Thursday, August 20, 2015

Bahaya Meroyan Ketika Berpantang yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bersalin!

Meroyan ketika berpantang?  Kemurungan ketika berpantang? Atau dikenali juga sebagai Posnatum Depression?

Meroyan ketika berpantang ni jangan diambil enteng yer para wanita dan suami sekalian. Kenapa? Kerana ia mungkin mengakibatkan kesan dalam jangka masa panjang!

Baru-baru ini teringat kisah seorang rakan guru meluahkan kesedihan mengenang nasib anak muridnya yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang kerap meroyan sejak bersalin beberapa tahun lalu. 

Mungkin ramai dikalangan suami dan anda sendiri yang tidak mengetahui meroyan ketika berpantang ini sebenarnya tidak boleh dipandang enteng. 

Bagaimana nak tahu yang saya mempunyai masalah meroyan ini? 


Beberapa simptom mungkin anda dapat kenalpasti. Antaranya:
  • Perasaan sedih
  • Terasa jauh hati
  • Keletihan melampau
  • Rasa tertekan
  • Kesunyian
  • Rasa putus asa
  • Rasa gelisah
  • Rasa bersalah
  • Kesunyian
  • Sering menangis
Ini merupakan antara simptom-simptom meroyan dan ianya berbeza bagi setiap wanita yang mengalaminya. 

Keadaan normal apabila selepas melahirkan isteri menjadi murung, sedih dan sedikit tertekan kerana ia melibatkan perubahan hormon serta kehadiran orang baru. Usah risau kerana keadaan ini biasa berlaku dan ia bukan dikategorikan sebagai meroyan ketika berpantang. Ia akan beransur tenang selepas beberapa hari atau minggu berlalu. 

Namun, masalah meroyan ketika berpantang akan dapat anda kesan apabila perasaan itu terus menghantui diri anda secara perlahan-lahan namun berterusan.  Ia tidak akan hilang kecuali dengan anda mendapatkan rawatan susulan!

Apakah punca meroyan ketika berpantang? 


Para doktor sendiri tidak mengetahui mengapakah kemurungan ini boleh terjadi pada sebahagian wanita dan sebahagian lagi tidak. 

Namun, beberapa punca ini mungkin boleh membuatkan anda meroyan atau murung ketika berpantang:
  • Memiliki sejarah kemurungan pada masa lalu. 
  • Mengalami tekanan dalam hidup samada dari segi kewangan, kerja, rumah dan sebagainya.
  • Tiada sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami. 
  • Jarak kelahiran bayi yang rapat dengan kelahiran sebelum
  • Melahirkan anak pramatang atau mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran
  • Mempunyai masalah dengan pengeluaran susu badan
  • Ingatan sedih dengan kematian seseorang yang anda sayangi antaranya ibubapa, anak atau suami sendiri
  • Ditinggalkan suami, bercerai atau suami berlaku curang dengan anda ketika anda berpantang

Punca ini boleh berubah dan bergantung kepada individu itu sendiri. 

Namun, harus anda fahami bahawa meroyan atau kemurungan ketika berpantang ini perlu dikawal dan diatasi segera. 

Usah biarkan ia menghantui diri dan perasaan anda. Anda perlu sentiasa mendapatkan sokongan daripada orang sekeliling anda tentang perasaan yang sedang anda lalui. 

Sokongan suami penting dalam menangani kemurungan ketika berpantang
Sokongan suami perlu dalam menangani kemurungan ketika berpantang
Suami sekalian.. anda juga harus membuat persedian fizikal dan mental ketika anda ingin menyambut kelahiran anak anda. Sayangi mereka dan bantulah isteri anda! Kerana kemurungan ini boleh menjadi punca kepada keadaan gila seumur hidup. 

Mahu? Tentunya tidak bukan?

No comments:

Post a Comment