan menu yang dipilih mempunyai hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Elakkan makanan berminyak
  • Galakkan anak anda memilih jus buahan kurang gula sebagai minuman pilihan ketika makan di luar


Semasa membeli buah-buahan atau sayur-sayuran, minta pendapat anak anda buahan dan sayuran apakah yang mereka sukai. 

  • Belikan buah dan sayuran pilihan mereka
  • Berikan mereka ruang untuk sama-sama membantu anda ketika memilih buahan dan sayuran tersebut

Galakkan seisi keluarga makan buah dan sayuran

  • Anda sebagai ibubapa perlu menjadi contoh terlebih dahulu
  • Galakan untuk makan buah dan sayur ini bukan hanya tertumpu pada anak anda yang kecil sahaja.

Semoga cara ini sedikit sebanyak membantu anak anda sukakan sayuran dan buahan. Siapa tahu, lama-lama apabila sudah terbiasa dengan habit  yang anda lakukakan, mereka juga turut sama terbiasa. 

Selamat mencuba!
Kita jumpa pada part II pula yer..

 


8 comments:

  1. Info menarik. boleh dipraktikkan untuk anak nanti. Tq for sharing.
    5 Bahaya Keringkan Baju Dalam Rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila.. Anak fiza pun susah nak makan sayur dan ah..huhu

      Delete
  2. Nice. Anak shidah suka buah dan sayur. Tp jangan cakap itu sayur. Kalau tak, dia x jadi nak makan. Hehe.. macam2 anak2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itu betul dah tu Shidah.. Kalau cakap, memang la langsung dia tak mau makan kan..hihi

      Delete
  3. saya tak tau macam mana umi saya ajar saya makan sayur, tapi sejak kecil, setiap makanan sy mesti ada sayur

    ReplyDelete
  4. Memang betul... kanak-kanak memang tidak suka makan sayur-sayuran tetapi yidak pada buah-buahan. Setahu saya, makan sayur ada sedikit pahit dan kelak untuk memakannya. Saya sendiri pun paksa diri untuk makan sayur.

    ReplyDelete
  5. Anak2 saya suka mkn carrot jer...lagi 1 suka bawang besar..apa jer jenis masakan mesti potong bawang byk2.kdg2 minta nasi grg bwg..huhu

    ReplyDelete