Terdapat 2 jenis
penyakit diabetes iaitu diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2. Diabetes jenis 1
adalah masalah kencing manis yang memerlukan suntikan insulin. Ia terbentuk
apabila sistem imunisasi badan merosakkan sel pankreas yang bertanggungjawab mengeluarkan
hormon insulin. Hormon insulin diperlukan bagi menstabilkan kandungan glukosa dalam
darah. Penghidap ini biasanya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja.
Diabetes jenis 2
adalah sejenis penyakit apabila badan tidak berkeupayaan menggunakan glukosa bagi
memenuhi keperluan badan. Pesakit dapat mengeluarkan hormon insulin, tetapi
jumlah insulin yang dikeluarkan sama ada tidak mencukupi atau tidak dapat
berfungsi dengan sempurna. Akibatnya glukosa yang terdapat di dalam darah tidak
dapat digunakan oleh badan sepenuhnya. Glukosa ini kemudiannya dikeluarkan oleh
badan melalui air kencing.
Pemakanan seimbang,
senaman, makan ubat yang diberikan oleh doktor dan suntikan insulin bagi kes-kes
tertentu adalah antara tindakan yang dapat dilakukan bagi merawat atau mengawal
diabetes jenis 2. Tanpa pemakanan yang seimbang dan bersenam, simptom seperti
glukosa darah yang tinggi, ketosis dan lain-lain dapat berlaku pada penghidap
penyakit ini.
Pesakit perlu makan
makanan yang kurang gula, lemak dan minyak, Sementara makanan yang membekalkan
sumber protein seperti ikan, makanan laut, keju rendah lemak, dan telur perlu
diambil dalam kuantiti yang sederhana. Banyakan mengambil kacang, bijirin,
sayur-sayur dan buah-buahan. Begitu juga makanan berkarbohidrat yang sesuai
dapat dimakan setiap hari.
Never Lose Hope...
No comments:
Post a Comment