Pages

Monday, April 28, 2014

Nak Join Ahli Shaklee, Tapi Tak Tahu Bagaimana Caranya?

 Mungkin ada di kalangan anda yang berura-ura untuk menjadi ahli Shaklee. Tetapi, timbul keraguan dan kesangsian serta persoalan bagaimanakah cara untuk menyertai ahli Shaklee. 


Adakah perlu menguruskan sendiri dengan terus ke HQ atau mana-mana branch Shaklee atau perlu bantuan individu tertentu untuk menguruskan permohonan keahlian anda?

Sunday, April 27, 2014

Tak Sangka Join Shaklee Asyik Kena 'Bebel' je!

Join Shaklee, hari-hari kene 'tegur'.. Kene 'bebel'.. Kalau tak kene 'tegur' sehari, memang tak sah lah! Sebab apa ni asyik kene 'tegur' je ni?

Haaa.. Siapa yang tak berada dalam Shaklee atau lebih tepat lagi group 'Jutawan Muslimah' kami, mesti anda tertanya-tanya kan sebab apa kene 'tegur' selalu kan?

Friday, April 25, 2014

Tips Penurunan Berat Badan dengan Cepat Tapi Sihat!

Tahap kegemukan di kalangan rakyat Malaysia membimbangkan! Seperti yang kita maklum, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006 sahaja. Kadar tersebut saban tahun semakin meningkat dan terus meningkat. 

Wednesday, April 23, 2014

Tingkatkan Sistem, Peredaran Darah Anda

Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat–zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Tuesday, April 22, 2014

Benarkah Makan Garam Sebelum Makan Sunnah Nabi?


Jika kita menjenguk ke dapur kita, barang yang wajib ada adalah garam. Ketiadaannya di dalam masakan harian kita akan dirasai. Maka tidak hairanlah ada dikalangan kita yang hilang selera makannya jika tiada garam.

Garam adalah mineral yang berbentuk batuan. Satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Kandungan mineralnya diperlukan oleh badan manusia. Banyak manfaat garam untuk kesihatan manusia dan awas jangan diambil berlebihan kerana ia akan memudaratkan..

Monday, April 21, 2014

Makanan yang Tidak Sesuai Diambil Ketika Menyusu

Fasa penyusuan susu ibu merupakan fasa yang sangat penting bagi seorang ibu dan anak yang disusui. Tahukah anda, pemakanan ibu ketika menyusu juga mempengaruhi tahap kesihatan anak anda?

Harus difahami bahawa anak yang menyusu ibu menyerap zat dan pemakanan yang diambil oleh ibu sepenuhnya! Oleh yang demikian, anda harus berhati-hati dengan setiap pengambilan makanan anda seharian.

Sunday, April 20, 2014

Nutriferon: Sejarah dan Manfaat


Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. 

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semula jadi di dunia (Nutriferon). 

Kenali 'Doktor' Peribadi Anda

Setiap individu memiliki ‘doktor’ peribadinya sendiri. Tahukan anda, siapakah 'doktor' peribadi anda sendiri? Mari kita kenali 'doktor' peribadi anda..

Sistem imun umpama pasukan perubatan peribadi anda yang mahir dalam seni rawatan, sentiasa bersedia dan selalu mengambil langkah pencegahan bagi mengelak daripada sebarang krisis kesihatan. Mereka bekerja tanpa mengira penat lelah sepanjang masa supaya anda kekal sihat dan bertenaga. Mereka melawan serangan organisma asing yang mempercepatkan proses penuaan dan mendatangkan penyakit.

Saturday, April 19, 2014

Master Coordinator Dirai Bak Pengantin!

Alhamdulillah, selesai sudah Master Celebration Master Wan Fatihanum dan suami Master Mohd Lizal. Seronok meraikan Master Celebration 'nenek' sendiri dalam Shaklee. Sekalung ucapan tahniah dari kami buat mereka berdua. Insan yang banyak memberi kata-kata semangat, banyak menegur dan memberi nasihat, banyak mem'bebel' ke arah kebaikan. Alhamdulillah, syukur berada di bawah naungan susur galur mereka. Moga tiba saat kami pula suatu hari nanti..^_^ InsyaAllah..

Friday, April 18, 2014

Mari Bertani


Perumpamaan kita hidup di dunia ini adalah seumpama pengembara yang melakukan perjalanan yang sangat jauh. Berhenti sebentar di bawah pohon melepaskan lelah. Kemudian meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Hidup di dunia hanya sementara seumpama kita melepaskan lelah dalam suatu perjalanan yang panjang. Di saat kita berehat, janganlah kita tertidur sehingga lupa mencari bekal perjalanan ke kehidupan yang kekal abadi.

Testimoni Kejayaan Pengguna Set Resdung Shaklee

Anda menghidap RESDUNG setelah sekian lama? Dah macam-macam produk digunakan? Tapi semuanya masih belum mendapat hasil yang anda ingini? Sampai rasa serik dan fobia nak cuba produk lain? 

Benar.. Tetapi, tidak putus asa adalah jalan yang lebih baik bukan untuk merawat satu-satu penyakit? Apa kata, anda cuba pula set Resdung Shaklee. Alhamdulillah, ramai pengguna yang telah merasai kelainan dan hasil positifnya..

Kebalkan Sistem Pertahanan Tubuh Anda



Sistem pertahanan tubuh manusia.

Tubuh badan manusia mempunyai sistem pertahanan yang dicipta oleh Allah dengan penuh keunikan. Setiap bahagian tubuh badan manusia daripada anggota luaran sehinggalah kepada sel-sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk melindungi manusia daripada unsur-unsur yang merosakkan.

Wednesday, April 16, 2014

Kekurangan Vitamin C: Punca Masalah Gusi Berdarah

Masalah gusi berdarah merupakan satu simptom penyakit yang perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia bakal menimbulkan masalah gusi yang lebih menyakitkan. Jangan biarkan masalah gusi anda. Pada entri kali ini, ikuti perkongsian kami tentang masalah gusi berdarah, punca, gejala dan tips menanganinya.

Tuesday, April 15, 2014

Vitamin C: Sejarah, Fungsi dan Dos Pengambilan



Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid.
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.

Petua Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit? Alahai, tak comelnya la kan perut buncit ni.. Ada spare part pulak kat depan.. Nak nak lagi kaum wanita.. Haipp siap ada yang tegur, pregnant lagi ke?  

Jom, kita ikuti beberapa tips bagaimana cara mudah untuk mengempiskan perut buncit untuk diamalkan:

Monday, April 14, 2014

Energizing Soy Protein: Testimoni Pengguna

Mungkin masih ramai di kalangan masyarakat kita yang masih kurang memahami tentang kepentingan pengambilan protein untuk tubuh badan manusia. Seperti entri-entri yang lalu, kami telah huraikan tentang kepentingan protein dalam tubuh badan manusia. Protein membentuk struktur asas fizikal kita iaitu otot, organ, kelanjar, tulang dan gigi. Kompenan protein juga diperlukan oleh tubuh untuk sintesis DNA, hormon, neurokimia dan biokimia lain termasuk yang terlibat dengan pro dan reaksi anti keradangan.

Sunday, April 13, 2014

Protein: Keperluan Penting Tubuh Badan

Protein membentuk struktur asas fizikal kita iaitu otot, organ, kelanjar, tulang dan gigi. Kompenan protein juga diperlukan oleh tubuh untuk sintesis DNA, hormon, neurokimia dan biokimia lain termasuk yang terlibat dengan pro dan reaksi anti keradangan.

Saturday, April 12, 2014

Adakah Supplement Shaklee Berstatus Halal?

Masyarakat Islam di Malaysia memang terkenal dengan masyarakat yang amat mementingkan status halal sesuatu produk makanan mahupun barangan aksesori yang digunapakai. Satu attitude yang harus diteruskan dan disemai dalam diri setiap individu muslim.  

Benar, sebagai umat Islam kita wajib menitikberatkan soal halal dan haram ini apatah lagi berkaitan dengan pemakanan seharian yang bakal menjadi darah daging. Jangan buat main-main yer. Bila makanan yang kita amalkan tidak halal, maka jiwa pun menjadi kotor, lahirnya generasi yang rosak agamanya akibat tidak mengambil serius status halal haram yang menjadi darah daging.

