Tuesday, August 25, 2015

Surirumah Sepenuh Masa VS Surirumah Bekerjaya

surirumah bekerjaya
Apa yer perbezaan antara kedua ni? 

Surirumah sepenuh masa dengan Surirumah bekerjaya..

Mungkin dahulu orang memahami bahawa surirumah ini adalah tugasnya hanya melakukan tugas harian di rumah sahaja seperti menguruskan suami, anak-anak, memasak, membasuh, mop lantai dan sebagainya. 

Namun, bagaimanakah pula dengan istilah surirumah bekerjaya ini? 
 
Zaman serba canggih dan moden ini, tidak lagi menggunakan istilah surirumah sepenuh masa bagi wanita yang bekerja dari rumah. 

Malah, kini dengan istilah yang lebih segar iaitu surirumah bekerja ataupun disebut juga Work at Home Mum.

Adakah peranannya sama atau berbeza? 


Dua istilah ini mempunyai peranan yang berbeza. Surirumah bekerja adalah wanita yang masih lagi bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri tetapi segalanya dilakukan di rumah. Mereka masih lagi surirumah, namun mempunyai pendapatan sendiri melalui perniagaan yang dijalankan di rumah.

Rumah adalah office, rumah adalah tempat mereka menguruskan rumahtangga. Malah, yang lebih menariknya lagi, surirumah bekerjaya kini sudah mempunyai visi dan misi perniagaannya sendiri dengan menyediakan satu ruang pejabat khas di rumah masing-masing.

Menarik bukan?  

Apakah kelebihan surirumah bekerjaya? 


Beberapa kelebihan ini saya kongsikan bersama anda berdasarkan pengalaman saya sendiri menjadi seorang surirumah bekerja melalui bisnes Shaklee.
  1. Yang paling utama adalah masa yang fleksibel. Maksudnya, segalanya atas pembahagian masa masing-masing untuk menguruskan urusan harian rumah dan kerja bisnes.
  2. Tidak terbeban dengan urusan pejabat yang dibawa ke rumah atau terkesan dengan emosi dan tingkahlaku majikan mahupun rakan sekerja.
  3. Bebas menggunakan cara bisnes yang tersendiri.  

Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri berkaitan isu surirumah bekerjaya ini. Boleh juga anda kongsikan bersama saya tips dan cara yang anda gunakan dalam menjalankan bisnes anda sendiri dari rumah. 

Bagi yang sedang mencari bisnes yang boleh dilakukan dari rumah, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing anda sehingga menjadi seorang surirumah bekerja yang berjaya!  

 

 

6 comments:

  1. kalau gaji suami besar..si isteri jadi surirumah sepenuh masa pun bagus juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa itu dh semestinya sangat sangat bagus.. Tapi kebanyakan wanita sekarang tak leh duduk diam. Mesti ada something bisnes yang nak dibuat walaupun sekadar kecil-kecilan. Kdg nak penuhi masa kosong je sebenarnya..

      Delete
  2. Kalau suami mampu, duduk rumah lebih afdal tetapi pada zaman ini, agak sukar...
    Gunakan kebijaksanaan dan peluang sebaiknya kerana sekarang ni surirumah pun boleh jana income.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Zaman skrg sgt sukar kalau isteri tak turut bantu suami bekerja.. Kewangan sangat menghimpit..

      Delete
  3. tapi masih ramai yg memandang suri rumah ni seorg pengganggur . hakikatnya mrk x tau pun mungkin penganggur itu punya pendapatan yg banyak melalui kerja online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak ubah persepsi masyarakat apatah lagi keluarga dan saudara mara sendiri.. Saya sendiri masih lagi ditohmah dan diajukan persoalan bile nak kerja, kenapa tak kerja..Sedangkan hakikatnya sy bekerja secara online dari rumah..^_^

      Delete