Wednesday, September 27, 2017

Resepi Pizza Gunting Homemade Viral

Pizza Gunting Homemade!

Sebenarnya nak buat Pizza Gunting ni tak de lah susah mana. Mudah dan simple je! Tapi almaklum la kadang-kala kemalasan tu menjengah, ditambah pula kadang-kala tangan ni tak berapa menjadi sangat kalau masak yang lain sikit dari biasa ni..haha. (Sebab dulu pernah buat, tapi tak menjadi..ahakss)

Alhamdulillah, baru-baru ini memenuhi permintaan si anak Nur Hanan untuk buat Pizza Gunting macam Mak Langnya buat. Then, menjadi pulak! 

Actually, resepi Pizza Gunting ini adalah resepi dari keluarga mertua dan adik ipar sendiri. Kalau nak tahu lanjut, boleh lawat Facebook beliau, Ummul-alifah Salim. Pandai masak orangnya, siap ambil tempahan lagi beberapa menu dan kuih moden.

Ok lah, tak mau panjangkan cerita. Meh tengok apa bahan-bahan dan cara nak buat Pizza Gunting ni. Mudah saja.

Antara bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran loyang saiz 10x10) :
  1. Roti 10 keping
  2. Serbuk kari sedikit
  3. Sosej 3 batang (Nak banyak sosej, boleh lebihkan)
  4. Ayam dipotong dadu
  5. Daging hancur
  6. Cili benggala setengah biji (Agak-agak rasa nak lebih sayur, boleh lebihkan. Ikut saiz cili juga ni)
  7. Lobak 1/2 batang dipotong dadu
  8. Bawang merah dan bawang putih untuk tumis
  9. Garam serbuk perasa secukup rasa
  10. Telur 5 biji (Kalau telur saiz kecil, tambah lagi 1 biji)
  11. Sos cili untuk topping
  12. Mayonis untuk topping
  13. Cheese brand Chedder untuk topping (Kalau tak nak guna pun boleh)
  14. Marjerin sedikit untuk sapu pada loyang

**Sayur tu boleh juga guna sayur campur (jagung, kacang pis dan lobak) dah siap tu. Tapi sebab saya tak beli sayur campur tu, sy potong dadu je lobak yang ada. 

Mari kita lihat step dia satu-persatu.  Saya sertakan gambar yer agar anda lebih mudah faham dan lihat gambaran.

Step 1 : Gunting roti menjadi potongan yang lebih kecil. Jangan gunting terlalu besar sangat. Potong dadu sosej, ayam, daging (kalau tak beli dalam pack siap), lada benggala, lobak, bawang putih dan bawang merah ditumbuk atau dimesin lumat.

Step 2 : Tumis semua bahan step 1. Masukkan bawang merah dan putih dahulu. Kemudian, masukkan serbuk kari sedikit (Jangan terlalu banyak, takut pedas). Tapi, kalau suka pedas, boleh lebihkan serbuk kari. Kemudian, masukkan ayam, daging dan sosej serta lobak. Akhir sekali, masukkan lada benggala dan garam serta serbuk perasa. Tumis sehingga siap.

Step 3 : Pukul rata 5 biji telur. Kemudian, masukkan dan gaul rata bahan step 2 yang dah siap ditumis tadi.

Step 4 : Campurkan dan gaul rata bahan step 2 dan 3 ke dalam potongan roti yang telah siap digunting tadi.

Step 5 : Sapukan loyang dengan marjerin terlebih dahulu. Masukkan bahan step 4 yang sudah digaul rata ke dalam loyang. Ratakan dan tekan sedikit roti tadi. Kemudian, bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150-170c. Jangan lupa sebelum bakar dalam oven, panaskan terlebih dahulu oven anda.

Step 6 : Setelah siap dibakar, jom kita buat topping dia pula. Sapu rata sos cili di atas pizza yang telah siap dibakar tadi. Kalau tak suka pedas, tak perlu sapu sos cili. Atau mungkin, sapuan itu anda boleh buat separuh sos cili, separuh lagi tidak bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Step 7 : Selepas sapu sos cili, anda boleh tabur parutan cheese chedder. Tapi saya tak letak parutan cheese chedder sebab cheese pun boleh tahan harga dia kan..hahaha. Kalau letak lagi sedap la. Kemudian, boleh letakkan mayonis dan hiaskan dengan hirisan 1 batang sosej yang dipotong serong kalau mahu. Kemudian, bakar semula di dalam oven selama 5-10 minit.
Taraaa.. Siap sedia untuk dimakan!
Ok, itu saja resepi step resepi Pizza Gunting Homemade ini. Mudah saja kan? Actually, bahan-bahan tu anda boleh je ubah dan tambah. Contoh, nak tambah cendawan potong atau nak guna isi ketam atau udang, pun boleh juga.

Haa apa tunggu lagi? Cepat-cepat la cuba buat resepi ni. Confirm anak-anak pasti suka!

Hmmm duk tengok gambar-gambar ni, terliur pula rasa nak buat lagi hari ni. Terima kasih buat anda yang sudi mengikuti resepi Pizza Gunting Homemade ini.

No comments:

Post a Comment