Friday, October 31, 2014

Apabila si Kecil Muntah-Muntah

Muntah di kalangan anak kecil merupakan satu perkara normal terjadi sebagai ibubapa. Namun, kadangkala ia menjadi kerisauan kepada kita. Langkah yang terbaik apabila anak muntah luar biasa adalah dengan menemui doktor. Tetapi, sekiranya ia masih bukan pada tahap yang membimbangkan, beberapa langkah awal boleh dilakukan oleh anda. Bagaimana? Ikuti sharing saya pada entri kali ini. 

Thursday, October 30, 2014

Gigi Anak Rosak Sebelum Waktunya?

Anda cuba perhatikan sedikit struktur gigi anak-anak anda sebentar. Adakah gigi anak-anak anda benar-benar sihat? Atau mungkin, baru saja berusia setahun setengah tapi gigi sudah mula menampakkan tanda-tanda kerosakan gigi? Tahukah anda, penjagaan kesihatan gigi perlu bermula sejak kecil lagi. Malah, lebih baik anda mula amalkan pengambilan kalsium semasa anak anda dalam kandungan lagi. Kenapa saya katakan penjagaan kesihatan gigi kanak-kanak perlu dititikberatkan sejak dari kecil lagi? 

Wednesday, October 29, 2014

10 Sebab Kenapa Kandungan Meal Shakes Penting Buat Anak-Anak Anda

Meal Shakes merupakan salah satu produk Shaklee yang hot di kalangan kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi kesukaan kanak-kanak, malah turut menjadi kesukaan orang dewasa dengan perasa Vanila nya yang sedap dan harum semerbak mampu membangkitkan selera. Tapi, tahukah anda di sebalik Meal Shakes ini terkandung pelbagai manfaat untuk orang dewasa dan terutamanya untuk kanak-kanak. 1001 manfaat Meal Shakes untuk kanak-kanak yang mungkin anda tidak ketahui. Ikuti sharing lanjut sy (Pengedar Shaklee Klang) tentang 10 sebab kenapa Meal Shakes penting buat anak-anak anda.

Tuesday, October 28, 2014

Kanser Payudara: Pembunuh No. 1 Wanita di Malaysia

Kanser payudara di kalangan wanita Malaysia
Kanser payudara.. Sebut mengenai kanser payudara ini, umum kebanyakan wanita sudah mengetahui bahawa ia merupakan antara salah satu penyakit pembunuh wanita tertinggi di dunia dan pembunuh no. 1 wantita di Malaysia. Namun, walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara ini walaupun hakikatnya ia boleh dirawat bermula peringkat awal lagi. Sebelum kita hurai lanjut mengenai kanser payudara ini, saya suka berkongsi dengan anda tentang sejarah kanser payudara terlebih dahulu..

Monday, October 27, 2014

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Mungkin ada di kalangan anda yang sedang berura-ura untuk menjadi ahli Shaklee. Namun, masih tercari-cari info bagaimanakah cara yang boleh diperolehi untuk menjadi ahli Shaklee. Mungkin juga anda sedang tercari-cari cara jadi ahli dengan pulangan atau keistimewaan yang lebih banyak boleh anda perolehi melalui keahlian Shaklee. Mungkin juga anda tercari-cari group support yang mantap untuk anda sertai Shaklee. Pilihan group yang betul juga mampu mengubah hidup anda pada masa depan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk jadi ahli Shaklee secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran yuran keahlian? Ikuti sharing lanjut saya berkaitan cara jadi ahli Shaklee secara percuma ini dalam entri kali ini.

Sunday, October 26, 2014

Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1

Awal kehamilan merupakan fasa yang sangat kritikal bagi sesetengah wanita hamil. Dari sudut bagaimanakah yang dikatakan sebagai fasa krikitikal? Kritikal yang dimaksudkan adalah dari sudut pemakanan kerana saya yakin dan percaya sesetengah wanita hamil mengalami morning sickness atau mabuk hamil yang agak teruk sehingga mengganggu pengambilan makanan harian mereka. Perkara ini sebaiknya perlu di atasi dengan sedikit ilmu kehamilan kerana pengambilan gizi makanan yang sihat dan seimbang termasuk ketika awal kehamilan sangat penting untuk tubuh anda dan bayi dalam kandungan. 

