Tuesday, December 4, 2018

Berjaya Lunaskan Ansuran Kereta dengan Bonus Shaklee

Hari ini, terasa ingin mencoretkan di sini sebagai satu lipatan kenangan susah dan senang kami memiliki sebuah kereta. Tak besar mana pun, sekadar kereta Myvi alhamdulillah syukur punye juga kereta untuk berteduh di jalanan ketika hujan dan panas.

Syukur Alhamdulillah, semalam selesai bayaran terakhir kereta kami, RM600 bulanan selama 9 tahun.



Banyak betul jasa kereta ini. Kereta inilah yang sentiasa bersama kami di saat susah & senang.


Kereta ini saya beli seminggu sebelum majlis perkahwinan iaitu pada 29 November 2009. Waktu beli kereta ini, saya tak pernah terfikir pun yang saya akan bekerja dari rumah  sahaja selepas berkahwin.

So, pada permulaan 3 tahun pertama bayaran, suami saya bantu untuk selesaikan bayaran bulanan. 

Namun, pada penghujung tahun 2013, saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor dan menjalankan bisnes Shaklee secara fulltime sehingga lah kini, tahun 2018 masih lagi setia dengan bisnes Shaklee. 

Alhamdulillah bermula pada tahun 2014-2018 (5 tahun), sy ambil-alih dari suami membuat bayaran ansuran bulanan kereta ini dengan hanya menggunakan duit bonus dari Shaklee!

MasyaAllah tak pernah terjangka ini perancangan Allah. Dan saya sama sekali tidak pernah menduga yang bisnes Shaklee banyak membantu sy dari segi kewangan keluarga apatah lagi sehingga dapat membuat bayaran kereta sendiri juga.

Faham jela kan surirumah.. Selalu dimomokkan surirumah ini tidak boleh buat apa-apa. Tidak boleh ada income sndiri. Tidak boleh maju ke hadapan. 

Anda silap sebenarnya. Kita semua boleh! Tidak kira lah surirumah atau yang sudah ada kerja tetap, semua boleh buat bisnes Shaklee. Tidak kira la secara fulltime atau part time. Semua boleh!

Asalkan ada kemahuan, kesungguhan, insyaAllah segalanya mampu diatasi. Dengan bimbingan mentor yang betul, anda juga boleh ke hadapan dan mencapai impian anda juga.  

Kereta sudah selesai, so next target mahu bina rumah sendiri di atas tanah yang abah sudah agih-agihkan untuk kami 10 beradik. InsyaAllah, pastinya dengan duit dari bisnes Shaklee juga. Doakan saya yer kawan-kawan!

Adakah anda sedang mencari income tambahan? Adakah anda sedang mencari income tetap untuk menampung kehidupan sekeluarga? Mari saya bantu anda!

Bagaimanakah cara untuk menghubungi saya?


Anda boleh menghubungi saya di talian seperti berikut :

Nor Hafizah | 019-3405054
Fantastic Legacy
Shaklee Biz Leader

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete