Wednesday, November 15, 2017

4 Sebab Kenapa Perlu Memilih Vitamin C yang Betul!

kelebihan vitamin C Shaklee
Vitamin C? Adakah perlu untuk kita mencari vitamin C yang betul? 

Apakah kepentingan kita mengetahui tentang pemilihan vitamin C yang betul?

Nak tahu kena teruskan bacaan anda kenapa perlu memilih vitamin C yang betul. Apa kelebihan vitamin C Shaklee? Adakah ia sama dengan semua vitamin C yang terdapat di pasaran? 

Jom follow entry ini..


Apakah fungsi vitamin C?


Vitamin C sering dikaitkan dengan kecantikan kulit, jerawat dan sebagainya. Namun hakikatnya banyak lagi fungsi lain vitamin C yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti berikut : 

  • Tingkatkan imunisasi tubuh - vitamin C berupaya untuk meningkatkan imun tubuh seperti demam, batuk, selesema
  • Atasi masalah gusi berdarah
  • Atasi masalah hidung berdarah
  • Antioksidan tinggi cegah dari kanser
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memberikan tenaga atasi masalah badan cepat lesu
  • Membantu kesihatan salur darah

Saya yakin anda semua mesti mempunyai pilihan Vitamin C anda sendiri bukan? Begitu juga dengan saya.. Tidak lain dan tidak bukan semestinya vitamin C Shaklee.

Ada sebab kenapa saya memilih Vitamin C Shaklee berbanding kebanyakan vitamin C yang berada di pasaran. Bukan kerana saya sebagai agent Shaklee semata sahaja yer teman-teman.


Kenapa perlu memilih vitamin C yang betul? 


Tahukah anda bahawa vitamin C adalah vitamin yang sangat mudah terlarut. Kebanyakan vitamin C dipasaran tidak boleh menyimpan lama vitamin C di dalam tubuh manusia.

Oleh yang demikian, anda perlu memilih vitamin C atas 4 faktor ini iaitu :  

kelebihan vitamin C shaklee

1. Mempunyai fungsi Sustained Released


Apakah keperluan Sustained Released ini pada vitamin C? Takukah anda bahawa Sustained Released yang terdapat pada kandungan vitamin C bertindak dengan cara melepaskan vitamin C ke dalam badan secara sedikit demi sedikit.

Vitamin C Shaklee dilepaskan dalam tubuh secara perlahan jam per jam untuk memastikan vitamin C tidak dibazirkan dengan cepat.


2. Sumber vitamin C dari kanji jagung


Vitamin C mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana dihasilkan daripada sumber vitamin C kanji jagung bukan sepenuhnya vitamin C dari buah oren.

Oleh yang demikian, bagi anda yang mempunyai masalah gastrik, usah khuatir kerana vitamin C dari sumber jagung ini tidak akan menjadi punca ketidakselesaan kepada perut anda. 


3. Mengandungi kandungan Bioflavonoid


Apakah fungsi Bioflavonoid ini? Bioflavonoid di dalam vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan vitamin C dalam tubuh anda. 

Oleh yang demikian, vitamin C dapat diserap oleh tubuh dengan lebih baik tanpa berlaku banyak pembaziran vitamin C akibat sifatnya yang mudah larut. 

Ujian klinikal juga membuktikan bahawa vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam.


4. Harga berbaloi mampu milik


Sebotol vitamin C Shaklee mengandungi sebanyak 180 biji tablet dengan harga RM97.50/botol, penggunaan untuk 3-6 bulan.

Apabila dibahagikan, sebenarnya anda membuat penjimatan berganda berbanding dengan belian vitamin C lain di pasaran. 

Mari kita lihat kiraan ini..

Sebotol vitamin C berharga RM97.50,
Dibahagikan dengan 180 biji,
Maka 1 biji bersamaan dengan 55 sen sahaja!

Cuba anda bandingkan dengan vitamin C lain di pasaran yang berharga RM30 sebotol dan mengandungi hanya 30 biji/botol, penggunaan untuk sebulan. Maka, 1 biji berharga RM1..

Boleh lihat perbezaannya di sini? Mana lagi berbaloi?

kelebihan vitamin C Shaklee

Mari kita lihat sedikit testimoni pengguna vitamin C Shaklee yang sudah berpuas hati dengan hasilnya.  

kelebihan vitamin C Shaklee

kelebihan vitamin C Shaklee

kelebihan vitamin C Shaklee

So, anda bagaimana? Buat pilihan yang bijak okey! Alah membeli, menang memakai. InsyaAllah pasti berbaloi dengan vitamin C Shaklee ini..

019-3405054
Puan Hafizah,
Founder Fantastic Legacy


No comments:

Post a Comment