Pages

Wednesday, December 23, 2015

Pengedar Shaklee Shah Alam

Anda sedang mencari pengedar Shaklee kawasan anda? Anda sedang mencari pengedar Shaklee yang boleh membuat penghantaran terus kepada anda? 

Kami bersedia membantu anda! Bagaimanakah kami boleh membantu anda? 
 
Saya, Puan Nor Hafizah binti Shahtir bersama suami Mohamad Hasbullah bin Salim menjalankan bisnes Shaklee ini sepenuh masa sejak 2 tahun yang lalu (2013).

Sunday, December 20, 2015

Cara Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut gugur selepas bersalin merupakan masalah biasa dan sering berlaku di kalangan wanita selepas bersalin. 

Situasi ini cukup merisaukan kebanyakan wanita kerana dikhuatiri ia menjadi masalah yang lebih kronik iaitu botak!

Mengapakah masalah keguguran rambut ini terjadi dan apakah jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah ini?

Friday, December 18, 2015

Hi-Tea bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail, Duta Shaklee Cares

Alhamdulillah, siang tadi terima jemputan dari Shaklee untuk menghadiri program Hi-Tea bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Syukur kerana terpilih untuk bersama-sama meraikan Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail hari ini. Apa yer peranan beliau kini dalam Shaklee? Nak tahu? 

Wednesday, December 16, 2015

Reward Bonanza Shaklee Istimewa untuk Ahli!

Siapa yang tak suka kalau dapat hadiah bukan? Lebih-lebih lagi kalau ianya mencecah ribuan ringgit tanpa kita mengeluarkan wang sendiri walau sesen pun!

Itulah yang sedang saya rasai kini.. Vitamin Shaklee percuma tiba jua akhirnya sempena Reward Bonanza 2 pada bulan Oktober yang lalu..

Sunday, December 13, 2015

Pengedar Shaklee Bandar Sultan Sulaiman, Klang

Anda pengguna Shaklee Bandar Sultan Sulaiman, Klang Selangor? Mencari pengedar Shaklee kawasan anda? Mencari pengedar Shaklee yang boleh anda bertemu secara langsung bertentang mata? 

Ingin menjimatkan kos penghantaran anda? Kami bersedia membantu anda!

Saturday, December 12, 2015

Peluang Shaklee: Trip Percuma Umrah-Dubai 2015

Free trip percuma Shaklee
Tahniah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan Shaklee yang sedang mengerjakan umrah dan ziarah ke Dubai melalui trip percuma Shaklee yang diadakan julung kali setiap tahun. Alhamdulillah, rezeki kalian dan keluarga.

Hari ini sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger semua tentang peluang yang diberikan oleh Shaklee kepada semua. 

Friday, December 11, 2015

Set Kulit Shaklee Terbukti Membantu Atasi Masalah Jerawat

Masalah jerawat merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita mahupun lelaki tidak terkecuali.

Lebih-lebih lagi yang menjadi kerisauan adalah di kalangan wanita. Masakan tidak, wajah ayu sudah.. Tapi masalah jerawat pulak mengganggu.

Wednesday, December 9, 2015

3 Perkara Isteri Suka Suami Lakukan di Awal Pagi

Isteri mana tidak suka kan belaian, sentuhan dari suami kan? Hubungan suami isteri yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, hakikatnya memberi hikmah dan kurniaan yang sangat luas dari Allah swt.

Friday, December 4, 2015

Mengapa Kita Perlukan Air dalam Badan?

"Saya malas la nak minum air kosong.. Saya tak suka minum air kosong banyak-banyak, rasa nak muntah. Saya tak suka minum air kosong banyak sebab nanti rasa nak terkucil je, malas nak ke tandas banyak kali.." 

Ini antara kebanyakannya alasan biasa mereka yang tidak mengutamakan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tahukah anda, apakah akibat kekurangan air dalam tubuh? Mengapakah kita memerlukan air yang mencukupi dalam badan?

Wednesday, December 2, 2015

Istimewa untuk Suami : Tips Menjaga Kesihatan Lelaki

Selalu asyik cerita hal wanita dan ibu je kan? Hari ini saya nak kongsi dengan kalian tentang tips menjaga kesihatan lelaki. Special untuk suami-suami kita. Bukan isteri atau wanita je tau perlu jaga kesihatan diri. Lelaki dan suami juga pun perlu titik-beratkan kesihatan mereka.

Friday, November 20, 2015

HerbLax Membantu Atasi Masalah Sembelit Anda

Adakah anda mengalami situasi sebegini...

Masalah pembuangan najis yang kronik? Berjam-jam berada di dalam tandas setiap kali ingin membuang? Najis berdarah dan mengalami masalah perut buncit? 

Saturday, September 12, 2015

5 Tips Mama Bijak Urus Gaji Bulanan

tips wanita bekerjaya urus gaji bulanan
Keluhan gaji tidak mencukupi apabila tiba tengah bulan merupakan rungutan yang kerap-kali didengari di kalangan mereka yang bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.

Tarikh gaji masih lambat lagi tetapi poket sudah semakin kering. Mengapakah situasi ini terjadi? Jika situasi ini terjadi, ini bermakna anda tidak bijak dalam menguruskan wang gaji bulanan anda. 

Tuesday, September 8, 2015

7 Tips Memelihara Kebersihan Organ Intim Wanita Setiap Hari

Malu tapi perlu!

Apabila membicarakan mengenai penjagaan organ intim wanita, sebahagian wanita masih lagi malu untuk mencari dan berkongsi info-info berkaitan. 

Namun hakikatnya, anda perlu menitikberatkan tentang penjagaan organ intim ini dengan menggali info dan ilmu berkaitan kerana pengabaian terhadap penjagaan kebersihan organ intim boleh menjadi punca kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser serviks, jangkitan kuman, keputihan dan sebagainya. 

Monday, September 7, 2015

Apa Pentingnya Asid Folik ketika Anda Hamil?

asid folik penting untuk bayi dalam kandungan
Saya masih teringat bila mula saja buat pendaftaran buku hamil di Klinik Kesihatan Desa, tidak ketinggalan doctor bekalkan sepapan pil kecil-kecil berwarna kuning. Bila makan je, hmmm bau dia tak tahan! Kuat sungguh kan?


Pada ketika itu, saya sendiri tidak mengetahui mengapa perlu ambil asid folik. Firasat saya mungkin makanan biasa ibu hamil kot. Kini, baru saya sedari hakikatnya pengambilan asid folik ketika hamil sangat penting untuk kesihatan janin selepas kelahiran.

Thursday, September 3, 2015

10 Sebab Anak Anda Kerap Menangis

10 sebab bayi kerap menangis
Anak kecil yang masih belum mampu berkata-kata hanya menyatakan perasaan mereka melalui tangisan sahaja. Kita sebagai ibubapa perlu memahami apakah petanda disebalik tangisan mereka. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjadi punca kenapa anak menangis tanpa henti..

Mungkin entri ini boleh membantu anda terutamanya ibu-bapa muda yang baru melalui alam perkahwinan bersama kehadiran cahaya mata sulung anda.

Tuesday, August 25, 2015

Surirumah Sepenuh Masa VS Surirumah Bekerjaya

surirumah bekerjaya
Apa yer perbezaan antara kedua ni? 

Surirumah sepenuh masa dengan Surirumah bekerjaya..

Mungkin dahulu orang memahami bahawa surirumah ini adalah tugasnya hanya melakukan tugas harian di rumah sahaja seperti menguruskan suami, anak-anak, memasak, membasuh, mop lantai dan sebagainya. 

Namun, bagaimanakah pula dengan istilah surirumah bekerjaya ini? 

Monday, August 24, 2015

Ada Apa dengan Set Bersalin Shaklee?

Keistimewaan set bersalin shaklee


Anda sedang menanti hari? Masih mencari set bersalin yang betul-betul sesuai dan selamat untuk anda dan bayi? 

Haaa hari ini saya nak kongsi dengan anda semua tentang set bersalin basic Shaklee. Apakah keistimewaan sehingga ribuan testimoni pengguna bersetuju dengan keberkesanannya dalam memberikan tenaga selepas bersalin serta menyembuhkan luka dalam dan luar. 

Sunday, August 23, 2015

Berkawan dengan Orang Positif Kalau Mahu Berjaya!

Berkawan dengan orang positif kalau mahu berjaya
Siapa kita berkawan adalah cerminan kepada diri kita sendiri. Berkawan dengan tukang besi, maka kotoran dan bauan besi akan melekat pada kita. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian minyak wangi akan terpalit juga pada kita. 

Begitu juga andai anda mahu berjaya! Berkawan dengan orang negatif, sampai bila-bila pun takkan menjanjikan sebarang kejayaan. Berkawan dengan orang positif, tidak mudah give up, keep forward dengan cabaran dan ujian, maka secara tidak langsung kita juga akan terkesan dengan sikap yang ada pada rakan sebegini.

Saturday, August 22, 2015

5 Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

5 Peranan suami ketika isteri berpantang bersalin
"Abang, bantulah saya ketika berpantang!"
Saya yakin, semua isteri mengharapkan suami membantu mereka ketika saat berpantang selepas bersalin. Tak dapat tolong banyak, sikit pun jadilah kan? 
Zaman serba moden ini, kebanyakan lelaki semakin faham dengan tanggungjawab membantu dan menjaga isteri selepas bersalin. Namun, tak kurang juga yang masih buat dekkk jek, masih buat-buat tak tahu saja. Tak semua, tapi sebahagian!

Friday, August 21, 2015

10 Tips Elak Meroyan Selepas Bersalin

10 tips elak meroyan selepas bersalin
Pada entri yang lalu, saya ada kongsikan bersama anda tentang punca dan bahaya masalah meroyan atau kemurungan ini dikalangan wanita yang baru bersalin. 

InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda amalkan agar masalah meroyan atau kemurungan ketika berpantang ini tidak menjadi satu penyakit yang lebih serius. 

Thursday, August 20, 2015

Bahaya Meroyan Ketika Berpantang yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bersalin!

Meroyan ketika berpantang?  Kemurungan ketika berpantang? Atau dikenali juga sebagai Posnatum Depression?

Meroyan ketika berpantang ni jangan diambil enteng yer para wanita dan suami sekalian. Kenapa? Kerana ia mungkin mengakibatkan kesan dalam jangka masa panjang!

Wednesday, August 19, 2015

Perpustakaan Awam Raja Tun Uda Shah Alam Destinasi Terbaik Ransang Anak Minat Membaca

Lokasi perpustakaan swsm shah alam
Tidak tahu ke mana ingin membawa anak anda bersiar di sekitar Shah Alam? Bosan duk ulang pergi tempat yang sama? Tercari destinasi yang mungkin menjadi kegembiraan buat anak anda?

Saya sarankan anda kunjungi Perpustakaan Awan Raja Tun Uda, di Shah Alam Selangor. Saya pasti anda dan anak anda akan menyukai suasana di perpustakaan ini yang mesra kanak-kanak, malah menjanjikan keselesaan kepada anak anda juga. 

Tuesday, August 18, 2015

"Alhamdulillah, Eczema Anak Saya Dah Dapat Diatasi!"

Beberapa hari lalu saya terima 1 panggilan daripada seorang ibu. Sebenarnya, beliau adalah seorang pelanggan saya yang membeli krim Herbal Blend pada 13 Julai 2015 yang lalu. 

Dek kerana terlupa nak save nombor telefon beliau, saya sedikit terkesima bila beliau menyatakan ingin membeli lagi 2 tiub Herbal Blend. Bila ditanya, rupa-rupanya beliau adalah pelanggan saya yang mencari krim Herbal Blend untuk anak beliau yang mempunyai masalah Eczema teruk!

Wednesday, July 29, 2015

6 Tips Bantu Suami Elak Mengantuk ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu merupakan perkara biasa yang terjadi ketika memandu. Namun, anda harus sedari bahawa mengantuk ketika memandu boleh mengundang maut! Bukan hanya melibatkan nyawa anda sahaja, malah ianya melibatkan seluruh ahli keluarga yang anda sayangi. 

Friday, July 10, 2015

Testimoni Dish Wash Concentrate Pilihan Ibu Bijak Mencuci Pinggan

Tugas mencuci pinggan menjadi lebih mudah dengan adanya Dish Wash Concentrate ini. Saya merupakan salah seorang pengguna Dish Wash Concentrate yang sangat berpuas hati dengan ‘hasil kerja’ Dish Wash ini.

Abaikan Keselamatan Anak Semasa Makan Mungkin Mengundang Maut!


Kepentingan menjaga keselamatan anak bukan hanya perlu dititikberatkan ketika mereka bermain, beriadah, ketika berada di luar rumah dan sebagainya. Malah, keselamatan anak anda juga perlu dititikberatkan semasa mereka sedang makan!

Thursday, July 9, 2015

5 Cara Bantu Anak Suka Sayur dan Buah (Part II)

Pada entri yang lalu, saya ada kongsikan bersama anda 5 cara bantu anak suka makan sayur dan buah (Part I).

InsyaAllah hari ini saya akan kongsikan bersama anda 5 lagi cara bantu anak anda sukakan sayuran buahan (Part II).