Friday, April 11, 2014

Tazkirah Jumaat: Sekuntum Bunga yang Layu



Seorang insan yang beriman kepada Allah sering memikirkan kebaikan apakah yang akan dilakukan pada setiap hari untuk bekalannya di akhirat. Tapi sering kali juga, apa yang dilakukannya itu sebagai bekalan habis di tengah jalan. Umpama pohon yang ditanam untuk kegunaan masa depan dihancurkan sendiri untuk mendapat kenikmatan dunia yang segera.

Loya dan Muntah ketika Hamil: Atasi dengan Peppermint Ginger Plus

Bercerita mengenai loya dan muntah ketika hamil, saya terimbau kembali pengalaman 4 tahun lalu ketika mengandungkan Nur Hanan. Trimester pertama merupakan satu tempoh masa yang sangat panjang rasanya. Mana tidaknya, selama 3 bulan pertama mengalami loya dan muntah-muntah yang sangat teruk. Berat badan menurun, gangguan ketidakselesaan ketika tidur di awal kehamilan. Lagi hebat, tiada sebutir nasi dan lauk pauk pun yang mampu singgah di tekak, apatah lagi di perut. Hanya beralaskan roti dan biskut. Lembik selembik-lembiknya! Pengalaman... Anda juga mungkin punya pengalaman anda sendiri bukan? 

Thursday, April 10, 2014

Kelebihan Carotomax Shaklee: Memaksimumkan Keperluan Karotena Anda

Satu hidangan Shaklee CarotoMax bersamaan dengan:

89 hidangan Raspberi,
102 hidangan pisang,
714 hidangan aprikot,
113g salmon atau
285 hidangan pink grapefruit.


Wednesday, April 9, 2014

Minuman Campuran Zanjabil (Halia) di dalam Syurga



Air campuran halia adalah minuman ahli syurga. Begitulah apa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran.


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.

Tuesday, April 8, 2014

Karotena di dalam Carotomax



CarotoMax mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Iaitu Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxantin.

Monday, April 7, 2014

Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium

Pernah tak anda terfikir tentang betapa pentingnya pengambilan kalsium untuk tubuh badan manusia? Kekurangan kalsium mapu mampu memberikan impak jangka panjang yang amat mengganggu kesihatan tubuh badan manusia.

Namun, pernah tak anda terfikir, pemilihan kalsium yang diambil juga sangat penting agar tindakbalas di dalam tubuh juga semaksima mungkin. 

Sunday, April 6, 2014

Garlic Complex: Antibiotik Semulajadi


Bawang putih adalah antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Bakteria yang aktif kepada bawang putih adalah bakteria mematikan Bacilus Anthracis. Ia menghasilkan racun antraks. Bahkan Bapa ubat antibiotik iaitu Louis mengakui, bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin. Darah individu yang memakan bawang putih dapat membunuh bakteria.

Saturday, April 5, 2014

Kenali Bawang Putih

 Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam bawang putih membuatkan si bumbu dapur ini sangat digemari. Bahkan, ada yang rela memakan bawang putih mentah untuk menikmati khasiat alami bumbu dengan aroma yang menusuk ini.

Non-Member VS Member Shaklee

Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya, kenapa harga produk Shaklee sekarang mahal yer? Dulu murah je.. Boleh dapat dengan harga sekian-sekian lagi walaupun bukan ahli. Silap-silap hari bulan, boleh dapat dengan harga ahli dan lagi hebat bawah harga ahli lagi!

Thursday, April 3, 2014

Carotenoid: Antioxidant Protection


Carotenoids are natural occurring pigment found in fruits, vegetables and plants which give their colours. Carotenoids are powerful, fat-soluble antioxcidants that have been implicated in the long term health of eyes, prostate, cervix, lungs and heart. research also suggests that carotenoids, working together, support a strong immune system. these antioxcidants can also help to protect cell and DNA from radical damage which can accelerate cellular aging process.