Monday, July 9, 2018

Kelas Jahitan Percuma Area Klang

kelas jahitan percuma area klang
Kelas jahitan percuma!

Sebenarnya, saya memang sudah lama memasang niat untuk mengikuti kelas jahitan. 

Sebelum ini sekadar tahu gitu-gitu je menjahit. Tak tahu pun teknik jahitan yang sebenar bagaimana. 

Oleh yang demikian, baru-baru ini tunaikan la juga hasrat untuk belajar menjahit.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang..

Minggu lepas, saja je buat carian di Facebook tentang kelas jahitan yang dianjurkan di sekitar Klang.

Alhamdulillah, dijadikan rezeki terjumpa la post di Page Kelas Jahitan Percuma.

Kelas pun diadakan berhampiran dengan rumah saya iaitu di Sungai Pinang. Yuran bayaran tiada dikenakan. Apatah lagi, pengambilan baru, baru sahaja dibuka iaitu bermula pada 8 Julai 2018 sehingga April 2019.

Yang lagi best, tiada yuran dikenakan oleh Cikgu Bonda iaitu seorang tenaga pengajar mahir dan berpengalaman melebihi 30 tahun dalam dunia jahitan.

Bayaran RM60 hanya dikenakan untuk Cikgu Bonda membeli peralatan jahitan seperti gunting, kain, kertas minyak untuk pola, benang, jarum, pembaris dan macam-macam lagi. 

Memang berbaloi! Kalau saya beli sendiri barang-barang ni, tak tahu la berapa RM..

So, hari ini merupakan kelas jahitan saya untuk hari ke-2 dan hari ini sudah pandai menjahit blaus. Yeayyy! 

Nak jadikan kerjaya, mungkin tidak buat masa ini kerana saya mahu fokus pada bisnes Shaklee terlebih dahulu. 

Tetapi, saya mengambil peluang untuk belajar menjahit ini supaya satu hari nanti saya boleh menjahit baju saya sendiri. Baju anak-anak, suami, mak ayah. Seronok kan dapat jimatkan kos? 




So, bagi anda yang berada di sekitar Klang dan sedang mencari Kelas Jahitan Percuma, anda boleh hubungi Cikgu Bonda. 

Di sini, saya sertakan details tentang Kelas Jahitan Percuma ini okey? 

Facebook : Cikgu Bonda II

No comments:

Post a Comment