Saturday, May 2, 2015

Anak Kerap Menangis Mungkinkah Diganggu Makhluk Halus?

Mungkin ada yang beranggapan ia sekadar mitos atau momokan orang-orang tua tentang gangguan makhluk halus pada anak kecil yang boleh menjadi punca mereka kerap menangis. Anda percaya ataupun tidak, hakikatnya makhluk halus sememangnya wujud di atas muka bumi Allah swt ini. 

Terpulang kepada anda samada mempercayai gangguan makhluk halus ini boleh berlaku pada anak anda ataupun tidak. Namun, bagi saya yang pernah mengalami situasi ini cukup memberi kesan kepada saya dan suami. 

Mengimbau kembali kisah 5 tahun lalu.. 

Ketika itu kami baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama. Sepanjang sebulan lebih tempoh berpantang, anak saya kerap saja menangis. 

Pada awalnya, saya hanya menganggap ianya sebagai tangisan biasa sebagaimana bayi lain seusia dengannya. 

Lebih-lebih lagi apabila saya bertanyakan kepada rakan-rakan lain tentang perihal tangisan tersebut, masing-masing memberikan jawapan ia sekadar tangisan normal anak kecil waktu dalam pantang. 

Namun, apabila usia anak hampir mencecah 2 bulan dan tangisannya makin kerap siang ke malam, malam ke siang.. Something wrong somewhere la ni.. Memang tiada langsung pengalaman sebegini!

Hati dah mula merasakan sesuatu. Malah, ketika ini penglihatan anak sudah terarah pada sesuatu dan kita boleh lihat pergerakan bebola matanya terarah ke arah mana. 

Tanda-Tanda Anak Diganggu Makhluk Halus


Berikut merupakan tanda-tanda yang saya sendiri amati dalam beberapa hari ketika anak diganggu mahluk halus:
  • Menangis luar biasa tanpa kuar air mata siang dan malam. Berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
  • Mata hanya terarah ke setiap sudut penjuru atas bahagian rumah/bilik
  • Terlalu kerap menyusu seolah-olah tidak kenyang
  • Tidak lena tidur
  • Berat badan tidak bertambah biarpun kerap menyusu
  • Kesan cakaran di muka biarpun tangan bersarung sepanjang masa
  • Kadangkala tersenyum dan gelak sendirian seolah-olah diajak bermain
  • Kadangkala kedengaran bunyi bising atau orang sedang berjalan di atas bumbung rumah seolah-olah diganggu.

Lain-lain tanda berkemungkinan juga ada.. Namun, mungkin ianya berbeza mengikut pengalaman anda masing-masing.

Rawat Anak Mengikut Kaedah Rawatan Islam


Andai anda lihat tanda-tanda ini ada pada anak anda, usah biarkan! 

Apa yang anda perlu lakukan? 

Pasangkan bacaan ayat-ayat Ruqyah di rumah, di kereta sementara mendapatkan rawatan. 

Bawa anak anda untuk dirawat. Namun, saya sarankan usahlah anda mencari dukun atau bomoh untuk mengubati anak anda. 

Carilah ustaz-ustaz yang betul ahli dalam bidang ini dan diyakini kreadibiliti mereka untuk merawat masalah ini.

Malah, carilah mereka yang tidak mengamalkan ajaran songsang seperti pulut kuning atau punyai ciri-ciri mensyirikkan Allah swt. 

Antara yang anda boleh rujuk dan yakini adalah perawat dari Darussyifa' sendiri kerana mereka hanya menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, memberikan air putih yang telah dibacakan dengan ayat suci Al-Qur'an sebagai mandian atau minuman, malah tidak mengenakan sebarang bayaran. Cukup sekadar mengikut seikhlas pemberian anda. 

Alhamdulillah, setelah kami menemui salah seorang ustaz dari Darussyifa, syukur anak kami menjalani kehidupan normal seperti bayi yang lain tanpa gangguan daripada makhluk halus lagi.

Sesungguhnya, kita juga berkongsi kehidupan dengan makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka juga makhluk Allah swt. Mahu atau tidak, kita harus mengakui mereka juga wujud di persekitaran kita.  

Namun, usah pandang enteng tentang gangguan makhluk halus ini kerana ia mampu mengganggu emosi dan keyakinan diri anak anda kerana hidup dalam ketakutan.  

Rawat anak anda segera. InsyaAllah segala penyakit itu ada ubatnya kecuali mati!   

5 comments:

  1. kadang anak lapar pun boleh jadi....

    ReplyDelete
  2. seorg my anak buah jadi mcm ni . masa baby berbulan2 menangis ... mmg disebabkan gangguan jin .

    ReplyDelete
  3. kena ambil tahu gak kan benda-benda macam nih.

    huhu..

    ReplyDelete
  4. Anak saudara saya pun mengalami benda yang sama, dah pergi Darussyifa dapatkan rawatan...

    ReplyDelete
  5. tidak salah kita membuat rawatan kedua-dua iaitu rawatan moden dan rawatan islam

    ReplyDelete