Saturday, October 21, 2017

Lokasi Santai Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati, Kuala Selangor. 

Alhamdulillah, petang tadi sempat bawa anak-anak bersiar-siar di sini, Bukit Melawati Kuala Selangor. 

Sebenarnya sudah puluh tahun saya tidak menjejakkan kaki di sini biarpun ia menjadi laluan ketika kami pulang ke kampung di Teluk Intan Perak.

Mungkin anda antara mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di sini. Apa yang menarik di sini? Nak tahu lanjut? Meh follow entry ni..


Bagi orang dewasa, mungkin sebahagiannya ada yang mengatakan biasa-biasa sahaja.

Namun, ini adalah salah-satu destinasi santai yang sesuai untuk anda bawa bersama keluarga dan anak-anak. 

Dengan angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke muka. Alhamdulillah, seronok melihat anak-anak juga seronok. 

Ketika saya ke sini lewat petang tadi, saya bersama segerombolan pelancong dari Korea. Mereka juga sudah ke sini, takkan anda rakyat Malaysia sendiri tak mahu cuba bersantai di sini bukan? 

Boleh la anak-anak nak tengok meriam, monyet/lotong yang jinak di sini.

Mari kita lihat lanjut antara foto yang saya sempat rakam sepanjang berada di sini petang tadi..









Dah tengok foto yang saya kongsikan?

So, apa tunggu lagi? Boleh la bawa anak-anak ke sini andai anda masih tercari-cari lokasi santai selain daripada taman permainan atau shopping mall. 

Jom ke Bukit Melawati Kuala Selangor!

No comments:

Post a Comment