Saturday, October 25, 2014

Kanak-Kanak Ekzema: Bagaimana Merawatnya?


Eczema di kalangan kanak-kanak. Tak semua ibubapa melalui situasi sebegini. Hanya sebahagian ibubapa sahaja yang Allah uji anak-anak punya masalah Eczema. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap bahawa Eczema merupakan penyakit kulit biasa-biasa saja. Namun, bagi ibubapa yang memiliki anak Eczema tentu dapat merasai dan memahami bagaimana kerisauan dalam diri menangani anak Eczema. Bukan gatal-gatal biasa yer boleh sapu dengan krim-krim biasa yang boleh didapati di kedai runcit. Perlukan pencagaan dan pemantauan lebih. Ikuti perkongsian saya tentang masalah Eczema di kalangan kanak-kanak.


Friday, October 24, 2014

Anakku Tak Suka Makan Ubat! Macam mana nak buat?

Anak tak sihat? Anak demam? Anak sakit? Selesema? Alahhaiii... Bile datang time anak tak sihat, mula la ibu ayah duk risau. Lebih-lebih lagi bila anak yang jenis tak suka makan ubat. Susah benar nak makan ubat? Macam mana nak buat? Pergi hospital pun buat sedapkan hati yang gundah gulana. Asalkan doktor dah cek. Ambil ubat lagi. Tapi, bila sampai masa nak berikan ubat pada anak, totally failed bila anak reject! Sure bertambah risau kan? Lebih-lebih lagi demam yang berlarutan.. Beberapa hari tak juga kebah. Ataupun, selesema yang berpanjangan, batuk yang berpanjangan. Demam on off saja. Rujuk doktor sudah, tapi memberi makan ubat itu yang selalu menjadi masalah pada sebahagian ibubapa.. 

Thursday, October 23, 2014

Penyediaan Jeruk Mangga Asam Boi Semudah ABC

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang duk share tentang jeruk asam boi ni. Hai, saya pun dah ikut terliur dah. Tapi, kalau nak beli siap terus sampai depan rumah, confirm confirm la tak cukup nak makan seisi rumah ni. So, jalan yang terbaik adalah buat sendiri je. Tak susah pun sediakan jeruk asam boi ni. Sesiapa sahaja boleh sediakan. Cumanya, nak atau tidak sahaja. Sempat atau tidak sahaja. Hehe, anak-anak pun boleh je sediakan sendiri. Nak tahu macam -mana nak buat jeruk asam boi ni? Jom kita tengok..

Wednesday, October 22, 2014

Merokok Tingkatkan 4x Ganda Risiko Kanser Serviks di Kalangan Wanita

Sudah terang lagi bersuluh, merokok boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Malah, ia turut dilarang dalam agama Islam di atas hujah membinasakan tubuh badan sendiri dengan sengaja. Merokok kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki. Tetapi, jangan anda tidak percaya, secara senyap kajian menunjukkan bahawa statistik peningkatan perokok di kalangan wanita semakin lama semakin meningkat kini. dikatakan peningkatan sebanyak 5.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan 4.2% pada tahun 2003. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga boleh menjadi salah satu punca kanser serviks di kalangan wanita. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan bacaan anda..

Tuesday, October 21, 2014

Penyelesaian Alternatif Membantu Masalah Kanser Serviks di Kalangan Wanita

Beberapa hari lalu, saya telah kongsikan bersama anda semua tentang penyakit kanser serviks (kanser pangkal rahim) yang merupakan pmbunuh no. 2 di kalangan wanita di Malaysia. Namun, yang menyedihkan, kesedaran dan pengetahuan tentang kanser serviks di kalangan wanita tentang penyakit ini masih lagi di tahap yang rendah jika hendak di bandingkan dengan kanser payudara. Sedangkan seandainya diteliti, kerajaan telah menjalankan pelbagai agenda dan program kesedaran untuk menangani kanser serviks ini. Adakah anda salah seorang daripadanya yang disahkan penghidap kanser serviks ini? Ikuti sharing lanjut saya kali ini, Pengedar Shaklee Klang anda tentang Vivix Shaklee yang mungkin boleh membantu masalah kanser serviks anda kini selain daripada rawatan lanjut hospital. 

Monday, October 20, 2014

Rahsia Kenapa Saya Sukakan "Fully Breastfeeding".. Anda Bagaimana?

Menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Saya yakin dan percaya semua ibu mengimpikan untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Namun, kadangkala beberapa sebab dan faktor tertentu yang menjadi penghalang seseorang itu tidak dapat menyusukan ibu sepenuhnya. Mungkin anda juga sedang menanti cahaya mata. Mungkin juga sedang berfikir-fikir samada ingin memulakan penyusuan sepenuhnya atau memilih susu formula sebagai pilihan anda. Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengapa saya sangat suka memilih penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk anak saya. 

Sunday, October 19, 2014

Kanser Serviks: Ujian Pap Smear VS Takut dan Malu, Mana Pilihan Anda?

Takut? Malu? Ini dilema yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita untuk melakukan ujian Pap Smear. Perasaan malu dan takut untuk melalui kesakitan semasa ujian Pap Smear dijalankan membuatkan kebanyakan wanita lebih suka mendiamkan diri dan memilih untuk terus tidak melakukan ujian tersebut. Namun, sedarkah anda semua bahawa kita sebenarnya mengundang kepada risiko penyakit kanser serviks yang mungkin kita tidak ketahui dalam diam? Ketahui lebih lanjut perkongsian saya ini mengenai kanser serviks dan kepentingan melakukan ujian Pap Smear setiap tahun. 

Saturday, October 18, 2014

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Tanpa Makan Berlebihan

Seorang ibu hamil memerlukan sekitar 2540 sehingga 2650 kalori sehari. Jumlah ini lebih tinggi sedikit dari wanita normal iaitu keperluan seharian antara 1800 sehingga 2200 kalori sahaja. Pemakanan yang sihat semasa hamil amat penting untuk dititikberatkan kerana keperluan tenaga akan meningkat seiring dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Friday, October 17, 2014

Kenali Kanser Serviks: Pembunuh No. 2 Wanita di Malaysia

Kanser pangkal rahim atau turut dikenali sebagai kanser serviks merupakan pembunuh no. 2 wanita di Malaysia. Namun, kesedaran tentang kanser serviks ini di Malaysia masih lagi pada tahap yang sangat rendah biarpun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menjalankan pelbagai program kesedaran di seluruh negara. Adakah mungkin wanita di Malaysia menganggap kanser serviks ini tidak mungkin mereka hidapi? InsyaAllah, hari ini saya sebagai Pengedar vitamin kesihatan Shaklee Klang anda, ingin berkongsi tentang kanser serviks sebagai pengenalan awal kepada semua wanita di luar sana.

Thursday, October 16, 2014

Sakit Pinggang Ketika Hamil? Simptom Biasa atau Bahaya?

Tips atasi sakit pinggang ketika hamil
Terasa sakit di pinggang ketika hamil merupakan perkara yang biasa dan kerap kali terjadi sepanjang kehamilan. Ketidakselesaan, terasa lenguh dan mencucuk-cucuk di bahagian pinggang ketika hamil kadangkala menimbulkan kerisauan di kalangan ibu hamil lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah mengalami situasi ini. Setiap kehamilan memiliki simptom kehamilan yang berbeza di antara seorang anak dengan anak yang lain. Kadangkala anak sulung sedikit sukar perjalanan kehamilan anda, kadangkala anak kedua tidak mengalami sebarang kesukaran. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil berat dengan perubahan diri anda sepanjang kehamilan, 

Wednesday, October 15, 2014

Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim

Kepentingan ujian Pap Smear
Tahukah anda, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap penyakit kanser serviks di dunia! Saya yakin tentu ramai di kalangan wanita yang pernah mendengar mengenai ujian Pap Smear ini bukan? Biasa tak anda mendengar momokan daripada rakan-rakan anda yang mengatakan ujian Pap Smear ini menyakitkan, malu perlu tunjuk bahagian wanita pada doktor kesihatan? Namun, seandainya anda diberi pilihan samada anda mengetahui anda memiliki penyakit kanser pangkal rahim (kanser serviks) bermula dari peringkat awal dan masih sempat untuk dirawat mahupun anda tiada jalan rawatan lain apabila secara tiba-tiba doktor mengatakan anda memiliki kanser pangkal rahim stage 4 dan sudah terlambat untuk dirawat? Mana 1 pilihan anda? 

Tuesday, October 14, 2014

Testimoni Penapis Air Shaklee: Bersih, Fleksible dan Mesra Pengguna


Susahnya nak mencari penapis air yang betul-betul menepati citarasa sekaligus berbaloi pada wang anda kan? Beberapa kriteria perlu anda tekankan dalam pemilihan penapis air. Kalau anda boleh mendapatkan penapis air yang lebih efisyen setanding dengan penapis air ribuan ringgit, menapa tidak ianya menjadi pilihan anda bukan? Jika semalam saya telah berkongsi bersama anda semua tentang Get Clean Water Pitcher Shaklee yang jimat dan mesra pengguna, insyaAllah hari ni nak kongsikan beberapa testimoni yang telah berpuas hati dengan penapis air ini. Jom kita tinjau!


Monday, October 13, 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee: Penapis Air yang Jimat dan Mesra Pengguna

Kini, penggunaan penapis air merupakan satu keperluan penting bagi setiap rumah. Manakan tidak, masalah air tercemar, berkarat, klorin tinggi, bau air yang tidak menyenangkan, rasa air yang agak lain dari biasa tentunya membuatkan anda tercari-cari penapis air yang betul-betul memberikan kepuasan kepada penggunaan harian anda di rumah. Rata-rata saya bertemu dengan beberapa orang pelanggan, mereka menyatakan bahawa mereka mencari penapis air yang mempunyai kriteria tertentu. Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Get Clean Water Pitcher Shaklee? Saya yakin tentu anda akan jatuh cinta dengannya..

Sunday, October 12, 2014

Punca-Punca Pendarahan Awal Kehamilan?


"Tahniah, anda hamil 5 minggu!" Ucapan ini tentunya sering dinanti-nantikan bagi pasangan yang sekian lama menanti cahaya mata bukan? Namun, tidak ke semua wanita hamil dapat meneruskan kehamilan sehingga bulan ke-9 kandungan. Kajian turut menunjukkan bahawa kira-kira 10-20% wanita hamil mengalami keguguran sebelum minggu ke-20 dan 80% lagi berlaku selepas 12 minggu iaitu 3 bulan awa kehamilan. kebiasaannya, keguguran sudah tentunya dikaitkan dengan pendarahan. Namun, adakah semua pendarahan yang berlaku di awal kehamilan adalah petunjuk kepada keguguran? Entri kali ini saya tidak akan membincangkan tentang pendarahan punca keguguran. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendarahan ringan yang berlaku di awal kehamilan. Take note yer ibu-ibu hamil sekalian.. Adakah pendarahan yang berlaku adalah pendarahan biasa atau pendarahan keguguran.. Ikuti sharing ringkas saya mengenai isu ini.. 

Saturday, October 11, 2014

Bengkel Nutrisi: Sehari Bersama Pakar Nutrisi Shaklee

Alhamdulillah, hari ini seharian berada di home Office Shaklee menghadiri bengkel nutrisi sehari bersama pakar nutrisi Shaklee iaitu Puan Sarah dan Puan Nurul Hidayah. Akhirnya, dapat join juga bengkel sebegini yang ternyata memang menjadi rebutan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan setiap kali dianjurkan, Manakan tidak, sebelum ini beberapa kali dah cuba grab tiket, namun asyik full and full saje. Ingin mengetahui apa manfaat yang diperolehi daripada bengkel sehari ini? Haaa malam ni saya ingin kongsi dengan anda semua yang mungkin tertanya-tanya atau belum pernah sertai bengkel ini sebelum ini. 

Friday, October 10, 2014

5 Cara Melegakan Kekejangan Kaki Ketika Hamil

Kekejangan kaki ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung. Kadangkala situasi ini turut mengganggu aktiviti harian wanita hamil. Atau mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita hamil. InsyaAllah hari ini nak share 5 cara mudah mengelakkan atau melegakan kekejangan kaki ketika hamil..

Thursday, October 9, 2014

Keperluan Manusia Terhadap Air

Air adalah nutrien penting bagi manusia dan ia terlibat di dalam semua fungsi tubuh badan. Dua pertiga daripada tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan di dalam dan ke luar sel. Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai. Keperluan manusia kepada air berbeza mengikut umur, berat dan kegiatan fizikal manusia. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari atau sekurang-kurangnya 2 liter.

Awas!!! 10 Risiko Akibat Salah Pilih Group Bisnes Shaklee

Anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri? Tercari-cari bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah? Atau mungkin sekian lama anda sedang 'mengintai' peluang bisnes dengan Shaklee? Namun, masih kurang keyakinan atau tercari-cari group bisnes yang betul? Opss..Awas!!! Salah pilih group bisnes, anda bakal kecundang dalam bisnes anda sendiri! Petang ni saya, Pengedar Shaklee Klang anda ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca semua apakah risiko yang bakal anda hadapi seandainya anda salah memilih upline sebagai group bisnes anda. 

Wednesday, October 8, 2014

Pengedar Shaklee Jalan Musran, Rantau Panjang Klang


Anda merupakan pengguna produk Shaklee? Atau anda baru ingin mencuba produk Shaklee? Anda berada berdekatan dengan kawasan kami iaitu Jalan Haji Musran, Rantau Panjang Klang?  Mencari pengedar Shaklee berdekatan kawasan anda? Ingin mendapatkan produk Shaklee secara terus ke rumah anda? Ingin mendapatkan khidmat penerangan tentang produk yang sesuai buat anda secara direct? Ya..Kami yang anda cari..

5 Panduan Atasi Rasa Mengidam

Mengidam? Hmmm..sebut pasal mengidam, saya yakin kebanyakan wanita tentu mengalaminya bukan sepanjang kehamilan? Cuma bezanya samada ngidam melampau atau tidak saja kan? Siap-siap haribulan, sekali suami pun ikut mengidam.. Haaa suami siapa gitu, cer angkat tangan.. mengidam pun sebenarnya merupakan salah satu anugerah yang Allah berikan sepanjang waktu kehamilan. Ada saja yang diidamkannya bukan? Namun, masih belum diketahui mengapakah mengidam menjadi sinonim dengan kehamilan ini. Berminat ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan faktor mengidam ini? Jom teruskan bacaan anda di sini.. Stay tuned..

Tuesday, October 7, 2014

Tips Memilih Warna dan Corak Pakaian yang Sesuai dengan Bentuk Tubuh

Saat memilih warna dan corak pakaian kadangkala menjadi satu saat yang agak sukar bagi sesetengah individu. Manakan tidak, kadangkala kita berkenan sungguh dengan corak dan warna sesuatu pakaian atau kain ela, namun bila difikir kembali tentang susuk tubuh, terasa tidak berpadanan pula kan? Silap-silap haribulan, elok-elok kurus sederhana orang kata terlalu gemuk pulak kan? Apa kata, anda ikuti sahaja beberapa tips mudah ini agar hari anda sentiasa ceria dan bersemangat dengan pemilihan warna dan corak yang betul dengan susuk tubuh anda. 

Gastrik: Atasinya dengan Energizing Soy Protein (ESP)


Anda punya masalah gastrik bertahun lamanya? Pelbagai produk dan ubat tahan sakit anda telah cuba? Tetapi, belum menampakkan hasilnya? Sudah menemui doktor dan pakar? Telah kenal pasti bahawa sememangnya anda menghidap sakit gastrik? Mencari alternatif lain selain daripada ubat tahan sakit yang dibekalkan doktor? InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan masalah gastrik ini. Adakah anda berpeluang untuk pulih sepenuhnya atatu anda terpaksa berperang dengan gastrik ini seumur hidup? Jom teruskan bacaan anda..

Monday, October 6, 2014

Mama, Bantu Adik.. Adik Tak Cukup Minum Air Kosong!

Air merupakan salah satu sumber kurniaan rezeki yang sangat penting untuk kehidupan. Manusia, tumbuhan, binatang semuanya memerlukan air untuk hidup. Kalau oksigen untuk manusia bernafas menjadi keperluan utama, air pula jatuh di tangga kedua. Tubuh manusia juga keseluruhannya terdiri daripada air iaitu sebanyak 60-65% termasuk otak yang memiliki air sebanyak sebatang rokok! Anda bayangkan sekiranya urusan kehidupan anda tanpa bekalan air? Begitu juga dengan tubuh manusia. Tanpa air, pelbagai penyakit boleh mengganggu kehidupan manusia. Ikuti sharing saya, Pengedar Shaklee Klang mengenai kesan pengabaian air kosong kepada kanak-kanak.

Tips Rawat Anak Demam di Rumah dengan Set kesihatan Kanak-Kanak Shaklee

Bangun-bangun pagi tadi, tengok suhu badan Hanan panas daripada suhu biasa. Sah, demam! "Ummi, Hanan demam..." Patut la malam tadi asyik terjaga je. Macam tak lena tidur dibuatnya. Rupanya tanda nak demam hari ni. Badan dah lemah tak bertenaga, letih seperti kebanyakan orang yang sedang mengalami simptom demam. Dah menjengah waktu malam, masih lagi belum kebah, tapi masih dalam keadaan suhu terkawal. Alhamdulillah, selesema tidak menjengah bersama.. 

Sunday, October 5, 2014

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee Punca Kanser?

Woowww terkejut tengok tajuk tu kan? Benarkah soya ESP menjadi punca kepada salah satu penyakit yang paling digeruni iaitu kanser? Mungkin anda pernah mendengar mengenai cerita-cerita ini daripada rakan-rakan anda. Ataupun mungkin anda pernah terbaca artikel berkaitan tentang ini. Namun, sebagai manusia yang mempunyai akal waras, adakah anda akan menerima bulat-bulat cerita ini mahupun anda memilih untuk menjadi cerdik pandai dengan menganalisa dan mengkaji terlebih dahulu mengenai kesahihan cerita ini? Saya sebagai Pengedar Shaklee Klang anda, ingin berkongsi bersama anda benarkah ESP menjadi punca kepada kanser? 

Iktibar dari Qurban Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as


Saat dan ketika ini pastinya ramai yang telah berada di kampung masing-masing. Bersantai bersama keluarga. Menyediakan juadah hari raya yang mungkin serba ringkas ataupun extra meriah. Wah, seronok bukan? Saat bersama keluarga merupakan saat yang paling dinantikan oleh setiap insan apatah lagi bagi yang bergelar ibu, ayah kepada anak-anak di perantauan mahupun atok dan nenek kepada cucu yang sering dirindui. 

Saturday, October 4, 2014

5 Sebab Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Protein

ESP sumber protein terbaik untuk ibu menyusu
Protein merupakan salah-satu sumber makanan yang sangat penting bagi proses pertumbuhan badan yang sihat. Apabila tubuh seseorang gagal mendapatkan sumber protein yang secukupnya, maka ia berkemungkinan untuk menghadapi beberapa simptom yang boleh mengganggu masalah kesihatan. Namun, adakah pengambilan protein ini juga boleh diambil dalam kuantiti berlebihan? Bahkan, mengapakah ibu menyusu tidak boleh mengabaikan pengambilan protein sepanjang sesi penyusuan mereka? Anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan isu ini? Teruskan bacaan anda..

8 Tips Pulang ke Kampung dengan Selamat

Hari ini merupakan hari yang kebanyakan penduduk kota pulang ke kampung masing-masing bagi meraikan Hari Raya 'Idul Adha yang jatuh pada hari esok (Ahad). Semestinya sejak semalam lagi masing-masing dah berpusu-pusu untuk pulang ke kampung bertemu keluarga dan sanak-saudara masing-masing bukan? 

