Sunday, December 15, 2019

Resepi Buat Donut Mudah dan Ringkas

resepi donut mudah dan ringkas
Hujung-hujung minggu gini, apatah lagi time musim hujan gini, perut mesti terasa lapar saja kan bile duduk di rumah.

Lagi-lagi dengan anak-anak yang tengah bercuti sekolah, bertambah la aktiviti dapur yang perlu dibuat. 


Hari ini, saya nak kongsi dengan anda semua resepi buat kuih Donut mudah dan ringkas. Tak perlu guna telur pun. InsyaAllah pasti jadi! 

Resepi ini saya perolehi daripada seorang ibu yang berkongsi resepi di ruangan kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini? (MAHN). So, saya kongsikan semula kepada anda supaya berterusan manfaatnya bakal diperolehi.

Apakah bahan-bahan untuk membuat donut? 


Untuk makluman, adunan ini anggaran untuk 20 hingga 25 biji donut sahaja. Yang nak buat lebih, boleh lebihkan bahan-bahan nya yer.

Bahan-bahan adunan donut :


Bahan A :
  • Yis 1 paket
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • 2 sudu gula
  • Air suam (Tidak terlalu, tidak terlalu sejuk)

Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar Marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan adunan :


  1. Mula-mula biarkan Yis beserta bahan-bahan A kembang selama 15-20 minit.
  2. Ramas bahan-bahan B terlebih dahulu.
  3. Selepas Yis sudah kembang, curahkan ke dalam adunan tepung yang sudah diramas sebati tadi. Gaulkan bersama.
  4. Biarkan adunan naik kembang selama 1 jam. Tutup adunan dengan kain lembap. 
  5. Setelah kembang, tumbuk manja adunan supaya angin keluar. 
  6. Jika adunan lembik, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan mudah untuk dicanai dan digelek sebelum dibentuk.
  7. Bentukkan adunan kepada bentuk bulat. Tak kisah guna acuan atau tak atau gunakan cawan dan lubangkan di bahagian tengah pun boleh.
  8. Selepas dibentukkan, biarkan donut naik kembang semula dahulu sebelum digoreng.
  9. Apabila donut sudah naik kembang, goreng menggunakan minyak yang panas. 
  10. Taburkan dengan gula halus atau mesin sahaja gula kasar. 

Berikut saya sediakan bersama gambarajah yang mungkin boleh membantu anda.

cara buat donut mudah

cara buat donut yang mudah

Itu lah sahaja resepi donut yang mudah dan ringkas sahaja untuk disediakan. Selamat mencuba!

Nor Hafizah,
Pengedar Shaklee Klang

No comments:

Post a Comment