Saturday, March 25, 2017

Seminar eUsahawan Percuma Kelolaan MDEC di Cyberjaya

Seminar eUsahawan Percuma MDEC di Cyberjaya
Alhamdulillah, pada 8 Mac 2017 yg lalu, saya sempat mengikuti seminar eUsahawan di bawah kelolaan Multimedia Development Corporation (MDEC) di Cyberjaya. 

Seminar yang dianjurkan selama sehari ini dijalankan secara Percuma termasuk makan tengahari. Akses internet Wifi percuma juga turut disediakan. Tak perlu anda risau. 

Apa yang perlu anda bawa bersama? 

Selain daripada buku nota, pen, dan tidak dilupakan smartphone, saya sarankan anda bawa bersama juga laptop peribadi anda.

Lebih mudah dan jelas bila menggunakan laptop. Seragam berbanding smartphone yg pelbagai bentuk dan aplikasi di dalamnya yang turut berbeza bagi setiap phone.

Apa yang saya perolehi sepanjang kelas sehari itu?

  • Memahami gerak pembeli melalui blog
  • Facebook Ads
  • Instagram
  • Teknik mengambil gambar
  • Teknik membuat poster dan banyak lagi

So, bagi anda yang baru nak mula bisnes secara online atau nak mahirkan lagi ilmu, elok sangat follow program yang dianjurkan oleh MDEC ini. Tak rugi! Sebab ianya percuma, ada follow up dan bimbingan percuma lagi.

Seminar eUsahawan MDEC Percuma

Seminar eUsahawan MDEC Percuma

Seminar eUsahawan MDEC Percuma
Foto sekitar kelas dijalankan

No comments:

Post a Comment