Friday, November 17, 2017

'Bohong Sunat' pada Anak Kecil? Apakah Kesan kepada Kendiri Anak?

apakah kesan bohong sunat pada anak kecil
'Bohong sunat' dengan anak-anak. Siapa yang langsung tak pernah buat? Mesti ada kan walau sekali.

Agak-agaknya la kan, 'bohong sunat' pada anak-anak ni memberi kesan tak yer pada pemikiran, sifat dan kendiri anak-anak? 

Secara tidak sedar, tabiat 'bohong sunat' ibubapa pada anak-anak sebenarnya memberi kesan negatif sedikit sebanyak kepada pemikiran mereka tanpa kita sedari. 

Bagaimana ia memberi kesan? Jom sambil baca, sambil kita muhasabah diri apa yang boleh diperbaiki.


Bolehkah 'bohong sunat' pada anak-anak? 


Sebelum kita hurai lanjut, nak tanya 1 persoalan pada anda.. Anda suka dibohongi? Anda suka orang lain tipu anda?

Tidak bukan? 

Begitu juga anak-anak. Biarpun kita merasakan anak-anak masih kecil untuk mengerti apa kebohongan yang sedang kita lakukan, lambat laun 1 hari nanti mereka tetap akan menyedari bahawa selama ini mereka dibohongi.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak suka dibohongi, usah didik anak dengan 'kebohongan sementara' anda sendiri.

Biarpun kita memberi alasan ianya sekadar untuk menutupi perkara yang mungkin mereka tidak fahami lagi, tetapi cuba sebaiknya berkata benar. InsyaAllah mereka akan memahami dalam bahasa mereka sendiri.

apakah kesan bohong sunat pada anak kecil


Apakah impak 'bohong sunat' kepada anak? 


'Bohong sunat' kepada anak-anak bakal memberi impak kepada mereka antaranya :
  1. Moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul dari kecil lalu ia akan memberi impak kepada peribadi mereka akan datang
  2.  Menimbulkan kekeliruan kepada jiwa anak kerana mereka tidak mendapat contoh yang betul. 
  3. Menimbulkan tanda tanya kepada anak
  4. Bakal menjadi ikutan kepada anak pada masa akan datang ketika mana mereka juga menjadi ibubapa
  5. Perkembangan nilai dan pemikiran anak tidak dapat berkembang dengan baik kerana mereka tidak dibiasakan dengan jawapan yang betul kepada persoalan mengapa, bagaimana dan sebagainya ketika otak mereka berkembang

Kenali tanda anak anda berbohong


Sebagai ibubapa, kita sudah tentunya tidak mahu anak-anak berbohong bukan? 

Saya juga begitu. Kadangkala kita bukan mahu melepaskan amarah apabila anak bercakap benar, tapi kita hanya sekadar mahukan kepastian!


Apakah tanda-tanda anak anda berbohong?


Terdapat beberapa tanda yang boleh anda fahami apabila anak anda berbohong, antaranya :

1. Perubahan raut wajah anak


Kenali raut wajah anak ketika mereka berkata-kata. Andai ekspresi anak anda menunjukkan mereka sedang tidak tenang serta gerak tubuh seperti hidung yang kembang kempis atau menggosok alisnya, itu antara tanda anak anda sedang berbohong. 


2. Banyak bercakap


Keadaan berbohong itu memberi kesan kepada tingkah lalu anak ketika bercakap. Mereka akan lebih banyak bercakap demi menyembunyikan pembohongan mereka. 

3. Nada suara berubah


Kebiasaannya apabila anak mula berbohong, mereka akan menggunakan nada suara yang rendah kerana mereka sendiri mengetahui yang mereka sedang berbohong.

4. Cakap berulang-ulang


Kanak-kanak yang berbohong kebiasaannya akan mengulang-ulang apa yang dikatakannya agar ibu atau bapa mempercayai kata-kata mereka.

5. Pendiam


Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka akan mengalami dilema samada mahu jujur atau tidak dengan perkara yang berlaku. Kadangkala, mereka memilih untuk mendiamkan diri.

So, apa yang boleh disimpulkan di sini, usahalah untuk berlaku jujur dengan anak anda. Biarpun mereka masih kecil dan mungkin anda merasakan mereka masih belum boleh memahami apa yang berlaku, ketahuilah mereka juga belajar daripada orang dewasa.

Didiklah anak sebaiknya. Usah biarkan mereka dalam kekeliruan apabila menginjak dewasa nanti.

Semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik, menjadi contoh terbaik buat anak-anak, InsyaAllah. 

1 comment: