Friday, February 28, 2014

Amalan IbuBapa Sepanjang Kehamilan

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

[Dipetik daripada tazkirah Ustazah Siti Norbahyah]



Never Lose Hope...

Thursday, February 27, 2014

Coenzyme Q10 dan Kepentingannya

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semula jadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hat, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Athma: Punca, Simptom dan Kenali Set Athma Shaklee

Athma? Siapa yang tidak terbayang simptom-simptom atau gejala-gejala athma bukan? Mesti semua dah terbayang sukar bernafas, sakit dada, sensitif dengan habuk, tak boleh lakukan aktiviti yang terlalu lasak..

Nak-nak lagi kalau anda ibu bapa yang memiliki anak penghidap Athma. Mesti lagi risau dan gundah gulana kan. Banyak bajet yang perlu dikeluarkan. Ditambah pula dengan perasaan runsing dan risau setiap kali Athma menyerang anak-anak. Kalau boleh, biarlah kita yang kena Athma tu kan? Tak sanggup rasa nak tengok anak yang menanggung kesakitan. Mari kita kenali mengenai punca, simptom, dan cara yang boleh di atasi untuk mengurangkan masalah Athma ini.

Wednesday, February 26, 2014

COQHEALTH PLUS: Membantu Jantung lebih Sihat Bertenaga

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 

Friday, February 21, 2014

KELEBIHAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

Mungkin ramai yang telah maklum bahawa Zinc merupakan khazanah penting bagi seorang lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ badan lain. Zinc memainkan peranan yang penting dalam organ seks lelaki. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan sejak awal remaja hingga ke usia tua.

Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti:
1) Kematangan organ seks yang lambat.
2) Impoten
3) Perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel
4) Kiraan sperma yang rendah
5) Kemerosotan fungsi seksual
6) Penuaan pra-matang
7) Keguguran rambut  

Sunday, February 16, 2014

RADANG TONSIL: PUNCA, SIMPTOM DAN CARA MERAWAT DENGAN SHAKLEE

Tonsil di kalangan kanak-kanak? 

Pernah dengar tak tonsil di kalangan kanak-kanak? Jangan tak tahu, walaupun peratusan tonsil berlaku di kalangan kanak-kanak, namun ianya tetap wujud walaupun peratusannya sangat kecil..

Hari ini, tiba-tiba teringin berkongsi bersama anda semua berkaitan masalah tonsil di kalangan kanak-kanak. Apa sebenarnya punca nya? Apakah kemungkinan risiko dan kesan kepada masalah tonsil ini..

Friday, February 14, 2014

MEMULAKAN BISNESS SHAKLEE DENGAN PERMULAAN MODAL RM ZERO

Pernah tak anda terfikir untuk memulakan sesuatu bisness tapi tanpa memerlukan modal RM? Ada ke bisness sebegitu kan? Macam pelik je.. Macam takde je kan? Mustahil!

Percaya atau tidak, Shaklee menyediakan peluang itu untuk anda berbisness dengan permulaan modal RM0! Betul..Tak percaya lagi? Meh baca sharing saya seterusnya.. Baca sampai habis yer.. Fahamkan dan jangan salah faham..hehe. ^_^

Thursday, February 13, 2014

Basic H: Pembersih Rumah Selamat Dan Semula Jadi


Selamatkah pembersih rumah anda?



Pernah tak kita terfikir pembersih rumah juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu dijaga.. Pada hakikatnya, pembersih rumah yang kita gunakan juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan kita sekeluarga.



Secara sedar ataupun tidak, kadangkala pembersih rumah yang kita gunakan mungkin juga mengandungi bahan kimia yang mampu menjejaskan kesihatan kita sekeluarga. Kalau bukan sekarang, mungkin juga kesan jangka masa panjang. Mengapa?


Wednesday, February 12, 2014

Set Kesihatan Shaklee Untuk Anak-Anak

Selamat petang semua..^_^ Petang ni nak tulis entri santai-santai je mengenai set kanak-kanak. Kebetulan pulak, si kecik Nur Hanan sedang selesema, batuk dan kadang-kala sedikit panas badannya.  

Sebenarnya, Shaklee memiliki beberapa produk yang sesuai dan sangat bagus di ambil untuk kanak-kanak. Antaranya, Mealshake, Chewable Vita C, Nutriferon dan Omega Guard.

Monday, February 10, 2014

Masalah Keputihan: Atasinya Dengan Alfalfa dan Garlic Complex Shaklee

Anda mengalami masalah keputihan? Tidak selesa dengan keputihan yang ada? Terpaksa berkali-kali tukar pad dalam sehari? 

Apakah yang dimaksudkan dengan keputihan? Bagaimanakah ia boleh terjadi? 

Sunday, February 9, 2014

CARA MUDAH JOIN AHLI SHAKLEE DENGAN HANYA RM65

Benarkah permulaan modal bisness Shaklee TINGGI? Berapa modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes Shaklee? Berapa ribu yang diperlukan untuk membeli produk-produk tersebut yer? Sepanjang minggu ini, saya kerap kali diajukan pertanyaan melalui Facebook dan Whatsapp berkaitan modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes Shaklee. 

Terus terang saya katakan, untuk anda memulakan bisnes Shaklee, modal permulaan yang anda perlu laburkan adalah sebanyak RM65 untuk yuran keahlian seumur hidup dan tambahan RM10 (Semenanjung), RM20 (Sabah Sarawak), untuk pihak kami membuat pengeposan beg kit pengenalan produk Shaklee. Murah dan berbaloi bukan? Mahal ke?

KEJANG KAKI KETIKA HAMIL AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM

Pernah tak anda mengalami kebas-kebas dan kejang di bahagian kaki ketika hamil? Haa.. tentunya masalah ini kerap berlaku di kalangan wanita hamil kan termasuk lah saya dulu..Huhu, seksa rasa bile kejang kaki kan. Sampai mengalir air mata..

Kebiasaannya, kebas dan kejang kaki ini terjadi pada trimester ke-3 kehamilan. Ada juga kalangan ibu-ibu yang telah mengalaminya seawal penghujung trimester ke-2 kehamilan lagi. Keadaan ini merupakan masalah biasa di kalangan ibu hamil. Apakah puncanya? Saranan untuk mengatasinya? Jom teruskan bacaan anda..

Friday, February 7, 2014

DIABETES: RISIKO KEPADA KEHAMILAN DAN CARA MENGATASI

Kencing manis (Diabetes) merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh sebahagian wanita hamil di Malaysia. Kebiasaannya, faktor keturunan mempengaruhi potensi seseorang wanita hamil itu memiliki diabetes ketika hamil. Pastinya ia perlu sentiasa diberi pantauan.

Wanita yang tidak memiliki faktor keturunan diabetes juga berpotensi untuk mendapat diabetes ketika hamil walaupun mereka tidak mempunyai sejarah silam dengan diabetes. Mari kita kenali lebih lanjut berkaitan permasalahan diabetes ini di kalangan wanita hamil.

Thursday, February 6, 2014

HB Low Ketika Hamil : Punca, Risiko dan Cara Mengatasi

Hemoglobin Low atau HB rendah merupakan salah satu masalah yang kerap dan sering terjadi di kalangan ibu hamil. 

Bahkan, masalah HB rendah turut menjadi ketakutan dan kerisauan bagi setiap ibu hamil ketika membuat check up bulanan. Mana tak nya, confirm Nurse bising, suh makan itu ini, tambah lagi stok iron kan?

Wednesday, February 5, 2014

TESTIMONI PENGGUNA VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Shaklee membelanjakan berbilion ringgit untuk mengeluarkan produk multivitamin ini. Asalnya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan asal perkataan vitamin yang disebut kini sebenarnya adalah dari Shaklee. 90 tahun dahulu, Vita-Lea dihasilkan dalam bentuk cecair. Tetapi kini, Shaklee merubah kepada bentuk tablet seiring dengan peningkatan teknologi semasa.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 

FUNGSI MULTIVITAMIN VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Alhamdulillah, habis sudah cuti-cuti Malaysia di Kuala Terengganu sepanjang cuti Raya Cina.. Hari ini, memulakan rutin macam biasa masuk 'kerja' semula..Hehe, kerja dari rumah.

Tak sempat-sempat nak update produk PROMO pilihan Shaklee bulan ni utk ahli sahaja. Actually, dah dapat info produk promo bulan ni seawal jam 12 pagi 1 Februari lepas. Tapi disebabkan sedang bercuti, tak sempat nak update di blog produk promo bulan ni. Nak tahu apa produk promo bulan ni..