Tuesday, July 24, 2018

Memahami Pertambahan Berat Badan Anda ketika Hamil

Berat badan berlebihan ketika hamil merupakan salah satu 'simptom' yang dialami oleh kebanyakan wanita yang sedang hamil termasuk saya.

Ketika hamil kali pertama, berat badan saya naik sehingga mencecah 15 kg! Peningkatan berat badan yang sangat banyak bagi saya.

Adakah anda sedang mengalami masalah yang sama seperti saya dahulu? 

Berapakah pertambahan berat normal bagi wanita hamil?


Pertambahan berat yang normal bagi wanita hamil secara amnya adalah seperti berikut :

Berat sebelum mengandungBerat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5)13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9)11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9)7 – 11kg
Obes (BMI atas 30)5 – 9kg

Pecahan pertambahan berat badan ketika hamil sebenarnya bukan semata kepada pertambahan berat bayi dan air ketuban sahaja. 

Malah, ia disebabkan oleh beberapa pertambahan berat pada bahagian anggota tubuh tertenti seperti berikut :
  • Berat bayi (3kg)
  • Payudara lebih besar (1kg)
  • Rahim lebih besar (1kg)
  • Plasenta (0.7kg)
  • Air ketuban (1kg)
  • Penambahan isipadu darah (1.5kg)
  • Penambahan isipadu cecair (1.5kg)
  • Simpanan lemak (2.3kg)

So, anda sudah tahu bukan bagaimanakah pertambahan berat badan anda boleh terjadi ketika hamil?

Oleh yang demikian, usahlah gusar dan gundah gulana tentang pertambahan berat badan anda kerana ianya adalah normal bagi semua wanita hamil.

Jangan amalkan diet yang tidak sihat ketika anda hamil sehingga menjadi punca pertambahan berat tidak ideal. Amalkan pemakanan yang sihat untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Jangan lupa tau!


No comments:

Post a Comment