Friday, October 3, 2014

Pengedar Shaklee Klang Utama, Sementa dan Sungai Kapar Indah


Anda berada di sekitar kami? Mencari pengedar Shaklee yang berhampiran kawasan anda? Ingin membuat penjimatan kos penghantaran? Ingin mendapatkan konsultansi secara eksklusif daripada kami? Kami boleh membantu anda mendapatkan produk Shaklee secara terus ke rumah anda. Tanpa caj penghantaran, jaminan produk terus ke tangan anda tanpa anda ragu-ragu status kesahihan sebagai penjual. Tanpa anda risau anda bakal ditipu. Usah risau.

Tips Menangani Anak Mudah Menangis

Anak-anak menangis merupakan perkara biasa yang perlu kita lalui sebagai ibubapa. Namun, adakah menangis ini perlu dituruti setiap waktu atau ibubapa perlu memainkan peranan dalam menangani anak yang kuat menangis ini? Adakah ianya juga perlu dijadikan sebagai salah satu pendidikan yang perlu kita terapkan dalam jiwa anak-anak yang semakin membesar? InsyaAllah petang ini saya ingin berkongsi bersama ibu-ibu semua tentang beberapa tips menangani anak yang mudah menangis ini. 

Thursday, October 2, 2014

Promo Buy 6 Free 1 Energizing Soy Protein: Faedah yang Bakal Anda Miliki

Kebanyakan dari anda semestinya sudah mengetahui mengenai Promo Shaklee bulan Octobr 2014 ini adalah Energizing Soy Protein (ESP). Atau mungkin ramai yang masih belum mengetahui? Namun, apakah faedah yang bakal anda miliki sekiranya grab dengan membuat pembelian Promo buy 6 free 1 ini? Adakah kelebihan tertentu yang bakal anda perolehi? Nak tahu bagaimana anda boleh memperolehi kelebihan tersendiri dengan membuat pembelian Buy 6 Free 1 ini? Ikuti huraian lanjut saya, Pengedar Shaklee Klang anda tentang kelebihan yang bakal anda perolehi dengan pembelian ESP 6 bekas dalam 1 resit.

4 Tips Bijak Memasak Ibu Bekerjaya

Memasak merupakan salah satu tanggungjawab para ibu yang tidak boleh lari dalam kehidupan berumahtangga. Malah, tugas ini tidak terkecuali samada bagi surirumah mahupun ibu bekerjaya. Tetapi, cabarannya mungkin lebih tinggi bagi ibu bekerja kerana masa yang agak terhad ketika di rumah. Mana kan tidak, apabila pulang dari pejabat, terpaksa menguruskan anak-anak, urusan rumah dan memasak juga tidak terkecuali. Kadang-kala ada yang mengambil jalan mudah dengan hanya membeli makanan kedai setiap hari untuk santapan keluarga. Namun, adakah anda merasa puas dengan hanya memberikan anak-anak anda masakan kedai atau warung makan setiap hari. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda menguruskan masa anda sekaligus dapat memasak untuk suami dan buah hati si kecil kesayangan anda.

Wednesday, October 1, 2014

Energizing Soy Protein dan Meal Shakes: Promo Shaklee October 2014


Sudah tentu ramai yang sedang menanti apakah promo bulanan Shaklee untuk October ini bukan? Seronok memang seronok bagi kami, Pengedar Shaklee Klang menanti pengumuman promo bulanan setiap awal bulan. Seperti kebiasaan pagi ini menanti lagi pengumuman Promo dari Shaklee. Alhamdulillah akhirnya dapat pengesahan begini "RM0.00 Shaklee: Oct'14 Buy 6 Free 1 Promotion - ESP Soy Protein Isolate Powder (00P209) DN900, 234UV, Place your order now! TQ"

15 Rahsia Awet Muda untuk "Hot Mama" SIRI 2

Kesihatan merupakan antara aspek penting yang perlu dititiberatkan oleh semua wanita terutamanya dan tidak ketinggalan juga kaum lelaki. Beberapa hari lalu saya telah berkongsi dengan anda semua 5 Rahsia Awet Muda "Hot Mama". InsyaAllah hari ini, saya akan berkongsi dengan anda semua 15 rahsia awet muda buat ibu-ibu yang mementingkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan.