Saturday, October 15, 2016

Aduhai Poslaju.. Naik Harga Lagi?

Tak tahu nak rasa apa bila Poslaju naikkan kos penghantaran berkuatkuasa hari ini! Sepanjang saya bergiat aktif dalam bisnes online bermula tahun 2011, sudah beberapa kali menanggung kenaikan harga poslaju. 

Masa awal-awal dulu cuma RM4 lebih saja. Dalam tempoh 5 tahun berbisnes ni, sehingga hari ini kenaikan sudah menjadi hampir kepada RM8! Apa korang rasa? 


Semakin hari, semakin ramai online seller yang tumbuh bagaikan cendawan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing dalam menangani ekonomi hidup yang semakin mencengkam kini. 

Sehubungan dengan itu, semakin hari semakin bertambah lah juga kuantiti barang yang diterima oleh poslaju. Jutaan item bukan sehari? Adakah masih tiada keuntungan?

Kalau dahulu, jarang amat orang menggunakan perkhidmatan poslaju. Penghantaran menggunakan setem semata. 

Tetapi, selepas perniagaan secara online ini meningkat mendadak potensinya, dan penggunaan terhadap perkhimatan poslaju pun semakin meningkat, boleh pulak naik dan naik caj nya pula. 




Siapa yang bakal menanggung? Penjual dan pembeli!

Kadang-kadang kami sebagai penjual nak naikkan harga tak sampai hati. Sudahnya, margin keuntungan terpaksa dikecilkan semata-mata hendak menanggung kos penghantaran ini sedangkan harga barang yang dijual masih lagi sama.

Cukup-cukup lah sudah.. 

Dah muak rasa mendengar alasan demi alasan kenapa berlaku kenaikan. Siap keluar memo lagi kenapa rasionalnya harga naik lagi kan..   


Adakah kenaikan harga ini seiring dengan peningkatan servis yang diberikan? 


Seandainya kenaikan harga ini berbaloi dengan peningkatan servis, saya rasa ramai yang masih boleh menerima. 

Namun, seandainya dalam keadaan pengguna tidak berpuas hati dengan perkara-perkara seperti berikut, maka pertimbangkanlah semula tentang kenaikan ini. 

1) Poslaju bukan lagi perkhidmatan pos yang laju.


Ramai beranggapan bahawa perkhidmatan Poslaju hari ini bukan lagi selaju macam dulu. Dulu mungkin sesuai untuk sentiasa menggunakan slogan pos hari ini, sampai esok! 

Tapi hari ini, jangan mimpi andai pos hari ini, sampai esok. Kadang-kadang seminggu baru sampai pada penerima. 

2) Sistem nombor tracking yang tidak berupdate dengan baik


Poslaju perlu lebih efisen dalam masalah sistem ini. Selalu saja cek nombor tracking, tetapi tiada dalam sistem dan sistem tidak berupdate. Jawapannya, system sedang diupgrade. Tetapi berapa lama?

Kesannya? Seller terpaksa menerima maki hamun pelanggan yang mengganggap seller menipu wang mereka dan masih belum membuat penghantaran. 

Malah, kadangkala saya terpaksa mengeluarkan kos bil telefon pula untuk menghubungi talian customer service Pos Malaysia 1-300-300-300 untuk menyemak status item. Kos lagi kan kami perlu keluarkan?
   

  3) Kes kehilangan barang pelanggan


Beberapa bulan lalu, saya banyak mendengar perkongsian dari rakan-rakan seller tentang kehilangan barang yang dihantar. 

Mungkin ini disebabkan oleh sikap sebahagian posmen yang tidak amanah dengan tugas mereka. Tetapi, bagaimana perkara ini diatasi?

Yang lebih mengecewakan apabila laporan kes terpaksa mengambil masa berbulan-bulan dan pengguna terpaksa follow up, follow up dan follow up sendiri dengan melibatkan kos penggunaan telefon yang banyak! 

Bertambah kecewa apabila Poslaju hanya menanggung 1/2 daripada harga barang. Bayangkan la betapa kecewanya sahabat saya apabila barang yang berjumlah RM500 hilang dan hanya mendapat tanggungan kerugian sebahagian daripada itu sahaja (RM250). Dan belum lagi tolak kos bil telefon untuk follow up dan sebagainya. 

Jenuh dah rasa menanggung kenaikan demi kenaikan kos seperti ini. Pos Malaysia, silalah jaga hati pelanggan anda! Jangan satu masa wujud perkhidmatan pos yang lebih baik dari poslaju dan pengguna beralih arah.

Sekarang ni pun ramai yang dah mula berura-ura untuk menggunakan perkhidmatan pos syarikat lain pula. 

Fikir-fikirkan! Berapa la sangat keuntungan peniaga online secara kecil-kecilan ini. Asalnya mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup, timbul pula kos-kos lain yang tambah menghimpit. 

Sekadar pandangan dari pengguna poslaju sejak tahun 2011.   

1 comment:

  1. Sistem server untuk check tracking number pun selalu buffering dan tak mampu menanggung jumlah pengguna yang tengah tracking. Menariknya benda ni dah lama, seolah memang tiada penambahbaikan dilakukan, Sedangkan Pos dari China yang free tu, yang satu dunia guna jarang pulak buffering sistem dia.

    ReplyDelete