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua sebagai ibubapa

Ohh Mudahnya Mencuci Pinggan dengan Dish Wash Concentrate ini!

Sabun pencuci pinggan merupakan salah satu sabun pencuci yang wajib ada bagi setiap rumah. Masakan tidak, hampir kebanyakan masa surirumah di dapur menggunakan sabun pencuci pinggan.

Bersihkan dapur, cuci cawan, pinggan, sudu garfu, periuk belanga semuanya melibatkan pencuci pinggan mangkuk. 

Wednesday, July 8, 2015

5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)

Saya yakin dan percaya kebanyakan ibubapa mengalami masalah untuk memberikan anak mereka makan sayuran dan buah-buahan. 

Ianya adalah normal di kalangan kanak-kanak. Mungkin kita juga satu ketika dulu seorang yang memilih dalam memilih makanan. Usah risau kerana 10 cara ini mungkin boleh membantu masalah anda. 

Selamatkah Bahan Pencuci di Rumah Buat Anak Anda?

Kebanyakan ibubapa menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat untuk anak-anak. Namun, tahukah anda banyak kematian di kalangan kanak-kanak adalah berlaku ketika di rumah? 

Lebih mengejutkan, kebanyakannya adalah berpunca daripada keracunan! Satu kajian juga menunjukkan bahawa 1/3 keracunan di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan terminum bahan beracun di rumah. Adakah anda sedar tentang perkara ini?

Tuesday, July 7, 2015

4 Panduan Elak Gigi Anak Cepat Rompong

Masalah gigi cepat rosak merupakan perkara biasa yang terjadi di kalangan kanak-kanak. Tidak hairan lah apabila kerosakan gigi mula berlaku selepas 2 tahun pertumbuhan gigi berlaku. Namun, adakah ia tidak dapat dielakkan? Adakah cara dan langkah untuk mengelakkan gigi anak anda daripada cepat rompong? 

Saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah antara langkah mengelakkan gigi anak cepat rompong..

Sunday, July 5, 2015

Motivasi Pagi Prof Dr. Muhaya: 5 Tips Menjadi Isteri yang Bahagia dan Membahagiakan

Selamat pagi rakan-rakan sekalian.. Moga pagi ini menjadi pagi Ramadan yang penuh mawaddah wa rahmah. Pagi ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang motivasi pagi oleh Prof. Dr Muhaya: Tips Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri..

Saya yakin kita semua ingin menjadi seorang isteri yang bahagia dan membahagiakan bukan? Namun, ianya bukan lah satu tugas yang mudah. Namun, tidak mustahil untuk direalisasikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

Saturday, July 4, 2015

Pilu.. Penderaan Kanak-kanak di Bulan Ramadan!

Sejak akhir-akhir ini, seringkali keluar di paparan kaca televisyen tentang kisah penderaan di kalangan kanak-kanak. Tambah menyedihkan apabila ianya berlaku di bulan Ramadan! Sedih, pilu semua ada. Mengapakah ianya terjadi? Di manakah sifat kemanusian kite sebagai ibu-bapa, penjaga yang memikul tanggungjawab amanah daripada Allah swt. 

Apakah dosa mereka sebagai anak kecil?

4 Rahsia Kekal Menyusu Ketika Berpuasa di Bulan Ramadan

Bagi ibu hamil dan menyusu, puasa pada bulan Ramadan merupakan satu cabaran yang harus ditangani dengan baik. Persediaan fizikal dan mental yang mencukupi diperlukan sepanjang melalui fasa hamil dan menyusu dalam bulan Ramadan. 

Mungkinkah anda salah seorang ibu menyusu yang sedang tercari-cari langkah dan tips bagaimana untuk memastikan anda kekal menyusu dengan bekalan yang mencukupi sepanjang Ramadan.

Friday, July 3, 2015

5 Cara Ransang Minda Anak Kecil Anda

Saya yakin dan percaya semua ibubapa sering mengimpikan anak-anak yang memiliki minda yang cerdas dan pintar. Masakan tidak, mereka lah bakal menjadi penyejuk mata kita dan menjadi saham kita di akhirat kelak. 

Namun, otak yang bijak dan cerdas ini bukanlah mudah seperti yang dijangka. Ianya perlu dijana, diasah dan diasuh oleh ibubapa atau melalui pendidikan di sekolah.

Thursday, July 2, 2015

Manfaat B-complex Bantu Atasi Masalah Migrain Suami

Sakit kepala tak tentu masa? Pantang kena panas sikit, pantang letih, berada di tempat sesak, confirm migrain mula menyerang. 

Seksanya bila migrain menyerang. Satu kerja apa pun tak boleh nak buat. Apatah lagi bila nak memandu. Memang terganggu sungguh!

Peluang Miliki Emas 1 Gram melalui Blog!

Wowww!! Sebut pasal emas, semua jadi buntang mata kan? Lebih-lebih lagi bila orang nak bagi free free je.. Iye free!! Percuma!! Mak aih, sapa yang buat kerja gila duk bagi emas free 1 gram ni oiii.. 

1 gram pun beratus juga tau. Haaa.. jangan tak tahu, memang ada orang pesen gini..ahaks ^_^ Ternganga kau bile keluar saja iklan sesiapa sahaja mampu milikinya secara percuma!

Wednesday, July 1, 2015

Promo Shaklee Julai 2015 yang Awesome!

Setiap kali masuk saja bulan baru, detik 00:01 maka bermula la episod penantian promo bulanan Shaklee. Menjadi bualan, jangkaan dan pelbagai tekaan yang timbul sementara menanti pengumuman Promo yang sebenar daripada Shaklee. 

Seronok? Memang seronok! Feel penantian kan.. Lebih-lebih lagi seandainya produk yang menjadi promo tersebut menjadi produk yang hot di kalangan pengguna. 

Saturday, May 2, 2015

Anak Kerap Menangis Mungkinkah Diganggu Makhluk Halus?

Mungkin ada yang beranggapan ia sekadar mitos atau momokan orang-orang tua tentang gangguan makhluk halus pada anak kecil yang boleh menjadi punca mereka kerap menangis. Anda percaya ataupun tidak, hakikatnya makhluk halus sememangnya wujud di atas muka bumi Allah swt ini. 

Terpulang kepada anda samada mempercayai gangguan makhluk halus ini boleh berlaku pada anak anda ataupun tidak. Namun, bagi saya yang pernah mengalami situasi ini cukup memberi kesan kepada saya dan suami. 

Sunday, April 26, 2015

Bina Branding Blog Impi Jadi Sehebat Blogger denaihati.com

Jana pendapatan melalui blog
Sebut pasal dunia blogger, siapa yang tidak kenal team blogger hebat denaihati.com. Ramai yang bercita-cita dan punya impian untuk menjadi sehebat denaihati.com. Namun, perjalanannya bukan mudah. Bukan sekadar main hentam kromo sahaja. 

Begitu juga dengan saya dan ramai lagi rakan-rakan saya di luar sana. Anda juga mungkin sebahagian dari mereka yang mahu menjadikan dunia blogger ni bukan sekadar menulis. Oleh yang demikian, apa langkah yang anda harus lakukan?

Saturday, April 25, 2015

Semangat Peniaga Cilik Kaki Lima Ini Membuat Ku Kagum Padanya!

Setiap kali saya bertemu dengan adik-adik ini di kaki lima bank, kaki lima pejabat pos di sekitar Bandar Klang, hati ini cukup tersentuh!

Jarang sekali kita dapat melihat adik-adik kecil yang masih bersekolah rendah mungkin, membawa berbakul-bakul kuih-muih sebagai barang jualan. 

Terbayang-bayang andai mereka itu adalah adik-adikku sendiri. Allah...

Friday, April 24, 2015

ABC Special Fradoo Seksyen 2, Shah Alam Memang Marvelesss!

Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) atau ada juga yang sebut Ais Kacang? Kalau anda seorang peminat tegar ABC, saya sarankan anda untuk tidak melepaskan peluang menikmato ABC Special ini yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. 

Sedap sangat ke ABC di situ? Hehe saya merupakan peminat tegar ABC Seksyen 2, Shah Alam. Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Puas makan. Memang meletoppp!

Thursday, April 23, 2015

Bilakah Usia yang Sesuai untuk Mulakan Pembelajaran Anak Anda?

Bilakah waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak
Saya biasa diajukan soalan yang sama oleh adik beradik, rakan-rakan dan pelanggan juga satu ketika dahulu ketika berbisnes barangan bayi dan kanak-kanak. Bilakah waktu umur yang sesuai untuk mulakan pembelajaran mereka? 

Saya yakin anda punya pandangan anda sendiri waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak anda. Namun, saya juga pandangan saya tersendiri juga berkaitan perkara ini.

Wednesday, April 22, 2015

3 Sikap Obses untuk Cantik yang Harus Dipuji

Wanita biasanya memang sinonim dengan kecantikan. Dari rambut, wajah, susuk tubuh, kulit dan lain-lain semuanya ingin dititikberatkan. Semuanya perlu dijaga agar sentiasa tampak cantik jelita. 

Kenapa yer begitu? Perlukah wanita terlalu obses dengan kecantikan? Adakah situasi ini mampu mengundang kemudaratan atau mungkin ia memberi kelebihan kepada wanita itu sendiri? Bolehkah ia dipandang dari sudut yang positif? 

Tuesday, April 21, 2015

"Menyesal tak cuba produk ni untuk atasi masalah JERAWAT saya dari dulu lagi..."

"Menyesal tak guna produk ni dari dulu lagi.. Best juga yer rupenya.." Itu antara luahan seorang wanita ayu tetapi mempunyai masalah jerawat di muka setelah sekian lama.

Beliau menambah lagi.. "Saya dulu mati-mati tak nak guna produk ni. Tapi tiba-tiba rasa nak cuba pulak. Tak sangka best jugak yer vitamin ni.." Saya sekadar mampu tersenyum dengan respon yang diberikan. 

Yela..siapa sangka kan, orang yang pada asalnya takut-takut untuk menggunakan produk ini atas alasan ramai yang membawa khabar tidak elok berkaitan produk tanpa usul periksa. Saya tidak salahkan pelanggan kerana mereka berhak memilih dan membuat keputusan. 

Monday, April 20, 2015

Pengedar Shaklee Kawasan Pelabuhan Klang

Anda berada di sekitar Pelabuhan Klang? Seorang pengamal Shaklee? Mencari seller atau Shaklee Independent Distributor (SID) yang berdekatan dengan kawasan anda untuk anda miliki Shaklee secara terus? 

Kami adalah agen sah yang anda cari! Anda boleh membuat temujanji dengan kami bila-bila masa sahaja yang anda perlukan di talian 019-3405054 (Puan Hafizah) atau boleh juga hubungi suami saya (En. Hasbullah) di talian 013-3727508.

Sunday, April 19, 2015

Nor Farizan Kini Mampu Tersenyum Selepas 7 Tahun Dibelenggu Masalah Jerawat

Siapa yang pernah sangka wajah yang dulunya penuh jerawat, kini tidak lagi! 7 tahun tercari-cari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah jerawat beliau, akhirnya kini beliau menemui jawapannya. 

Siapa yang tidak happy, siapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang Allah beri ini kan? Kerna semua wanita khususnya pasti mengimpikan kulit wajah yang bersih dan bebas dari walau sebutir jerawat sekalipun. 

Friday, April 17, 2015

4 Tips Penting Kulit Bebas Jerawat Selamanya!

 “Malunya dengan jerawat kat muka ni..Tak tahu dah nak sorok tang mana. Kawan-kawan semua duk tanya kenapa banyak sangat jerawat kat muka awak ni?”


Biasa tak dengan situasi sebegini? Inilah dilema bagi mereka yang sering mengalami masalah jerawat di wajah. Bukan tak juga muka kan? Tapi jerawat ni tumbuh bagaikan cendawan! Lepas satu, satu dia muncul.

Thursday, April 16, 2015

Set Pembersih Wajah Enfuselle bagi Kulit Sensitif dan Berminyak

Rimasnya bila kulit wajah berminyak dan sensitif. Habis semua jerawat-jerawat mula naik. Salah guna produk je habis naik merah-merah dan makin teruk kulit wajah. Ini masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan sensitif.

Perlu berhati-hati dengan pemilihan produk. Silap memilih produk pembersih muka, maka anda sengaja mengundang kepada masalah wajah yang semakin teruk.

Wednesday, April 15, 2015

Rasa Penat Merokok? Ketahui Apa Rahsia Beliau Berhenti Merokok Selama-Lamanya!

"Niat ingin berhenti merokok memang ada. Cuma, dah cuba beberapa kali tapi masih belum berjaya. Paling lama saya mampu berenggang dengan rokok ialah selama 3 bulan. Keinginan merokok semakin mendesak dan menjadi semakin sukar untuk berhenti apabila berada di tempat kerja dan di kelilingi rakan yang punya tabiat yang sama" -Luahan seorang perokok tegar.

Begitulah dilema yang selalu dihadapi oleh seorang perokok tegar. Keadaan sekeliling kadangkala tidak membantu untuk mereka berhenti merokok biarpun punya niat dan kemahuan setelah sekian lama.