Suasana sejuk hujan petang ni hingga terasa ke tulang, buatkan saya tiba-tiba terfikir sejenak, apa la akan jadi yer kalau badan kita takde lapisan kulit?
Pernah tak kalian terfikir sejenak
tentang struktur kulit kita? Tapi, jarang-jarang kita sedari apatah lagi kadang kala untuk mensyukuri nikmatnya yang satu ini bukan?
Anugerah Allah yang menciptakan kulit sebagai anggota bahagian tubuh
yang paling besar dimiliki oleh manusia dengan pelbagai fungsi disebaliknya. Alhamdulillah!
Sekiranya dilihat dari sudut warna
kulit pun, kita dah lihat perbezaan dan keunikannya bukan? Agak-agak kenapa yer warna kulit
kita berbeza? Warna kulit saya berbeza dengan suami saya, berbeza dengan adik saya. Kenapa yer agak-agak?
Ada yang putih, hitam, sawo matang, pinkish dan sebagainya. Tentu ada sebab..
Saiz Kulit Manusia
Manusia Dewasa: Secara puratanya,
orang dewasa memiliki luas permukaan kulit antara 1.5-2.0 meter persegi. Tebalnya
antara 2-3 mm (0.10 inci).
Namun, rata-rata memiliki
ketebalan 1 inci persegi (6.5 cm²)
yang bertindak memelihara 650 kelenjar peluh, 20 pembuluh darah, 60 000
melanosit dan lebih 1000 hujung saraf manusia.
Kenali Komponen Kulit Manusia
Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
- Epidermis :
Lapisan kulit paling luar yang ‘kalis’ air dan menjadi penghalang
berlakunya infeksi. Turut membantu kulit mengawal suhu badan.
- Dermis : Bahagian
lapisan kulit selepas epidermis yang menjadi pusat hujung saraf seperti
deria rasa dan suhu.
- Hipodermis :
Bukan sebahagian daripada kulit. Terletak bawah lapisan dermis yang berfungsi
sebagai penyambung antara kulit dengan otot dan tulang serta pembuluh
darah dan saraf. Sebanyak 50% lemak terletak di bahagian ini.
3 lapisan kulit manusia (Epidermis, Dermis, Hipodermis) |
Kulit manusia penghubung kepada otot, saraf dan tulang manusia |
Fungsi kulit manusia pada anggota tubuh lain
Hakikatnya, kulit manusia memberikan peranan yang sangat besar kepada anggota tubuh manusia yang lain.
Apa akan jadi andai anggota tubuh kita tidak diselaputi kulit seperti haiwan ini?
Bayangkan manusia tanpa kulit sebegini... |
Antara fungsi kulit manusia adalah:
- Pengawalan suhu badan
- Melindungi tubuh daripada patogen
- Menyingkir air dan bahan kumuh (urea, asid urik dan garam berlebihan)
- Elak kehilangan air secara berlebihan
- Isolasi/Pemisahan antara kulit luar dan organ dalaman
- Membentuk vitamin D
- Perlindungan kepada vitamin B
- Mengelakkan luka akibat kepanasan
- Mencegah jangkitan penyakit
- Menyimpan lemak yang membantu menahan suhu sejuk
- Melindungi daripada sinar ultraungu
- Bertindak sebagai organ deria
- Mencegah kecederaan
Subhanallah.. Ini merupakan sebahagian fungsi kulit manusia yang dapat difikirkan oleh kajian dan akal manusia yang terbatas.
Ini belum termasuk lagi bab perbezaan warna kulit setiap orang bukan?
Siapalah kita untuk menidakkan penciptaan Allah yang sangat hebat ini. Malah, seharusnya kita mensyukuri nikmat ini setiap ketika, setiap masa di mana jua bumi dipijak.
Berikanlah perawatan terbaik untuk kulit kita agar ianta sihar dan terawat dengan baik. Makan makanan yang berkhasiat agar kulit sihat.
ReplyDelete3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari
Yup, kulit juga harus dijaga supaya ia dapat menjalankan fungsinya dengan baik.. Kene jaga dari dalam..
DeleteNi baru cerita tentang kulit. Subhanllah hebat ciptaanNya.
ReplyDeleteYup, sungguh..Subhanallah, Maha Suci Allah..^_^
DeleteHebat sungguh penerangannya...lengkap sekali, dah macam subjek biologi!
ReplyDeleteIlmu mengajar kita tentang kelebihan sesuatu benda yg selama ini kita kurang ambil peduli. Benar sekali, setiap ciptaan Allah itu ada fungsi dan kepentingannya.
Ya..dengan ilmu juga membuatkan kite semakin rasa kerdil dan hina diri di hadapan Allah swt.. MasyaAllah, luasnya ilmu Allah bukan..
DeleteBagusnya info ini. Hakikatnya manusia memang jarang menghargai sesuatu yang biasa. Mungkin bila terjadi sesuatu seperti luka dan sebagainya barulah kita menghargai fungsi kulit itu sendiri.
ReplyDeleteJemput Baca: Panduan Penjagaan Ibu Hamil
Sesuai dengan sifat manusia yang sering terlupa dan terleka..hehe. Bile dah terkena baru terasa pentingnya kulit manusia ni kan..^_^
DeleteInfo yang sangat baik...betul kan kita sebagai manusia memang tak pernah nak mensyukuri nikmat yang di pinjam sementara oleh Pencipta...hebatnya ciptaan Allah swt
ReplyDeletekebaikkan vivix yang harus di ketaui umum
Manusia ni kadangkala terlalu tamak untuk merebut segala yang bukan milik kita.. Sedangkan apa yang ada depan mata kite lupe untuk syukuri..
DeleteHebatnya ciptaan yang maha esa. Tp kekadang kita terlupa tentang hebatnya kuasa Dia.
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> SUAMI SENTAP GARA-GARA MASALAH KEPUTIHAN ISTERI
Ilmu membuatkan kite sentiasa muhasabah diri Huda.. InsyaAllah Allah Maha Penyayang pada hambaNya..
Deleteselalu kenakan anak buah yang byk lemak sbb tu thn sejuk . mak usunya ni sekeping je sbb tu tak thn sejuk ... perkongsian yg bermanfaat .
ReplyDeleteHihihi kelebihan dari 1 segi bagi orang yang banyak lemak..hihihi.
Deletesalam fiza...bestnya info ni..kalo la kita ni xde kulit alangkah ngerinye...tapi kalo ade kulit tak jaga betul2 pon ngeri jugak..
ReplyDelete