Friday, February 5, 2016

Bahaya Mengurut Ketika Hamil di Bahagian Abdomen dan Perut

Mengurut di kalangan wanita khususnya menjadi satu perkara biasa terutamanya selepas wanita bersalin. Menggunakan khidmat bidan-bidan kampung, dengan sapuan minyak tertentu sudah tentu memberi kelegaan kepada tubuh. 

Namun, bagaimana pula dengan urutan ketika anda hamil? Adakah ia selamat dan sesuai untuk dilakukan ketika anda hamil? Mungkin ini yang anda perlu tahu!

Saya juga merupakan seorang ibu yang suka mencari khidmat bidan kampung untuk membuat urutan apabila demam atau sakit-sakit badan. 

Pernah juga sewaktu hamil dahulu pergi mengurut. Alhamdulillah, bidan tidak mengurut di bahagian perut. 

Waktu itu mungkin saya tidak tahu akan hakikat bahaya mengurut di bahagian abdomen dan perut. Kalian bagaimana? 

Mengurut di bahagian abdomen dan perut ketika anda hamil boleh mendatangkan risiko kepada nyawa bayi anda dalam kandungan!

Mengapakah wanita kebiasaannya mengurut ketika hamil? 


Mungkin ini antara sebab kenapa ibu mengandung membuat urutan ketika hamil:  
  1. Anak dalam kedudukan sonsang
  2. Uri berada di bawah
  3. Rahim jatuh
  4. Sengal-sengal badan 

Namun, adakah semua bahagian tubuh sesuai untuk anda lakukan urutan ketika hamil?


Anda boleh membuat urutan kecuali di bahagian abdomen dan perut anda perlu elakkan. 

Apakah bahaya mengurut ketika hamil? 

Berikut merupakan antara kesan anda mengurut ketika hamil di bahagian abdomen dan perut :
  1. Risiko tali pusat berbelit
  2. Risiko bayi lemas di dalam kandungan
  3. Risiko tumpah darah  

So, jangan pandang enteng dengan kesan mengurut di bahagian tertentu ketika hamil ni yer.

Jaga kandungan anda sebaiknya! 

No comments:

Post a Comment