Monday, September 29, 2014

Hari Jantung Sedunia: Tips Penjagaan Kesihatan Jantung Anda

Hari ini merupakan sambutan Hari Jantung Sedunia 2014. Jantung merupakan antara organ penting dalam tubuh badan manusia selain otak. Tanpa denyutan jantung, maka berakhirlah kehidupan seseorang manusia. Ia kerana jantung merupakan injap penting yang menyalurkan darah ke seluruh tubuh badan yang lain. Oleh yang demikian, kesihatan jantung perlu dititikberatkan serta tidak boleh diabaikan tanpa penjagaan yang betul setiap hari. Bagaimanakah cara untuk menjaga kesihatan jantung? Adakah punya cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung setiap hari? Mari ikuti perkongsian saya pada entri kali ini sempena Hari Jantung Sedunia yang jatuh pada hari ini di seluruh dunia. 
Apakah antara Tips yang boleh anda lakukan setiap hari untuk memastikan kesihatan jantung anda sentiasa terjaga?  Berikut merupakan antara tips yang perlu anda amalkan untuk memelihara kesihatan jantung:

1) Amalkan pemakan yang sihat

Anda harus mengamalkan pemakanan yang sihat, tanpa lemak dan kolestral yang tinggi. Pengambilan lemak dan kolestral yang tinggi mampu membuat saluran jantung anda menjadi tersumbat akibat gumpalan lemak. Amalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan jantung anda seperti pengambilan minyak ikan Omega-3, Omega-6, COQ10 dan lain-lain makanan yang baik untuk jantung anda.


Pemakanan sihat baik untuk masalah keseluruhan tubuh
2) Amalkan senaman secara konsisten setiap hari

Kajian membuktikan bahawa senaman yang dilakukan secara konsisten setiap hari mampu memberikan kesihatan buat jantung anda. Ini kerana jantung anda sentiasa bergerak, berdenyut dan mengepam dengan baik.
Tips penjagaan kesihatan jantung

3) Hentikan merokok

Merokok merupakan penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan seperti buah pinggang, ginjal, hati dan tidak ketinggalan juga masalah jantung. Pengambilan rokok selama berpuluh tahun memberikan risiko yang sangat tinggi untuk menyebabkan anda mempunyai masalah jantung. 

4) Kawal berat badan

Berat badan berlebihan bukan sahaja menjadi punca kepada masalah darah tinggi, diabetes, ketidaksuburan, masalah jantung dan sebagainya. Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan masalah selulit, lebihan lemak dan berkumpul di beberapa bahagian organ tubuh termasuk saluran jantung. Namun, apabila lemak terkumpul pada saluran ini, ia boleh menyebabkan kepada masalah peredaran darah ke seluruh tubuh badan manusia. 

5) Elakkan pengambilan alkohol

Alkohol bukan hanya haram di sisi agama Islam. Malah, agama lain juga tidak menyarankan penganut mereka untuk mengambil alkohol. Manakala dari sudut kesihatan, alkohol bukan hanya menyebabkan manusia hilang kawalan pemikiran yang waras, malah mengganggu penurunan berat badan dan boleh menjadi masalah kepada hati.

6) Ubah gaya hidup

Gaya hidup masa kini banyak menjadi punca kepada pelbagai penyakit di kalangan masyarakat. Malas bersenam, pengambilan makanan fastfood secara berlebihan setiap hari, diet yang tidak seimbang, pengambilan gula dan lemak yang berlebihan menjadi punca kepada masalah seperti hypertansi, diabetes, buah pinggang dan juga jantung.

Oleh yang demikian, penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang berkait dengan gaya hidup kita dan ia boleh dielakkan dari peringkat awal lagi. Amalkan 6 tips di atas agar anda memiliki jantung yang sihat serta memiliki kehidupan yang bahagia.


Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope..



----------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee untuk masalah kesihatan anda? 
Kami punya cadangan produk yang sesuai buat anda...
Kami cadangkan mengikut bajet anda..

Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..

emel : nur_kids@yahoo.com.my
sms/whatsapp : 019-3405054
ID Shaklee: 946651

1 comment:

  1. Sayangilah jantung anda...amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jantung adalah organ terpenting bagi kita...jagalah baik -baik...

    ReplyDelete