Monday, September 7, 2015

Apa Pentingnya Asid Folik ketika Anda Hamil?

asid folik penting untuk bayi dalam kandungan
Saya masih teringat bila mula saja buat pendaftaran buku hamil di Klinik Kesihatan Desa, tidak ketinggalan doctor bekalkan sepapan pil kecil-kecil berwarna kuning. Bila makan je, hmmm bau dia tak tahan! Kuat sungguh kan?


Pada ketika itu, saya sendiri tidak mengetahui mengapa perlu ambil asid folik. Firasat saya mungkin makanan biasa ibu hamil kot. Kini, baru saya sedari hakikatnya pengambilan asid folik ketika hamil sangat penting untuk kesihatan janin selepas kelahiran.

Masih belum terlambat bagi anda untuk mengetahui apakah sebenarnya tujuan doktor membekalkan pil kecil asid folik itu setiap kali kita membuat rawatan susulan kehamilan. 

Asid folik memainkan peranan penting dalam kebanyakan sistem dan fungsi tubuh manusia daripada peringkat DNA sehinggalah kepada metabolisme untuk menghasilkan tenaga. 

Bilakah waktu penting pengambilan asid folik? 


Pada kebiasaannya, bagi mereka yang merancang untuk hamil, adalah sebaiknya sudah memulakan pengambilan asid folik kerana ianya membantu kesihatan sperma bagi lelaki dan kesihatan ovum bagi wanita. 

Bagi wanita hamil pula, 12 minggu awal merupakan tempoh kritikal yang memerlukan pengambilan asid folik. 

Mengapa? Kerana pada trimester awal ini perkembangan otak dan saraf bayi berkembang dengan sangat cepat. 

Apabila kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga, pengambilan asid folik boleh dihentikan. Namun, tiada mudarat seandainya diteruskan pengambilan mengikut saranan biasa para doktor untuk terus mengambil asid folik sehingga kelahiran. 

Berapakah dos yang disarankan?


Dos yang disarankan bagi wanita biasa adalah 400 mcg (0.4 mg). Namun, bagi wanita hamil disarankan untuk mengambil sebanyak 600-800 mcg asid folik sehari.   


4 sebab asid folik penting untuk wanita hamil dan bayi



Tahukah anda, ini antara 5 sebab kenapa asid folik penting buat anda (ibu hamil) dan bayi dalam kandungan:

  1. Mengelakkan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Anda boleh baca lanjut penulisan Dr. Zubaidi berkaitan kecacatan saraf atau neural tube defect ini. 
  2. Mengelakkan kecacatan otak selepas kelahiran. 
  3. Mengurangkan kebarangkalian mendapat anak yang terbelah bibir dan lelangit. 
  4. Membantu mengawal kandungan gula dalam tubuh ibu hamil yang menjadi punca kepada diabetes sehingga menjejaskan kesihatan janin. 
Kecacatan saraf tunjang atau dikenali sebagai spina bifida

Sudah jelas kan? Bukan sekadar suka-suka nurse atau doktor sarankan kita ambil asid folik sepanjang hamil. Bukan sekadar suka hati mereka memarahi kita seandainya abaikan pengambilan asid folik yang dibekalkan tersebut.

Untuk siapa? Untuk kesihatan anda dan bayi juga kan? So, jangan culas-culas lagi selepas ini untuk ambil asid folik secara konsisten yer.

Anda juga boleh membuat pilihan samada ingin mengambil asid folik yang dibekalkan oleh doktor mahupun beli sendiri di farmasi atau memilih supplement yang lengkap dengan keperluan vitamin B yang diperlukan oleh ibu hamil seperti B-Complex yang saya amalkan ini.

Semoga bayi yang anda kandungkan sihat dan sempurna sifat, insyaAllah dengan izinNya jua..





Rujukan:
  1. http://drzubaidi.com/blog/faedah-asid-folik-kepada-kesuburan-dan-kehamilan/ 
  2. http://drzubaidi.com/blog/anak-lahir-tiada-tempurung-kepala-petanda-bagi-neural-tube-defects-ntd/

No comments:

Post a Comment