Tugas dan tanggungjawab sebagai ibubapa ini sangat besar. Bukan setakat mencari rezeki untuk anak-anak, malah juga mempunyai tanggungjawab untuk membina jatidiri dan akhlaq anak-anak. 
Dunia masa kini semakin mencabar dengan pelbagai dugaan dunia cyber, persekitaran yang kadangkala tidak membina jatidiri anak-anak. 
Oleh yang demikian, bagaimanakah cara untuk kita membina jatidiri anak-anak?
Sedar atau tidak, kadangkala kata-kata kita sebagai ibubapa boleh menjatuhkan semangat dan kebolehan anak-anak.
Hari ini terdetik untuk berkongsi dengan anda semua tentang kejadian siang tadi di sekolah Nur Hanan sewaktu sesi ibubapa bersama guru untuk melihat prestasi anak-anak. 
Tapi, apa yang berlaku apabila ibubapa membuka cerita tentang perihal anak-anak  di rumah seperti malas belajar, malas bantu ibu ayah, mengganggu adikberadik dan sebagainya kepada guru di hadapan anak-anak. 
Harus diingat bahawa, ia mampu memberi kesan yang tidak baik kepada pemikiran anak-anak. 
Apabila anak-anak semakin membesar, mereka sudah semakin mempunyai rasa malu, rasa lemah diri apabila orang lain menceritakan perihal tentang diri mereka. 
Oleh yang demikian, ibubapa perlu berhati-hati apabila 'membuka pekung' anak-anak di hadapan guru kerana ianya mampu memberi impak yang besar kepada peribadi dan kendiri mereka sehingga dewasa kelak. 

No comments:
Post a Comment