Friday, August 21, 2015

10 Tips Elak Meroyan Selepas Bersalin

10 tips elak meroyan selepas bersalin
Pada entri yang lalu, saya ada kongsikan bersama anda tentang punca dan bahaya masalah meroyan atau kemurungan ini dikalangan wanita yang baru bersalin. 

InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda amalkan agar masalah meroyan atau kemurungan ketika berpantang ini tidak menjadi satu penyakit yang lebih serius. 
 
Kemurungan selepas bersalin merupakan satu fenomena dan perasaan biasa bagi kebanyakan wanita. Ini disebabkan oleh tindakbalas perubahan hormon wanita serta kehadiran orang baru dalam hidup anda yang masih dalam proses penyesuaian bersama diri anda. 

Namun, kebiasaannya ia akan kembali normal seiring dengan waktu. 

Yang menjadi masalah di sini apabila meroyan atau kemurungan ini terus berlarutan dalam diri anda untuk satu tempoh yang panjang. Samada bertahun lamanya atau mungkin juga gila seumur hidup. 

Serius perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik. Ia sememangnya terjadi dikalangan sebahagian wanita baru bersalin di atas beberapa sebab dan punca yang tersendiri. 

Saya yakin dan percaya anda sudah tentunya sudah maklum tentang kesan buruk bagi masalah meroyan atau kemurungan ini. 

Oleh yang demikian, apakah langkah yang perlu anda ketahui dan berusaha untuk menangani dari kehamilan anda lagi. Anda harus mengetahui apakah yang perlu anda lakukan apabila kemurungan ini terjadi kepada anda selepas bersalin nanti. 

Tips Menangani Masalah Meroyan atau Kemurungan selepas Bersalin


Sebahagian wanita yang mengalami masalah meroyan selepas bersalin sudah mempunyai sejarah kemurungan bermula dari kehamilan lagi. 

10 tips elak meroyan selepas bersalin
Masalah kemurungan selepas bersalin

Apa yang perlu anda lakukan? Mungkin beberapa tips ini boleh membantu anda: 

  1. Perbaiki amalan rohani seperti solat wajib dan ditambah pula dengan solat sunat, perbanyakkan sedekah, melazimi membaca al-Quran dan perbanyakkan zikir semasa anda hamil.
  2. Tangani stress anda dengan baik selepas bersalin.
  3. Dapatkan sokongan daripada suami khususnya dan luahkan apa yang terbuku di dalam benak fikiran anda. 
  4. Dapatkan bantuan dari keluarga terdekat atau anak-anak anda yang lain dalam menguruskan diri anda dan bayi selepas bersalin. 
  5. Ambil makanan yang baik dan mencukupi. Tambah dengan makanan supplement yang lain bagi menampung keperluan harian anda yang mungkin tidak mencukupi. Ini penting kerana makanan juga mempengaruhi tindakbalas hormon dan stress anda. 
  6. Perbanyakkan zikir ketika berpantang kerana ketika ini anda dalam keadaan kotor. Keuzuran anda dari menunaikan solat juga boleh menjadi salah satu punca pertambahan stress anda. Oleh yang demikian, gantikan dengan melazimi amalan zikir. 
  7. Lakukan senaman yang bersesuaian dengan anda dan bayi. 
  8. Lakukan terapi minda supaya anda memperolehi ketenangan dan tidak akan terkesan dengan kemurungan atau tekanan dalam hidup anda. 
  9. Berpantang dengan sebaiknya. Ambil set pantang yang lengkap untuk anda dan bayi. Lakukan urutan dan berikan ruang buat diri anda mendapatkan kesihatan sebaiknya. 
  10. Yang paling penting, anda perlu sentiasa positifkan diri anda. Adakah anda mahu menjadi seorang yang gila seumur hidup? Sudah tentu tidak anda inginkan bukan? 

Jangan abaikan seadainya anda mempunyai simptom meroyan atau kemurungan ini. Ambil tindakan bijak anda untuk kebaikan diri anda dan keluarga keseluruhannya.  

No comments:

Post a Comment