Pagi-pagi melawat kawasan. Terapi mata sebentar sambil ambil udara pagi dan melihat kehijauan kebun abah.
Seronok kan bila dapat melihat kehijauan ini. Lebih-lebih lagi apabila kini sedang menunggu hasil sayuran untuk dipetik.
Nikmatnya ya Allah! Bagaimana minat bercucuk tanam ini bermula? Nak tahu meh follow..
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana Allah beri nikmat sebegini yang tidak semua orang dapat peluang ini.
Syukur abah ada tanah buat anak-anak setiap sorang. Jadi, peluang yang ada ini kami gunakan sebaiknya untuk bercucuk tanam sebelum kami dirikan rumah nanti.
Macam mana minat ini bermula? Sedangkan lama sudah tanah-tanah abah terbiar..
Sebenarnya minat ini bermula bila saya terlihat post-post mengenai tanaman sayuran di group Facebook laman tanaman.
Menarik!
Dalam masa yang sama ia hadir bila rasa dah jemu dengan sayuran beli. Sampaikan bila kami pergi shopping beli lauk-pauk, blur tak tahu nak beli sayur apa.
Dah bosan mungkin agaknya kerap sangat beli sayur luar. Maka terlahir la niat dan idea untuk bercucuk tanam.
Asalnya niat saya untuk join sekaki dengan suami bercucuk tanam. Sudahnya tidak kesampaian dek kekangan anak kecil..hihi
Alhamdulillah, suami rajin bercucuk tanam kini. Saya juga tumpang seronok dengan minat dia yang baru ini. Sambil bercucuk tanam, sambil bersenam keluarkan peluh sebenarnya.
Teringin sekali berkongsi dengan anda semua hasil tanaman suami, adik-adik dan abah.. Alhamdulillah!
Terima kasih semua. Alhamdulillah syukur atas nikmatMu ini. Moga kita semua juga mampu bercucuk tanam dan berbudi pada tanah juga satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment