Thursday, October 19, 2017

Resepi Kuah Laksa yang Mudah dan Ringkas Disediakan

cara menyediakan masakan kuah laksa
Cerita pasal Laksa ni, mesti ada yang dah mula terliur kan? 

Jujur saya cakap, dulu saya bukanlah seorang yang pandai untuk sediakan Laksa walaupun peminat tegar Laksa. Cuma tau beli dan makan je. 

Almaklum la kami orang Jawa dan seingat saya memang mak sendiri pun tak pernah sediakan Laksa. 
Akhirnya, berjaya juga sediakan Laksa sendiri yang pekat dan enak di makan seisi keluarga. Mudah je rupanya nak sediakan. Tak de la susah mana pun sebenarnya.

Seingat saya, saya mula belajar sediakan Laksa ni selepas mendirikan rumahtangga. Suami orang Perak dan memang sukakan Laksa. Apatah lagi mak mertua memang kerapkali menyediakan Laksa sebagai hidangan seisi keluarga. 

Nak tak nak, saya memang terpaksa belajar. Yang lebih menjadi punca saya 'terpaksa' belajar masak Laksa juga adalah anak saya sendiri. 

Kalau saya dan suami penggemar Laksa, rupanya anak kami yang berusia 5 tahun kini lagi berganda menggemari Laksa. Aduh la anak..huhuhu. 

Banyak kali saya cuba buat Laksa ni dan banyak juga la resepi dari internet dan rakan-rakan yang saya dah cuba. Tapi, banyak kali juga la saya gagal.  

Di rumah ni ramai tukang komen. So setiap kali masak memang mudah saya nak tahu jawapan samada masakan saya menjadi ataupun tidak. 

Akhirnya, apabila mencuba resepi yang diberikan oleh mak cik saya sendiri berjaya juga saya sediakan Laksa yang enak dan pekat. 

Mudah je sebenarnya.. Tak delah susah mana.. Nak tahu apa resepi yang saya gunakan? 

Bahan-bahan Kuah Laksa:


Ikan Sardin 3/4 ekor
Sardin dalam tin 1 tin
Cili Kering
Daun Kesum
Bunga Kantan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ulaman:


Timun
Bawang merah
Cili padi
Limau kasturi
Daun Salad
Telur rebus

Cara Penyediaan Kuah Laksa:

  1. Rebuskan ikan sardin. Air rebusan jangan dibuang. Tapis air rebusan ikan tadi bagi mengasingkan tulang ikan yang mungkin tertinggal. 
  2. Asingkan isi ikan daripada tulang. Blend isi ikan tadi sebentar. Jangan terlalu lembut. 
  3. Blend kan tulang ikan tadi bagi mendapatkan rasa manis tulang ikan tadi. Tapiskan. 
  4. Masak baki air rebusan ikan tadi. Masukkan isi ikan yang telah di mesin. Masukkan juga tapisan tulang ikan tadi.
  5. Masukkan sardin dalam tin. Lenyek dan kacau bagi hancur sardin tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan sedikit cili kering yang telah dimesin. Ikut citarasa masing-masing. Sukakan pedas lebihkan cili. Kalau tak suka pedas, kurangkan cili.
  8. Masak dan kacau lagi.
  9. Masukkan garam secukup rasa
  10. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. 

Cara Penyediaan Ulaman:

  1. Potongkan semua bahan ulaman seperti timun, bawang merah, daun salad, limau kasturi, cili padi dan telur rebus ikut selera masing-masing dan jumlah hidangan yang perlu disediakan. 
  2.  Sedikit tambahan, saya biasanya tambahkan cucur udang dalam menu laksa. So, terpulang pada anda samada nak tambah nanas dan sebagainya.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment