Sunday, January 12, 2020

Kepentingan Omega 3 kepada Kanak-Kanak

Kebiasaannya, bila bercakap tentang anak-anak, sudah semestinya kita mahukan anak yang sihat, cergas dan bijak otaknya bukan?

Tetapi, ianya bukan dapat dimiliki secara semulajadi selepas dilahirkan. Ia juga mempunyai kaitan dengan pemakanan, gaya hidup, didikan ibubapa terhadap anak-anak.

Jika mahu mengulas panjang tentang keperluan anak-anak, skopnya teramat luas untuk dibincangkan bukan?

Hari ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda tentang kepentingan Omega 3 kepada tubuh anak-anak khususnya bahagian otak atau minda anak-anak.

Apakah itu Omega 3?


Omega 3 lebih dikenali sebagai asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang bagus untuk menajamkan minda dan otak. 

Biarpun begitu, EPA dan DHA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri. Kita memerlukan ia dari sumber luaran. 

Apakah Kepentingan Omega 3 kepada Kanak-Kanak? 


Antara kepentingan Omega 3 kepada kanak-kanak adalah seperti berikut :
  1. Meningkatkan daya tahan tubuh
  2. Meningkatkan daya ingatan dan minda anak-anak
  3. Menguatkan daya ingatan anak-anak
  4. Baik untuk mata dan penglihatan
  5. Memberikan kesihatan kepada kulit
  6. Baik untuk imun tubuh dan mengatasi masalah asthma

Sudah mengenali apakah itu Omega 3 dan kepentingannya?

Sudah pasti selepas ini ibuayah mahu memberikan yang terbaik kepada tubuh dan minda anak-anak bukan?

Namun, pastikan pengambilan Omega 3 yang anda pilih buat anak-anak benar-benar sumber Omega 3 yang terbaik daripada minyak ikan tulen, bukan minyak hati ikan. 

Moga-moga dengan pengambilan sumber makanan yang baik membantu tumbesaran dan minda anak-anak agar menjadi anak yang bijak, kuat mindanya khususnya bagi mereka yang menghafal al-Qur'an.

No comments:

Post a Comment