Sunday, December 8, 2019

10 Tahun Melayari Bahtera Rumahtangga

Kisah cinta Habib Hafizah
6 Disember 2009 - 6 Disember 2019.

Sebenarnya, nak coretkan di sini sebagai simpanan kenangan 10 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama kelmarin lagi. Tapi dek kekangan masa, tak dapat nak taip entry ni. Hari ni baru berkesempatan.

Alhamdulillah, kelmarin genap usia perkahwinan kami 10 tahun. MasyaAllah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini.

Melayari bahtera rumahtangga selama 10 tahun hakikatnya bukanlah mudah.

Banyak pengorbanan, kesabaran, pembelajaran yang harus dilalui. Apatah lagi bila berkait tentang kewangan.

Alhamdulillah berkat tolak-ansur, saling membantu, saling memahami, semuanya dapat dilalui dengan penuh kesyukuran seadanya.

Malah, yang lebih membahagiakan apabila dikurniakan oleh Allah swt dengan kehadiran sepasang cahaya mata iaitu Nur Hanan binti Mohamad Hasbullah (9 tahun) dan Ahmad Muaz bin Mohamad Hasbullah (3 tahun). Next insyaAllah menyusul..haha

Hanan dan Muaz

Walaubagaimanapun, perjalanan kami masih panjang, masih penuh dengan ujian dan cabaran.

Doakan kami agar terus diberikan kekuatan melayari bahtera rumahtangga ini. Menjaga anak-anak amanah Allah swt dengan baik agar menjadi anak yang soleh solehah.

Doakan kami agar terus dilimpahi rahmat dan kasih-sayangNya. Moga kasih-sayang ini terus berkekalan hingga ke Jannah atau syurga yang abadi.

6/12/2009 - 6/12/2019
1 dekad bersama! 

2 comments: