"Abang, bantulah saya ketika berpantang!"
Saya yakin, semua isteri mengharapkan suami membantu mereka ketika saat berpantang selepas bersalin. Tak dapat tolong banyak, sikit pun jadilah kan?
Zaman serba moden ini, kebanyakan lelaki semakin faham dengan tanggungjawab membantu dan menjaga isteri selepas bersalin. Namun, tak kurang juga yang masih buat dekkk jek, masih buat-buat tak tahu saja. Tak semua, tapi sebahagian!
Berpantang merupakan satu fasa yang mahu atau tidak perlu dilalui oleh semua wanita yang melahirkan anak. Keguguran juga termasuk dalam kategori pantang ini.
Berpantang merupakan satu fasa yang mahu atau tidak perlu dilalui oleh semua wanita yang melahirkan anak. Keguguran juga termasuk dalam kategori pantang ini.
Sebagai ibu baru bersalin, mahu atau tidak anda harus melalui fasa berpantang dengan sebaiknya. Perbaiki kesihatan anda, ambil pemakanan sihat, ambil set pantang selepas bersalin, bertungku, berurut atau mengambil jamu.
Malah, sebaiknya anda harus melalui fasa pantang yang panjang melebihi 44 hari. Terutamanya dari segi makanan dan minum.
Ingat yer abang abang kakak adik, badan kita nak pakai lama. Isteri anda nak berkongsi hidup dengan anda selama-lamanya.
Apa akan jadi seandainya isteri anda tidak dapat berpantang dengan sebaiknya? Dari segi luaran memang nampak sihat. Tapi dalaman?
Sebagai suami, ambillah peranan anda dengan turut membantu isteri sepanjang mereka berpantang.
5 Peranan Suami Semasa Isteri Berpantang
Apa yang boleh anda bantu? Apa peranan anda? Mungkin ini antara sebahagian peranan yang boleh anda mainkan:
#Bantu sediakan makanan untuk isteri dan anak-anak lain
Anda harus tahu apakah makanan yang sesuai dimakan oleh wanita berpantang. Sekarang segalanya si hujung jari. Google saja atau minta pandangan orang tua.
#Bantu urusan harian rumah
Apakah urusan rumah yang boleh anda bantu? Contohnya, membasuh, cuci pinggan mangkuk, cuci lampin dan baju anak, kemas rumah dan menyapu. Andai anda mempunyai anak lain yang boleh diharapkan, berpakatlah bersama mereka untuk membantu.
#Fahami emosi isteri. Selalu bertanyakan perasaan dan keperluan isteri. Ambil masa untuk bersembang dengan isteri.
Saya yakin part ini ramai suami yang terlepas pandang. Ramai suami yang ambil enteng. Anda perlu tahu bahawa emosi isteri ketika berpantang agak sensitif. Ini disebabkan perubahan hormon dan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Fahami emosi isteri ketika berpantang |
Anda perlu memainkan peranan sebagai suami dan berikan kekuatan buat isteri. Cuba selami hati isteri, berikan kata-kata semangat buat isteri.
Awas!!! Emosi tidak stabil selepas bersalin boleh menjadi punca kepada masalah meroyan atau kemurungan! Ketahui punca dan bahaya meroyan serta apakah 10 tips yang boleh diamalkan atasi meroyan.
#Prihatin dengan ubat, jamu atau supplement pantang yang perlu mereka ambil. Bantu peringatkan mereka!
Ada sebahagian isteri tak berapa 'rajin' konsisten makan ubat atau jamu atau supplement ketika berpantang. Ambil peranan anda sebagai suami. Peringatkan isteri anda atau terus ambil dan hulurkan suppelement yang perlu mereka ambil.
Jangan buat main yer. Suppelement atau jamu pantang ini penting untuk percepatkan sembuh luka dan berikan kesihatan untuk jangka masa panjang.
#Turut sama berjaga malam ketika anak meragam
Ehem ehem.. Part ni yang kebanyakan suami susah nak bantu. Sedap tidur lagi yer..^_^
Bergilir dengan isteri berjaga malam ketika anak meragam |
Apapun, berusahalah untuk sama-sama berjaga malam bergilir menjaga anak anda bersama isteri. Jangan biarkan isteri anda semalam sendirian berjaga setiap malam.
Ini mungkin sebahagian daripada peranan yang boleh anda mainkan. Bantu dari sudut 5 perkara di atas ni pun dah sangat-sangat isteri anda hargai. Percayalah!
Anda tak biasa? Tak pandai buat kerja rumah? Biasanya isteri yang buat semua? Take it as a challenge la kan..^_^
Tak pandai boleh belajar..Tak biasa boleh biasakan.. Bagi contoh terbaik buat anak-anak anda. Harus diingat, besar pahalanya menjadi suami yang membantu isteri kan?
Hakikatnya semua peranan ini bukan waktu isteri berpantang saja, tetapi urusan sehari-harian pun anda perlu mainkan peranan ini bersama isteri anda!
Selamat menjaga isteri berpantang suami-suami soleh sekalian!
Peranan suami sangat penting ketika sang isteri berpantang, saling bekerjasama adalah sangat dianjurkan dalam membuat kerja -kerja rumah,apalagi ketika isteri sedang berpantang.
ReplyDeletePeranan dan bantuan suami sangat penting agar ibu dapat berpantang dengan selesa. Maklumlah sakit pun masih belum hilang, ibu perlu menjaga bayi pula kan. Apa pun itulah pengorbanan seorang ibu...
ReplyDeletetahniah pada suami-suami prihatin, mj rasa sekarang ni ramai dah suami di luar sana yang rajin membantu
ReplyDelete