Showing posts with label Kesihatan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Bayi. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Benarkah Asuhan Anak Bijak Bermula dari Kandungan? Apakah rahsianya..

Anak yang bijak merupakan dambaan bagi semua ibubapa selain daripada miliki anak yang soleh dan solehah. Namun, benarkah asuhan untuk memiliki anak yang bijak ini bermula sejak dari dalam kandungan lagi? Atau mungkin ianya bermula seawal umur 6 bulan selepas kelahiran melalui pembelajaran tertentu? Salah faham di kalangan ibubapa mengenai pembelajaran dan pembentukan minda dan otak anak-anak kadang kala menjadi punca kepada ibubapa terlepas peluang memulakan asuhan seawal usia yang mungkin.

Friday, October 31, 2014

Apabila si Kecil Muntah-Muntah

Muntah di kalangan anak kecil merupakan satu perkara normal terjadi sebagai ibubapa. Namun, kadangkala ia menjadi kerisauan kepada kita. Langkah yang terbaik apabila anak muntah luar biasa adalah dengan menemui doktor. Tetapi, sekiranya ia masih bukan pada tahap yang membimbangkan, beberapa langkah awal boleh dilakukan oleh anda. Bagaimana? Ikuti sharing saya pada entri kali ini. 

Friday, October 24, 2014

Anakku Tak Suka Makan Ubat! Macam mana nak buat?

Anak tak sihat? Anak demam? Anak sakit? Selesema? Alahhaiii... Bile datang time anak tak sihat, mula la ibu ayah duk risau. Lebih-lebih lagi bila anak yang jenis tak suka makan ubat. Susah benar nak makan ubat? Macam mana nak buat? Pergi hospital pun buat sedapkan hati yang gundah gulana. Asalkan doktor dah cek. Ambil ubat lagi. Tapi, bila sampai masa nak berikan ubat pada anak, totally failed bila anak reject! Sure bertambah risau kan? Lebih-lebih lagi demam yang berlarutan.. Beberapa hari tak juga kebah. Ataupun, selesema yang berpanjangan, batuk yang berpanjangan. Demam on off saja. Rujuk doktor sudah, tapi memberi makan ubat itu yang selalu menjadi masalah pada sebahagian ibubapa.. 

Monday, October 20, 2014

Rahsia Kenapa Saya Sukakan "Fully Breastfeeding".. Anda Bagaimana?

Menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Saya yakin dan percaya semua ibu mengimpikan untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Namun, kadangkala beberapa sebab dan faktor tertentu yang menjadi penghalang seseorang itu tidak dapat menyusukan ibu sepenuhnya. Mungkin anda juga sedang menanti cahaya mata. Mungkin juga sedang berfikir-fikir samada ingin memulakan penyusuan sepenuhnya atau memilih susu formula sebagai pilihan anda. Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengapa saya sangat suka memilih penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk anak saya. 

Sunday, October 12, 2014

Punca-Punca Pendarahan Awal Kehamilan?


"Tahniah, anda hamil 5 minggu!" Ucapan ini tentunya sering dinanti-nantikan bagi pasangan yang sekian lama menanti cahaya mata bukan? Namun, tidak ke semua wanita hamil dapat meneruskan kehamilan sehingga bulan ke-9 kandungan. Kajian turut menunjukkan bahawa kira-kira 10-20% wanita hamil mengalami keguguran sebelum minggu ke-20 dan 80% lagi berlaku selepas 12 minggu iaitu 3 bulan awa kehamilan. kebiasaannya, keguguran sudah tentunya dikaitkan dengan pendarahan. Namun, adakah semua pendarahan yang berlaku di awal kehamilan adalah petunjuk kepada keguguran? Entri kali ini saya tidak akan membincangkan tentang pendarahan punca keguguran. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendarahan ringan yang berlaku di awal kehamilan. Take note yer ibu-ibu hamil sekalian.. Adakah pendarahan yang berlaku adalah pendarahan biasa atau pendarahan keguguran.. Ikuti sharing ringkas saya mengenai isu ini.. 

Friday, October 10, 2014

5 Cara Melegakan Kekejangan Kaki Ketika Hamil

Kekejangan kaki ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung. Kadangkala situasi ini turut mengganggu aktiviti harian wanita hamil. Atau mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita hamil. InsyaAllah hari ini nak share 5 cara mudah mengelakkan atau melegakan kekejangan kaki ketika hamil..

Wednesday, September 24, 2014

10 Tips Bantu Anak Tidur Lena Waktu Malam

"Arggghhh..susahnya anak saya mahu tidur malam? Dah tidur, tak lena pula!" Letih esok nak ke pejabat lagi? Saya yakin dan percaya, dilema anak sukar mahu tidur waktu malam ini merupakan salah satu masalah yang mungkin menjadi punca anda tertekan dan tidak cukup rehat. Tetapi, adakah mungkin anda mampu mengubah tabiat tidur anak berdasarkan tips tertentu yang boleh menjadi panduan buat anak anda tidur lena? InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi bersama ibubapa sekalian beberapa tips membantu anak anda tidur lena..

Tuesday, September 23, 2014

10 Tips Bijak Tangani Anak Susah Makan

Situasi anak susah nak makan atau dalam erti kata lain tidak mahu makan yang disediakan oleh ibu merupakan salah satu masalah biasa dalam proses pembesaran anak-anak. Situasi ini bukan hanya dilalui oleh segelintir ibubapa, namun ianya biasa dilalui oleh semua ibubapa. Bagaimana anda menangani masalah ini secara bijak? Adakah anda hanya memilih membiarkan dan mengikut saja pilihan anak-anak atau anda punya cara sendiri untuk menangani masalah ini. Bagi ibubapa yang masih tercari-cari solusi untuk mengatasi masalah ini, malam ini saya ingin kongsikan bersama anda beberapa tips kreatif yang mungkin boleh membantu anak anda untuk makan secara sihat. Ikuti kupasan lanjut seterusnya..

Friday, September 12, 2014

9 Tips Ransang Penghasilan Susu Ibu

Tahukah anda, pada hakikatnya pengeluaran susu ibu perlu diransang?

Ia seumpama anda memetik suis. Selepas kelahiran, anda perlu terus memberikan susu anda kepada bayi anda sebagai 'signal' kepada otak agar mula bekerja untuk menghasilkan susu ibu. Walaupun begitu, ransangan ini perlu diteruskan. Selagi anda menyusukan bayi anda, dan semakin kerap anda menyusukan bayi anda, maka semakin baiklah juga penghasilan susu anda buat si kecil.

Monday, September 8, 2014

1001 Kebaikan Menyusukan Bayi

Menyusukan bayi bukanlah satu perkara yang mudah.. Namun, tanpa kita sedari, hakikatnya menyusukan bayi ini bukan saja memberikan manfaat kepada ibu, malah kepada anak juga, keluarga malah masyarakat..

Oh betul ke masyarakat termasuk sekali dalam kebaikan menyusu bayi dengan susu ibu? Haaa..meh nak share..

Makanan Tambahan VS Makanan Harian Anak-Anak

Makanan tambahan pengganti makanan harian?
Benar atau salah pernyataan ini? 


Mungkin anda pernah mendengar atau terpedaya tentang makanan tambahan adalah 'pengganti' kepada makanan harian anak anda. Tetapi hakikatnya ia adalah satu kesilapan. Mengapa? Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian saya berkaitan isu ini.. 

Saturday, September 6, 2014

7 “Do and Don’t” Ketika Melayan Waktu Makan Anak

Tips ketika anak makan
Tahukah anda, waktu makan anak-anak merupakan saat yang paling penting yang perlu dititik-beratkan oleh semua para ibu khususnya dan ayah amnya sebagai pembantu.

Kerana apa agaknya? Saya yakin dan percaya sudah tentunya anda merupakan ibu-ibu yang punya pengetahuan dan ilmu menguruskan dan mengendalikan anak-anak anda termasuk pengendalian waktu makan.

Friday, September 5, 2014

Keajaiban Kolostrum Susu Ibu yang Tiada Tandingan!

Kolostrum? Apa tu?

Mungkin bagi ibu-ibu baru masih belum maklum tentang apakah dia kolostrum.. Mungkin juga ada di kalangan ibu yang telah sekian lama memiliki cahaya mata, tetapi masih tidak mengetahui tentang keajaiban kolostrum juga. Bilakah terhasilnya kolostrum daripada susu ibu.

Thursday, September 4, 2014

5 Tips Membantu Penyusuan Susu Ibu Menjadi Lebih Mudah

Penyusuan susu ibu sepenuhnya bukanlah satu tugas yang mudah. Ya, sangat susah!!! Ibu-ibu yang menganggap penyusuan susu ibu itu mudah memang sangat hebat orangnya.

Namun, adakah disebabkan kesukaran ini menjadi punca kepada ibu-ibu untuk tidak menyusukan bayi anda secara eksklusif? Sebenarnya, biarpun penyusuan eksklusif itu jalannya sukar, terdapat beberapa tips yang mungkin membantu keyakinan anda untuk teruskan penyusuan agar anda melalui fasa ini dengan lebih mudah dan senang hati.

Ingin mengetahui bagaimana? Mari ikuti beberapa tips yang saya petik point utamanya daripada buku penulisan Wardina Safiyyah yang bertajuk "Mama..Saya Lapar". untuk dikongsikan bersama anda ibu-ibu hebat..

Wednesday, September 3, 2014

Adakah Ruam Panas Membahayakan?

Ruam panas membimbangkan? Sukar nak hilang?

Saya yakin dan percaya sepanjang anda menjadi ibubapa, tentu masalah ruam ini sering anda lalui bukan? Jangan risau, ruam panas bukanlah membahayakan. Namun, ianya mungkin memberikan ketidakselesaan kepada bayi anda.

Tuesday, September 2, 2014

Bayi Jaundice (Kuning): Punca, Risiko dan Cara Rawatan

 Baby Jaundice? Apakah Jaundice? Bagaimanakah ia boleh berlaku? Apakah puncanya? Apakah ianya berisiko sehingga boleh mengancam bayi anda? Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah bayi Jaundice ini?

Tahukah anda, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan mempunyai risiko 80% untuk menghidapi jaundice berbanding 50% daripada kelahiran cukup matang. Kebiasaannya, Jaundice pada kelahiran tidak cukup matang mengalami masalah ini lebih lama berbanding bayi yang cukup matang.