Monday, August 25, 2014

Gangguan Tidur: 9 Tips Mendapat Tidur yang Nyenyak

Anda mengalami masalah gangguan tidur di waktu malam? Rasa tidak selesa? Sukar untuk pejamkan mata?

Tahukah anda, terdapat beberapa tips yang boleh menjadikan tidur anda lena. Ingin tahu bagaimana? Mari ikuti 9 tips berikut untuk menjadikan tidur anda lebih lena:
1) Tidur dalam keadaan gelap 
Dalam keadaan gelap, hormon melatonin yang berperanan dalam sistem biologi tubuh akan bekerja. Hormon inilah yang membuatkan zeseorang merasa mengantuk dan tertidur. Suasana gelap ketika anda tidur pada waktu siang juga membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak.

2) Jangan sesekali mengambil makanan berat, masam, pedas sebelum anda tidur.
 Perut kosong juga tidak digalakkan untuk dibawa tidur. Sekiranya perut lapar, anda boleh mengambil makanan seperti roti, biskut berkhasiat mahupun bijirin.

3) Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, nikotin dan alkohol. 
Minuman seperti ini akan menyebabkan sistem otak terus terjaga. Minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi juga tidak elok untuk diambil kerana kadar gula dalam minuma tersebut memberi tenaga pada otak dan menyebabkan anda lewat masuk tidur

4) Minum susu panas sebelum tidur
Minum susu sebelum tidur dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih awal kerana kandungan asid amino di dalamnya sangat membantu tidur anda.

5) Pastikan tempat tidur bersih dan selesa.
Pastikan tempat tidur anda sentiasa bersih, selesa dan kemas. Persekitaran bilik tidur juga haruslah kemas dan menenangkan supaya anda lebih mudah untuk tidur dan berasa aman selesa.

6) Jadikan tempat tidur hanya untuk tidur
Ramai orang yang menjadikan tempat tidur sebagai tempat belajar, makan, longgokan pakaian dan sebagainya. Ubah cara anda dan jadikan tempat tidur hanya untuk tidur sahaja.

7) Pasang alunan muzik ringkas dan lakukan terapi sebelum tidur
Seandainya anda sukakan muzik beralun lembut, pasangkan muzik kegemaran anda. Anda juga boleh menggunakan lilin beraroma supaya tidur anda lebih lena.

8) Elakkan mengambil ubat tidur!
Berhati-hati dalam pengambilan sebarang ubat terutamanya yang dibeli di farmasi. Dapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar. Elakkan amalan mengambil ubat tidur untuk pastikan anda tidur lena kerana pada hakikatnya ubat tidur ini mampu memberikan kesan jangka panjang di masa hadapan.

9) Baca doa dan ayat-ayat pelindung bagi Muslim
Kalau semua cari dah cuba, tapi masih belum berhasil, amalkan baca doa, ayat-ayat pelindung bagi yang beragama Islam. Moga Allah mudahkan urusan kita, insyaAllah.

Mungkin juga anda ingin menggunakan cara yang lebih selamat dengan memperbaiki sistem tubuh anda. Jangan tak tahu, pengambilan supplement juga membantu tidur anda agar lebih baik dan lena tanpa menggunakan sebarang ubat tidur!




OsteMatrix Shaklee boleh membantu tidur anda lebih lena..

Jom kita lihat testimoni di bawah..




Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah




No comments:

Post a Comment