Showing posts with label 4 Tips Bijak Memasak Ibu Bekerjaya. Show all posts
Showing posts with label 4 Tips Bijak Memasak Ibu Bekerjaya. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

4 Tips Bijak Memasak Ibu Bekerjaya

Memasak merupakan salah satu tanggungjawab para ibu yang tidak boleh lari dalam kehidupan berumahtangga. Malah, tugas ini tidak terkecuali samada bagi surirumah mahupun ibu bekerjaya. Tetapi, cabarannya mungkin lebih tinggi bagi ibu bekerja kerana masa yang agak terhad ketika di rumah. Mana kan tidak, apabila pulang dari pejabat, terpaksa menguruskan anak-anak, urusan rumah dan memasak juga tidak terkecuali. Kadang-kala ada yang mengambil jalan mudah dengan hanya membeli makanan kedai setiap hari untuk santapan keluarga. Namun, adakah anda merasa puas dengan hanya memberikan anak-anak anda masakan kedai atau warung makan setiap hari. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda menguruskan masa anda sekaligus dapat memasak untuk suami dan buah hati si kecil kesayangan anda.