Friday, October 14, 2016

5 Amalan Mudah Ibu Hamil dalam Membentuk Akhlak Anak sejak dari Alam Rahim. Suami Sila Take Note juga!

5 amalan ibu hamil dalam membentuk akhlak anak dari alam rahim
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua rakan-rakan. Jumaat penghulu hari. Banyak kelebihan dan manfaat padanya, insyaAllah.

Hari ni rasa teringin sangat berkongsi dengan semua tentang amalan mudah ibu hamil dalam membina akhlak anak sejak dari dalam kandungan lagi. 

Biarpun hakikatnya mudah untuk kita bercakap tentang amalan-amalan ini, namun sebenarnya untuk melaksanakannya memerlukan mujahadah (kesungguhan) yang sangat tinggi!

Apatah lagi soal mendidik akhlak anak-anak. Tinggi 'pulangan' kepada 'pelaburan' yang kita perlu pertaruhkan. 

Apakah Amalan Ibu Hamil yang Boleh Membina Akhlak Anak dari dalam Kandungan? 


Sedarkah anda bahawa pendidikan anak perlu dimulai sejak dari anak dalam kandungan lagi. Kerana apa? Kerana saat ini, janin dalam kandungan telah ditiupkan roh oleh Allah swt. 

Oleh yang demikian, bila di tanya bilakah pendidikan terhadap anak-anak wajar untuk dimulakan? Jawapannya, sejak dari alam rahim lagi!

Antara amalan mudah bagi ibu hamil dalam membina akhlak anak adalah seperti berikut :


1) Membaca al-Qur'an


Alunkan bacaan al-Qur'an setiap hari. Paksa diri untuk membiasakan membaca al-Qur'an sekurang-kurang 1 helai sehari. 

Bacaan al-Qur'an ini mampu memberikan ketenangan dan kelembutan hati kepada anak dalam kandungan. Tak kisah la surah mana yang anda baca dan amalkan. 

Usah tertumpu hanya pada ayat dan surah tertentu sahaja kerana semua ayat dan surah dalam al-Qur'an mempunyai kelebihan dan mukjizatnya yang tersendiri. 

Berusaha untuk khatam al-Qur'an walau sekali sepanjang tempoh kehamilan. 

2) Perbanyakkan Zikir


Hakikatnya, zikir bukan hanya boleh dilakukan ketika usai dari menunaikan solat. Sambil duduk, sambil buat kerja office, sambil memandu, sambil memasak, mulut dan hati boleh saja untuk lafazkan alunan zikir. 

Zikir ini boleh menyucikan hati kita sebagai hamba Allah swt sekaligus memberikan ketenangan kepada anak dalam kandungan. 

3)  Perbanyakkan sedekah


Sedekah merupakan salah satu cara penyucian harta. Biarpun ia dilakukan oleh si ibu, namun ia dapat dialirkan kepada bayi dalam kandungan. 

InsyaAllah ia bakal mendidik jiwa anak dalam kandungan agar sentiasa memberi, sentiasa berkongsi dengan rezeki yang Allah kurniakan. 

Walau hakikatnya kita merasakan janin dalam kandungan tidak memahami, namun yakinlah bahawa Allah Maha Adil untuk memberi ganjaran setiap perlakuan si ibu dan ayah dengan mengurniakan anak yang turut miliki sifat pemurah nanti.

4) Perbanyakkan solat sunat


Selain daripada solat 5 waktu yang wajib, ibu hamil perlu amalkan solat sunat yang lain dalam membina akhlak anak-anak dalam kandungan.

Solat sunat ini juga mendidik kita untuk lebih bersyukur dengan nikmat rezeki khususnya rezeki anak daripada Allah swt dan sebagai tanda kita adalah hamba kepada pencipta yang Esa.

5) Bercakap, mendengar dan melihat perkara yang baik


Ibu hamil perlulah sentiasa menjaga pertuturan, pendengaran dan penglihatan masing-masing pada perkara kebaikan kerana ia memberi kesan kepada janin dalam kandungan. 

InsyaAllah kita mohon kebaikan daripada Allah swt untuk memelihara diri kita dari perkara yang tidak baik.
Inilah antara amalan mudah, tapi memerlukan mujahadah yang tinggi yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. 

Harus diingat bahawa amalan ini bukan hanya tertakluk kepada ibu hamil sahaja malah perlu dilaksanakan dan diamalkan bersama oleh suami anda sekalian. 

InsyaAllah semoga niat dan cita-cita kita untuk membina jati diri dan akhlak anak-anak kita Allah berkati dan redhai. 

Namun, seandainya anda sebagai ibubapa sendiri malas untuk bersolat, culas untuk bersedekah, berat untuk berzikir, bagaimanakah agak-agaknya Allah mahu berikan anak yang terbaik buat kita agaknya yer?
Teruskan usaha anda untuk menjadi ibu dan bapa yang lebih baik, dan yang paling penting mengejar matlamat untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman, insyaAllah.  

Semoga perkongsian ini memberikan nasihat dan panduan buat kita semua secara amnya dan teguran buat diri saya secara khususnya. 

Kelemahan itu datang dari diri saya sendiri dan segala yang baik itu datang daripada Allah swt. 

Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment