Kanser payudara.. Sebut mengenai kanser payudara ini, umum kebanyakan wanita sudah mengetahui bahawa ia merupakan antara salah satu penyakit pembunuh wanita tertinggi di dunia dan pembunuh no. 1 wantita di Malaysia. Namun, walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara ini walaupun hakikatnya ia boleh dirawat bermula peringkat awal lagi. Sebelum kita hurai lanjut mengenai kanser payudara ini, saya suka berkongsi dengan anda tentang sejarah kanser payudara terlebih dahulu..
