Sunday, December 3, 2017

Homestay Terbaik di Kangar, Perlis

Homestay wajib menginap di Kangar, Perlis!

Alhamdulillah, dua minggu lalu kami sempat menginap di L&A Homestay yang terletak di tengah kota Kangar, Perlis.

19-21 November 2017, kami menginap di sini sambil jalan-jalan di sekitar Perlis. Namun, tujuan utama kami ke sini adalah bagi menghadiri konvokesyen adik kami, Mohammad Zamanhuri di Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Mengapa kami sarankan anda menginap di sini? Jom follow entry ini okey.. 


Apa yang best tentang L&A Homestay ini? 


Ini antara sebab kenapa kami sarankan anda menginap di sini :

1. Homestay yang luas dan selesa (4 bilik dan 3 bilik air)


Homestay ini mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. 3 bilik disediakan katil, 1 bilik kosong tanpa katil. 

Ketika menginap di sini, kami terdiri daripada 4 pasang kelamin dan sorang bujang.


Bilik di bahagian bawah sangat sesuai untuk mak ayah yang tak larat naik tangga. 3 bilik di bahagian atas untuk kami 3 keluarga. 



Salah satu bilik di bahagian atas (bilik utama) mempunyai ruang yang sangat luas. Seolah-olah ruang bilik utama itu boleh memuatkan sebuah bilik lagi di dalamnya. Boleh bayangkan macam mana luasnya? 



Malah, 1 bilik tanpa katil sangat sesuai bagi saya sekeluarga kerana kehadiran katil mungkin menyukarkan kami untuk tidur di atas katil dengan situasi anak-anak kecil kami yang masing-masing lasak ketika tidur.



2. Ruang tamu yang luas, meja makan yang besar dan ruang makan yang selesa, dapur yang luas.


Homestay ini mempunyai ruang tamu yang luas, bahkan meja makannya juga besar memuatkan 8 orang makan. 

Homestay ini dilengkapi kipas syiling di setiap ruang yang ada. Malah, aircond juga disedikan di ruang tamu dan bilik utama.

3. Lengkap dengan kemudahan asas


Biarpun Homestay ini tidak menyediakan dapur masak dan tong gas, namun kami tetap puas hati kerana mereka menyediakan rice cooker bersaiz besar!

Puas hati dapat masak menggunakan periuk nasi sebesar itu. Siap kami sempat masak sup ayam lagi seperiuk penuh! 



Selain itu, mereka turut menyediakan kemudahan seterika, televisyen, jug elektrik, perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk, sudu dan cawan. 

4. Disediakan comforter dan bantal extra


Part ini anda tidak perlu risau kerana mereka menyediakan comforter dan bantal extra. So, cukup untuk tampung ahli rumah yang ramai. 

5. Bilik air yang selesa


Bila berjalan bersama ahli keluarga yang ramai, tandas atau bilik air menjadi salah satu isu. Namun, anda tidak perlu risau dengan L&A Homestay ini kerana ia mempunyai 3 bilik air yang bersih, selesa dan luas. 

Malah, disediakan bath shampoo, tuala dan pencuci bilik air. Jangan pula anda bawang pulang shampoo yang disediakan okey! 

6. Kurang perabot, design rumah menarik perhatian


Ini antara salah satu yang saya suka. Homestay kurang dengan perabot tambahan yang tidak diperlukan oleh penginap seperti kami yang hanya sekadar duduk untuk menghilangkan penat dan tidur di waktu malam. 

Pemilihan perabot yang ringkas dan tidak keterlaluan, menjadikan Homestay ini kelihatan lebih luas. So, anak-anak nak bermain dan berlari pun boleh.

Bahkan, kalau rasa tak cukup bilik sekalipun, ruangtamu Homestay ini yang sangat luas boleh juga dijadikan sebagai tempat tidur. Ruang tamu ini juga lah menjadi 'bilik tidur' abang saya yang masih bujang itu.

7. Ruang parkir yang luas


Kami bermusafir dengan 3 buah kereta. 1 buah Myvi, 1 buah Viva dan 1 buah Saga.

Yang seronoknya, ruang parkir Homestay ini boleh memuatkan ketiga-tiga buah kereta kami di dalam pagar. Tapi kene adjust elok la secara menegak mahupun melintang.


Ini antara foto yang sempat saya rakam. Actually, saya betul-betul terlupa untuk mengambil lebih foto sepanjang berada di sini..huhu



So, bagi anda yang sedang mencari homestay yang selesa dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, saya sarankan anda menginap di sini.

Berapakah rate harga setakat ini?


Rate harga semalam hanya RM200 dan anda mendapat pelbagai keselesaan seperti saya kongsikan di atas.


Bagaimana hendak membuat tempahan?


Anda boleh terus menghubungi owner homestay ini di talian berikut :



Boleh rujuk Page L&A Homestay Perlis untuk info lanjut berkaitan homestay ini..

Alhamdulillah, terima kasih kepada tuan empunya homestay di atas servis terbaik yang diberikan.



Nota kaki :
Foto di dalam rumah adalah hak milik Homestay L&A Perlis. Saya cuma sempat ambil foto sebelum berangkat pulang sahaja. huhuhu

No comments:

Post a Comment