Tuesday, January 13, 2015

3 Senaman Mudah Kecilkan Paha dengan Cepat dan Efektif

Paha besar merupakan dilema biasa bagi seorang wanita khususnya. Sangat jarang lelaki memiliki paha yang besar. Rasa malu, segan dan kurang keyakinan diri menjadi antara faktor seorang wanita bersungguh berusaha mengecilkan paha mereka yang besar.

Senaman merupakan cara terbaik untuk mengecilkan paha yang besar. Namun, senaman bagaimanakah yang boleh membantu mengatasi masalah ini agar anda memiliki paha yang kecil sesuai dengan tubuh anda?

Monday, January 12, 2015

Sesi Persekolahan 2015: 10 Tips Ibubapa Hebat Bantu Anak Suka Belajar

10 tips ibubapa bijak bantu anak suka belajar
Setelah cuti persekolahan disambung lebih seminggu yang lalu, hari ini bermulalah rutin harian bagi seorang yang bergelar guru dan pelajar. Selamat kembali memulakan sesi persekolahan 2015 teman-teman guru dan adik-adik anak-anak sekalian. 

Sudah pastinya, bagi ibubapa juga turut mula extra sibuk menguruskan urusan anak-anak sekolah bukan? Kembali kepada rutin harian. Apa pun, semoga sesi persekolahan 2015 ini bakal dilalui dengan penuh semangat.

Saturday, January 10, 2015

2015 Tahun Sukar? Tips Mendepani Cabaran Ekonomi 2015 dengan Hikmah

Sejak 2 hari yang lalu, Group Whatsapp rakan-rakan kampus saya dahulu hangat membincangkan mengenai cabaran ekonomi 2015 yang sudah mula dirasai oleh segenap lapisan. Sedikit sebanyak ia menimbulkan perasaan takut dan gerun untuk menghadapinya. 


Fikiran saya juga turut berlegar-legar mengenai perbincangan ini. Namun, bagaimanakah cara terbaik untuk kita mendepani cabaran ekonomi 2015 ini dengan baik? Sudahkah mempersiapkan diri dengan langkah dan plan tindakan? 

Friday, January 9, 2015

Tips Mengatasi Masalah Kulit Sering Mengelupas

Vitamin C membantu atasi masalah kulit mengelupas
Terasa malu apabila kulit muka sering mengelupas kan? Rasa kurang keyakinan diri, segan dan hilang semangat untuk berhadapan dengan orang lain merupakan dilema biasa yang dialami bagi mereka yang mengalami masalah pengelupasan kulit kronik.

Pengelupasan kulit ini merupakan satu proses biasa bagi manusia. Namun, kebiasaannya ia hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Apabila kulit muka anda mengelupas dan berlaku dalam tempoh yang agak lama, anda perlu risau tentang masalah ini. Apakah punca kulit mengelupas?

Thursday, January 8, 2015

Keunikan Kulit Manusia yang Jarang Disyukuri

Suasana sejuk hujan petang ni hingga terasa ke tulang, buatkan saya tiba-tiba terfikir sejenak, apa la akan jadi yer kalau badan kita takde lapisan kulit?

Pernah tak kalian terfikir sejenak tentang struktur kulit kita? Tapi, jarang-jarang kita sedari apatah lagi kadang kala untuk mensyukuri nikmatnya yang satu ini bukan?

Wednesday, January 7, 2015

Tips Menjaga Gigi Anak Sentiasa Putih dan Bersih sebagai Langkah Membina Keyakinan Diri

Gigi merupakan salah satu aset penting seseorang individu apabila berkomunikasi.

Percayakah anda, memiliki gigi yang putih dan bersih juga merupakan salah satu cara untuk membina keyakinan diri anak-anak dari kecil? Mengapa?  

Sunday, January 4, 2015

Falsafah Shaklee: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam Part II

Penubuhan setiap syarikat tentunya mempunyai Misi, Visi dan Falsafah yang tersendiri. 

Begitu juga dengan syarikat supplemen Shaklee. Apatah lagi ia berkait dengan produk kesihatan. 

Saturday, January 3, 2015

Triple Promo Januari 2015 Yang Benar-Benar Mengujakan!

Vivix, Alfalfa dan VitaLea Children pilihan Promo Shaklee Januari
Alhamdulillah, hari ini telah memasuki hari ketiga dalam tahun baru 2015. Sekaligus hari ini juga kita menyambut maulidurRasul (Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW).

Seperti saya, kalian dan sesiapa sahaja di luar sana, anda sudah tentunya mempunyai azam dan impian yang tersendiri bagi tahun 2015. Tidak kira sama ada anda ingin memberikan lebih kebaikan kepada diri dan manusia lain atau apa-apa sahaja impian anda.

Tidak ketinggalan juga dengan syarikat supplement no. 1 iaitu Shaklee dalam memberikan kebaikan kepada kesihatan semua insan. Mahu tahu apa yang Shaklee berikan sebagai promo sepanjang Januari ini? Jeng jeng jeng…

Friday, January 2, 2015

Rahsia Usahawan Berjaya Pikat Pelanggan dengan ‘5 Lampu Ajaib’ yang Perlu Anda Bongkar

Alhamdulillah memasuki fasa tahun ke-4 menceburkan diri dalam bidang bisnes ini. Banyak pengalaman, suka duka dalam berurusan dengan supplier, pelanggan dan juga rakan niaga.
                           
Mungkin bagi sebahagian orang mengatakan bisnes ini bukanlah perlukan komited dan perancangan bersungguh. Namun, hakikatnya ia sangat memerlukan ilmu terutamanya berkaitan dengan memikat hati pelanggan. Tanpa pelanggan, siapa lah kita sebagai penjual bukan?

Nak tahu apa tips mudah yang kerap digunakan usahawan berjaya dalam memikat hati pelanggan yang jarang peniaga sedari? Jom ikuti sharing saya pada hari Jumaat yang penuh barakah ini..

Thursday, January 1, 2015

Kelas Asas Jutawan Pembakar Semangat Pembukaan Tirai Tahun 2015

Salam Tahun Baru 2015 saya ucapkan kepada semua rakan-rakan pembaca. 2014 banyak meninggalkan kenangan, pengalaman, suka dan duka kehidupan. Semoga tahun 2015 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua.
                                         
Mungkin bagi anda, 1 Januari yang kebiasaannya merupakan cuti umum negara, memberikan peluang buat anda dan keluarga menghabiskan masa sepenuhnya dengan beristirahat dan bersiar-siar.

Namun, tidak bagi saya dan suami isteri..