Monday, November 6, 2017

Ahmad Muaz 1 Tahun Kini...

Ahmad Muaz membesar sihat
Tanggal 6 November 2016.. 

Masih segar dalam ingatan saat dan ketikanya setahun yang lalu. Pengalaman kali ke-2 bakal menyambut cahaya mata kami yang ke-2 selepas 6 tahun pengalaman kali pertama berlalu. 

Syukur sangat bersyukur!

Alhamdulillah si comel Ahmad Muaz banyak memberi sinar kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Mengimbau kisah setahun lalu...


5 November 2016 bersamaan hari Sabtu. Ini lah tarikh EED saya ketika itu. Betul-betul pada 5 November 2016, air ketuban pecah sewaktu dalam perjalanan menghantar barang pada customer di Shah Alam. 

Tanda yang sama ketika melahirkan kakak nya Nur Hanan pada 19 September 2010, 6 tahun sebelumnya. 

Terus bergegas hantar krim Herbal Blend di Seksyen 7 Shah Alam, sempat makan lauk kegemaran di Seksyen 2 Shah Alam, kemudian baru ke Hospital Shah Alam pada asalnya. 

Namun, kehadiran ku tidak disambut mesra oleh staff nurse bertugas. Piliha diberi seandainya mahu tetap bersalin di situ, saya perlu duduk sepanjang selepas kelahiran kerana quee yang menunggu masuk terlalu ramai.

Selepas berbincang dengan suami, kami ambil keputusan untuk terus ke Hospital Sungai Buloh. (Dia nak bersalin sama tempat dengan kakak nya juga..hihi) 

Mula sakit biasa pada jam 6 petang sehingga berlarutan menahan kesakitan amat sehingga jam 2.30 pagi.

Ya Allah, hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaannya. 

Alhamdulillah setelah pujuk nurse untuk masuk labour room walaupun bukaan masih belum 8 cm, akhirnya saya ditolak masuk juga ke labour room. 

Bertemankan suami di sisi, menggunakan sepenuh tenaga untuk lahirkan Ahmad Muaz, mengucapkan syukur Allahuakbar pabila melihat seorang bayi comel selamat lahir ke dunia.

Subhanallah sungguh indah saat itu! Allah Allah tak tahu bagaimana perasaan mahu gambarkan.

Lebih indah, apa bila doktor menunjukkan jantina anak kami. Alhamdulillah syukur syukur lelaki. (Kami memang tak tahu jantina anak kami sebab terlewat scan..hihi)

Akhirnya kami miliki sepasang cahaya mata sudah. Nur Hanan 7 tahun, Ahmad Muaz 1 tahun kini. 

Maka bermulalah fasa berpantang ketika itu dengan set pantang Shaklee. Aweosme memang awesome rupanya hasilnya.

Membesarkan Ahmad Muaz, sama cabaran dia macam anda semua membesarkan anak-anak. Tiada yang berbeza. 

Namun, amat bersyukur Ahmad Muaz membesar dengan sihat, comel dan bambam sehingga kini. 

Perkembangan dia sangat cepat berbanding kakak Hanan dahulu. Ketika usia 7 bulan, gigi sudah mulai tumbuh. Kini, usia setahun sudah boleh melangkah 2 3 tapak. Berbeza dengan kakak Nur Hanan, ketika usia 1 tahun 4 bulan baru lah boleh berjalan. 

Biarpun usianya sudah mencecah 12 bulan kini, fasa penyusuan masih lagi diteruskan. Saya bertekad biar apa pun yang terjadi, saya tetap akan meneruskan azam saya untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun buat Ahmad Muaz sebagaimana kakaknya Nur Hanan dahulu.

"Ya Allah, Kau peliharalah anak-anak zuriat keturunan kami, Nur Hanan dan Ahmad Muaz agar menjadi hambaMu yang soleh, berbakti kepada agamaMu, berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah.."

Sedikit foto saya selitkan sepanjang Ahmad Muaz membesar selama 1 tahun ini..

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Ahmad Muaz membesar

Selamat Hari Lahir Ahmad Muaz!
6/11/2016 - 6/11/2017

No comments:

Post a Comment