Semalam menerima perkhabaran dari seorang teman mengatakan ayahnya diserang minor stroke atau angin ahmar. Allahuakbar, dapat bayangkan bagaimana kerisauan seorang anak apabila ibu atau ayah diserang stroke secara tiba-tiba. Jangan ambil ringan tentang gejala awal stroke ini kerana tindakan dan langkah awal anda atasi serangan stroke mampu menyelamatkan ibu atau ayah anda alami hilang keupayaan seumur hidup! Jom kenali punca dan gejala bagaimana stroke boleh berlaku.