Tuesday, November 26, 2013

NEVER LOSE HOPE....

JANGAN PUTUS HARAPAN, WAHAI INSAN YANG BERDUKA CITA...



Kehidupan yang dilalui manusia, penuh dengan suka dan duka...

Terkadang seorang insan terduduk memikirkan nasibnya... Melihat orang lain berada di dalam kegembiraan dan kebahagiaan.. Dan merasakan hidup kita ini penuh dengan penderitaan apabila ditimpa musibah.. NAMUN adakah kita benar-benar faham apa itu kebahagaian dan ketenangan di dalam hidup...

Ramai orang yang salah sangka tentang kebahagiaan dan kegembiraan di dalam hidup.

Ramai yang mengaitkan kebahagiaan di dalam hidup dikaitkan dengan faktor kekayaan dan harta..

Ramai orang yang tidur di atas tilam yang empuk, tetapi tidurnya tidak lebih lena jika dibandingkan dengan orang yang tidur di atas tikar...

Ramai orang yang makan makanan yang nampak sedap dengan lauk-pauk yang banyak, namun mungkin lebih enak lagi orang yang makan dengan lauk yang sedikit...

Kita sering mengeluh di atas musibah yang kita lalui..

Berapa ramai dikalangan kita yang ketika berada di dalam keperitan, merasakan tiada harapan lagi di dalam kehidupan, namun ALLAH mengeluarkan kita dalam kesempitan kehidupan itu... Kini kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik...

Allah berkuasa mencampakkan kesedihan di dalam diri insan tanpa mengira siapa insan itu..

Apabila insan itu bersedih, dia  akan mencari jalan untuk keluar daripada kesedihan..

Berapa ramai orang yang menemui Allah ketika dia bersedih... 

Dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia bahagia..

Kita selalu berdoa supaya dihindarkan daripada dukacita, NAMUN sering kali dukacita itu  berjaya membawa insan itu kepada ALLAH...

Ada orang yang tidak suka membaca Al-Quran, tetapi disebabkan peristiwa sedih, dia mencari Al-Quran..

Ada orang yang tidak suka solat, tetapi disebabkan kesedihan, dia bangun ditengah malam..

Terkadang solat ketika sedang bersedih itu terlebih khusyu' dan memberi kesan jika dibandingkan dengan solat di dalam keadaan tenang..

Jika Allah tidak mencampakkan kita dalam kesedihan dan dukacita, mungkin kita akan sentiasa lalai dengan kehidupan kita.. Allah membawa kita keluar daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat melalui dukacita...

Islam tidak pernah meletakkan apa-apa perantaraan antara manusia dan Tuhan..
Bila-bila masa sahaja, siapa sahaja... tanpa mengira warna kulit mahupun bahasa...
Kita boleh terus berhubung dengan Allah... DIALAH SEBAIK-BAIK HARAPAN KITA UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN..


Kita sering lupa, bahawa kita masih punya kehidupan di akhirat dan itu adalah sebaik-baik harapan kita..

Apabila insan melihat dunia ini melalui sisi pandang akhirat, dia akan melihat dunia ini sangat kecil... Kehidupan akhirat adalah lebih luas...



Enjoy your life


No comments:

Post a Comment