Monday, October 9, 2017

Tips Ajar Anak Kecil Turun Katil Sendiri

Proses Ulangan dalam Membentuk Tabiat Anak Kecil
"Adiiikkk, nanti.. Jangan turun katil lagi!!!"

Allah tak sempat nak sambut, gedebuk jatuh dah si Muaz dari katil. Muaz sedikit berbeza berbanding kakaknya, Nur Hanan. Nur Hanan dulu boleh dikira 2 3 kali saja dia jatuh katil.  

Muaz ni berkali-kali sampai berdarah hidung pun pernah. (Tu tengok hidung dia yg luka 4 bulan lepas). 

Jatuh dari katil di kalangan anak-anak kecil ini satu perkara yang tidak boleh diambil ringan yer wahai para ibu dan ayah sekalian. Sebab telah berlaku kematian akibat daripada kerap jatuh dari katil. Pendarahan di dalam kepala tanpa sedar!

Saya yakin, ibu dan ayah juga risau tentang perkara sebegini. Atas sebab ini hari ini saya ingin berkongsi kepada ibubapa sekalian bagaimana cara kami ajar Muaz turun katil sendiri.

Alhamdulillah, Muaz pandai turun katil sendiri ketika usianya 7 bulan. Macam mana kami buat? 

Proses ULANGAN!
Ya ulang, ulang dan ulang tegur dan ajar.

Sejak dia mula 'terjun' je dari katil, sejak itu kami mula ulang, ulang & ulang ajar pada dia macam mana cara nak turun katil dengan betul.

Nampak je dia mula nak turun katil, kami tunjuk step kat dia!

Pusing badan..
Turunkan kaki dulu..
Then dah turun kaki, duduk dulu perlahan-lahan..

Sekali dua ajar tak jalan gak.. Terjun lagi. Tapi kami ajar, ajar dan terus ajar macam mana cara nak turun katil atau tempat tinggi. Lama juga lah ambil masa. Bukan sehari dua tau!

Alhmdulillah, finally dia pandai dah turun katil sendiri ketika umur tak smpai pun 8 bulan. Sekarang ni tak risau dah kalau tinggal dia. Dia akan bangun dari tidur dan turun katil sendiri.


Yang lagi lucu, kadang lantai yang cuma beza 5 inci tinggi pun dia pusing bontot turun kaki dulu. Adoiii lah anak! 😅😅😅

Begitu lah anak-anak. Kene didik, tunjukkan mereka cara, bukan anggap mereka tau semuanya sendiri. Dan jangan anggap mereka tak faham arahan kite. Mereka faham okey. Cuma ibubapa perlulah banyakkan bersabar dalam membentuk tabiat anak.


Ibu ayah ada masalah yang sama?
Cuba la try.. Tunjukkan mereka step!

Teruskan sesi ulangan sampai mereka mahirr!

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment